Friday, July 22, 2011

Wedding of the year???


Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.
Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.
Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.
"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya.
Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.
Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.





P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]
-Siyes dah muak...



.

6 Penyokong CHELSEA:

TiTi on July 22, 2011 at 10:49 AM said...

bagi saya wedding Farah AF2 wedding of the year, sbb majlis dia sgt cantik :D

Ayuni on July 22, 2011 at 10:50 AM said...

hm, bina masjid atas kubur org.....

MizzTina on July 22, 2011 at 11:05 AM said...

tah pape je.. mcm dh xde org lain nk disponsor, diorg gak.. grrrrrrr

zurra on July 22, 2011 at 11:21 AM said...

wordless..xberbaloi...tak tau la dinantikan or not... yang penting saya bukan peminat mereka ni...

Ct Arina on July 22, 2011 at 11:38 AM said...

kawen sponsor. retissssssssss

Ce'gu JAERA on July 22, 2011 at 2:16 PM said...

wah ... apa-apa an lah orang nak cakap kan.. janji Norman dan memey bakal di satukan menjadi sebuah perhubungan dan ikatan yang sah..
Selamat Berbahagia hingga ke akhir hayat..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!