Kuaci hitam berusia beratus tahun dan masih berada dalam keadaan baik merupakan antara artifak yang dipamerkan pada Pameran Khazanah Kapal Karam di Muzium Negara yang bermula hari ini sehingga 15 Oktober ini.
Makanan tersebut dijumpai dalam keadaan masih baik dan bertaburan di dalam salah sebuah kapal yang karam di dasar lautan.
Kuaci itu merupakan antara 240 artifak yang ditemui dari 13 buah kapal yang tenggelam di sekitar perairan negara sejak 1380-an dan kini dipamerkan di muzium berkenaan.
Ketua Pengarah, Datuk Ibrahim Ismail berkata, kesemua artifak itu telah mencungkil pelbagai rahsia daripada kapal-kapal yang telah tenggelam di dasar lautan dan kesemuanya merupakan barangan perdagangan yang dibawa bersama di dalam kapal tersebut.
"Kebanyakan artifak yang dijumpai ialah daripada jenis seramik yang ditemui dalam keadaan yang baik dan ditemui masih tersusun dalam keadaan kapal yang karam itu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Terdapat beberapa seramik dari China berwarna biru dan putih yang berasal dari tahun pemerintahan Jingtaiji Tienshen (1450- 641) dan merupakan penemuan awal seramik China yang biasanya dijumpai dalam jumlah yang agak banyak di kawasan Asia Tenggara.
Seramik mempunyai fungsi khusus antaranya digunakan sebagai hantaran perkahwinan serta upacara keagamaan dan fungsi itu dikenal pasti menerusi motif pada corak hiasannya.
Sementara itu, seorang pelancong dari Taiwan, Jeff Fan, 45, berkata, pameran tersebut sungguh menakjubkan dan menarik untuk didekati.
"Saya rasa pameran ini amat berguna kepada orang ramai, amat rugi jika anda tidak pergi mengunjungi pameran ini," katanya.
Seorang pelancong dari India, Amit Thakkar, 40, berkata, pameran itu seronok untuk dikaji bagi mereka yang meminatinya.
"Saya berasa sungguh seronok apabila sampai di pameran ini kerana saya amat meminati perkara yang berkaitan dengan sejarah dan kajian antropologi," katanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
pehhhh
teringinnye nak p tgk =)
ohoho..rare
ape la rse kuaci 4 that thousand years??? ade brani?hihi
Post a Comment