“Ya, memang saya sudah bertudung,” ringkas Raja Farah sebaik sahaja bertukar salam. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui bahawa dia selesa dengan penghijrahannya itu. Jiwanya lebih tenang dan terurus.
Tambahan pula menyandang status isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26. Bahtera rumah tangga yang dilayari selama lapan bulan bermula 12 November 2010 banyak mempengaruhi keputusannya itu.
“Sebenarnya, saya pernah bernazar untuk memakai tudung andai bertemu jodoh. Apabila niat dimakbulkan pada tahun lalu, saya kena mengotakannya. Saya berbincang dengan suami tentang perkara ini. Alhamdulillah, suami menyokong kukuh keputusan saya. Dan inilah rupa Raja Farah Raja Aziz yang terkini,” imbasnya.
Berita pemakaian tudung sejak dua bulan lalu itu turut diterima positif keluarga belah Raja Farah dan mentua. Semuanya menadah tangan kesyukuran melihat transformasi pelakon filem Salon dalam soal imej.
Mengulas bagaimana dia boleh menerima hidayah itu di kala usia baru mencecah 23 tahun, garisan senyum menghiasi wajahnya.
Wanita ini mendedahkan bahawa dia sudah memasang cita-cita untuk bertudung sejak kecil lagi.
“Saya tak nak pakai tudung sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sekejap pakai, sekejap buka. Saya mahu berkekalan lapisan ini di kepala hingga ke hujung hayat.
“Buat sementara ini, saya selesa berselendang. Mana tahu satu hari nanti, saya akan sedikit-sedikit melabuhkan tudung saya. Apa pun, ia dilakukan secara perlahan dengan kerelaan hati sebab cara itu lebih berkesan,” ceritanya.
Baginya, dia tak pernah berfikir bertudung menyebabkan dirinya terikat melakukan sebarang aktiviti.
“Soal bebas atau tidak itu bukan perkara utama. Biarpun ada orang kata, artis muda seperti saya ini tak sesuai lagi untuk bertudung. Tapi saya sangkal sekeras-kerasnya.
“Saya mahu segera melakukan pembaharuan supaya tidak terus tersasar. Perubahan ini bukan berpaksikan trend semata-mata atau sengaja terikut-ikut apabila ada artis muda lain bertudung,” hujahnya mengulas tentang penilaian orang tentang niat murninya itu.
Dalam perkembangan berkaitan, anak ketiga dari empat beradik ini memberitahu bahawa dia bersedia melapangkan dada andai ada pihak yang meragui imej terbaharunya.
“Saya sedia untuk dikecam kalau ada yang tak puas hati melihat Raja Farah bertudung. Biarkan mereka nak cakap apa pun. Buatlah spekulasi yang boleh mencemarkan maruah saya.
“Apa yang penting, saya tahu nawaitu, menjaga nama baik baik suami dan keluarga. Saya juga akan selalu mengingatkan diri untuk jaga tingkah laku. Tak boleh lagi cakap perkara yang boleh buat orang berprasangka tidak baik,” katanya.
Lantaran itu, Raja Farah sedaya upaya berbincang dengan pengarah bagi mengelak adegan yang boleh menyebabkan dia berpegangan tangan atau bersentuhan dengan lelaki.
Budi bicara itu amat diperlukan bagi memastikan tiada salah faham yang boleh menyebabkan timbul salah faham di kemudian hari.
Jawab isu bersara
Mengulas tentang dakwaan yang mengatakan Raja Farah sudah bersara dalam dunia lakonan, wanita ini tergelak kecil. Masakan sebegitu mudah dia meninggalkan pekerjaan yang menjadi darah daging sejak berusia sembilan tahun lagi.
Dua telefilem berjudul Mengurai Rindu untuk TV3 dan Pelaminan di Pusara (RTM) selesai sesi pengambaran sejak bulan lalu. Kedua-duanya dibintangi dengan menampilkan imej terbaharunya itu.
“Saya masih berlakon cuma terpaksa tolak tawaran yang memerlukan masa terlalu lama di set lokasi. Saya ada suami dan tanggungjawab.
“Tak manis bukan kalau seorang isteri itu sibuk dengan kerja dia sampai terabai urusan minum pakai suaminya,” katanya yang mengakui masih dihujani tawaran berlakon sehingga hari ini.
Apa pun, pelakon yang dikenali menerusi iklan televisyen sejak umur 13 tahun ini cukup bertuah kerana pasangannya membenarkan dia bekerja di set drama pada bulan Ramadan.
“Saya percaya bahawa kepercayaan dan persefahaman menjadi asas kebahagiaan rumah tangga. Keutamaan saya pada suami, barulah pada tugas saya sebagai pelakon,” katanya yang bakal berlakon dalam drama bersiri bertajuk Wasi untuk tayangan Astro bermula 9 Ogos ini.
Soal anak
Menyentuh tentang impian Raja Farah yang tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Biarpun masih belum ada tanda-tanda awal kehamilan, namun dia tak pernah merasa tertekan dengan keadaan tersebut.
“Anak adalah idaman buat sesiapa sahaja yang berumah tangga. Saya percaya soal rezeki itu ditentukan oleh-Nya. Soalnya lambat atau tidak sahaja,” jelas Raja Farah yang tidak kisah tentang jantina anak pertamanya kelak.
Bercerita tentang keinginan artis yang menerima pencalonan kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23 lalu, membuatkan wanita ini menyungging senyum.
Pelakon drama Durani di Astro ini merencana untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci pada tahun depan. Namun begitu, semua itu bergantung kepada rezeki, masa serta keizinan daripada-Nya.
.
11 Penyokong CHELSEA:
Suka tgk dia pakai tudung..
walaupun cume berselendang..
at least Raja Frah ade inisiatif utk berubah kn..
minat dgn kak farah :) so sweet dia pakai tudung
blog ni pn berwajah baru..suka akak tgk! :D
comel!
Alhamdulillah..moga jiwa kita juga turut mencari redha Allah...salam ramadhan ya...lama tak jenguk lulu
memang tomey! =)
salam lulu...mama kagum melihat Raja Farah sudah bertudung kelihatan beliau begitu anggun sekali...
Moga Raja Farah akan kekal dgn imej barunya memakai tudung...:)
ouh da kawin ngn tengkuu...ptutlaa da lme xnmpk dy acting...
Sejuk mata memandang hihihi
alhamdulillah, makin ramai artis kita yg memakai tudung skang.. :)
ske tgk die brtudung dlm aku masih dara...
moga Allah tetapkan nawaitu dia utk terus bertudung..syukur
Post a Comment