Sunday, August 7, 2011

Boleh sambung tidur?

Selamat subuh. .

Syukur alhamdulillah, pagi ni dapat bangun sahur. Tak lewat macam kelmarin. Masak pun selamba, sayur kangkung dan lauk ikan bakar ketika berbuka malam tadi masih ada, jangan membazir. Dan makan tak perlu nak gelojoh disebabkan masa yang masih ada.

Namun demikian, hujan masih turun mencurah-curah sejak malam tadi. Setelah hajat untuk sahur sudah tertunai, boleh sambung tidur? Pasti lena diulit intan pagi ni. Ekeke.

Petang semalam, masa round kawasan bandar, ramai sangat orang. Peniaga2 sudah memenuhi tepi jalan dengan meriahnya. Jalan sesak dan ketika itu memang kesabaran amatlah dituntut. Bank? Penuh, barisan panjang untuk yg nak ambik duit di Atm. Shooping complex sudah dihiasi dengan sambutan hari raya lengkap dengan lagu2. .

Buat seketika, terasa hari raya seolah-olah akan disambut esok. Huh, sedangkan baru jer puasa 6 hari.

Biarlah kita dahulukan berpuasa dulu. .
Merasai keindahan bulan ramadan yang dirahmati.
Sedihnya hanya tinggal 3 minggu saja lagi kita beribadah. Mampukah kita melengkapinya?




.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 Penyokong CHELSEA:

deqlis on August 7, 2011 at 5:39 AM said...

hai lulu...deqlis tak tidur semalaman nie...lepas subuh mmg ingat nak booommm...

sahur radi makan jugak balance nasi dagang yg di buat utk buka tadi...:)

tulaa org meniaga dah advance kan? agaknya sebb raya hujung bulan,,so ramai yg guna gaji bulan julai utk shopping raya:) klu nk tunggu gaji ogos last minute sangat tu..

CIK PARO! on August 7, 2011 at 5:42 AM said...

Dengan kuasa tuhan, apa pun boleh berlaku lulu..

Mehmet Wie on August 7, 2011 at 5:48 AM said...

btul tu lulu.. bru puasa 6 hari tapi suasana dah macam nak raya.. sepatutnya ibadah puasa yg di utamakan ni tak.. nak raya jer..

Ammar on August 7, 2011 at 5:58 AM said...

Tak sabar rasanya nak raya ni..hehehehe

cikgu on August 7, 2011 at 6:04 AM said...

boleh..hehe

Unknown on August 7, 2011 at 7:36 AM said...

kalau pergi bazar ramadan je dh spend 2 hours kat situ.. parking lah apa lah hehehe...

sekamar rindu on August 7, 2011 at 8:09 AM said...

salam...

dah tak leh dan nak tido bila dah ngadap blog ni..

Mish Eyryn on August 7, 2011 at 8:09 AM said...

InsyaAllah. . huhu. .
kjup sngt kan rsenye ? :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!