Pengorbanan tiga anak kecil berumur antara lima hingga 11 tahun tidak ternilai apabila mereka sanggup menggantikan tanggungjawab bapanya yang tidak berupaya bekerja bagi menampung belanja pada Aidilfitri bulan depan.
Muhamad Aiman, 11, bersama dua adiknya, bukan saja bekerja mengutip kotak bagi membantu ayahnya, Abdul Aziz Muhamad, 43, yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi juga sanggup berlapar demi menjaga hati ayahnya yang tidak mampu memberikan duit belanja ke sekolah.
Abdul Aziz berkata, pada 2008, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa kakinya terpaksa dibedah untuk menghalang penyakit kencing manisnya daripada merebak hingga ke tahap kronik.
“Sudah dua tahun saya tidak dapat menyediakan persiapan hari raya dengan sempurna dan terpaksa meminta anak memakai baju raya sama tahun lalu.
“Hanya Allah saja tahu betapa pilunya saya apabila melihat enam anak saya tidak dapat menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain. Ini semua kerana saya tidak mampu lagi bekerja untuk menggembirakan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Jati, Kampung Jawa di sini.
Selain Muhamad Aiman dan dua adiknya, Abdul Aziz dan isteri, Muzarina Ali, 42, mempunyai tiga anak lagi yang masing-masing berumur 13, 15 dan 16 tahun yang kini belajar di sebuah sekolah berhampiran.
Sambutan Ramadan kali ini disambut ala kadar apabila Abdul Aziz hanya mengharapkan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma di surau berhampiran untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
“Untuk merasa hidangan ayam memang sangat mustahil,” katanya.
Abdul Aziz yang dikategorikan dalam golongan asnaf fakir dan miskin oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan RM500 sejak Jun lalu selepas beliau hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja oleh majikannya.
“Saya terkilan apabila bekas majikan seolah-olah tiada belas kasihan terhadap keadaan diri saya, malah hanya memberikan wang pampasan gaji selama dua bulan dan memberhentikan saya dalam notis 24 jam.
“Selepas pembedahan kaki kiri, saya berjalan tempang dan ini membuatkan banyak syarikat tidak mahu menggaji saya,” katanya yang pernah bekerja sebagai kerani di pejabat guaman selama sembilan tahun.
Bagaimanapun, Abdul Aziz rela bekerja jika ada pihak sudi menawarkan pekerjaan sesuai dengan keadaan dirinya yang tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh lama.
Lebih malang, dirinya tidak diberikan bantuan oleh persatuan pekerja yang sepatutnya memberikan sagu hati kerana keadaannya yang tidak mampu bekerja lagi tetapi dinafikan oleh pihak persatuan.
.
4 Penyokong CHELSEA:
ya Allah. kesiannya .. :|
aduhaiii
sedihnye
di saat kite nak gembira
ade yg bersush payah nak idup
pe tah nak raya
jauh sekali...
sedih dan pilu mengenangkan nasb anak2 yang tidak dapat bergembira seperti kanak2 lain..
semoga ada sinar kebahagiaan buat mereka kelak
sedihnya.....
Post a Comment