Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.
Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.
Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.
Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.
Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.
Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.
Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.
"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.
.
8 Penyokong CHELSEA:
balik lah dik..cian kt mak ayhnye tu..huhu~
teruknya...takut je perempuan tu kena guna2...aku ada kawan macam kes dia nie...lepas nikah baru sedar. kesian...
erk. adeh. boleh pula jadi macam tu.
HARAP2.... ibu ayah juga mgerti kemahuan anak2nya... ibadah kahwin sebahagian darp urusan agama... jadi, jika anak2 dah berkemampuan atau "nak kawen" benarkan....
jangan halang.. dan jangan letak hantaran memahal sampai rm 30 ribu... penat pasangan lelaki nak cr duit...
namun, sukma brprasanngka baik pada Nabila Ashazra (yg kawen lari).
Wanita apabila tlh bersuami, mjdi hak suami... tp, sebagai anak, pergilah balik kepangkuan ibu ayah dan jumpa gan mereka walau seketika bg mdpatkan restu.
wasssalam~~~
@Sukma Bintara benar, kebanyakan masalah, memang berpunca daripada adat yang sudah membelakangkan agama... kahwin nak besar, hantaran nak mahal... semoga masalah ni selesai dengan cara baik..
balik lah untuk keluarga.. penat mengharap tu..
lulu, dah lama tea tak masuk sini.. tup2.. dah cantek..
balik lah ke pangkuan keluarga tercinta
baliklah..
jangan membelakangkan mak dengan ayah dan juga sayang dengan potensi yang ada dalam diri tu..
rugi kalau dipersiakan.. jangan hanya kerana cinta semua dilupakan..
Post a Comment