Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, menetapkan 13 Oktober depan untuk mendengar permohonan tuntutan ganti rugi yang difailkan oleh pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad.
Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas menolak permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) Faizahbagi membatalkan saman itu selepas berpuas hati bahawa ketidakhadiran Roslin pada prosiding lalu tidak akan memprejudiskan wanita tersebut.
Sementara itu, peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin memberitahu, antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu kelak ialah produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya, Jailani Sidek yang merupakan bekas jaguh badminton negara serta ibu Roslin.
Raja Azmi yang terkenal dengan filem kontroversinya, ... Dalam Botol hadirbersama Jailani di mahkamah pada hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada Roslin.
Faizah yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut pula tidak menghadiri prosiding dan hanya diwakili peguam syarie, Amir Nazli Hussin.
Pada 12 Ogos 2009, Roslin memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi bernilai RM53, 460 daripada Faizah yang meliputi bayaran keseluruhan wang hantaran dan perbelanjaan mengadakan majlis perkahwinan.
Tuntutan tersebut juga meliputi mas kahwin berjumlah RM15,080, cincin (RM1,900), kos pengangkutan (RM200), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11, 465) dan baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750).
Selain itu, dia juga menuntut bayaran khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).
Pada 27 Mei lalu, Faizah yang merupakan seorang Eksekutif Operasi di Puchong, dekat sini memfailkan permohonan interlokutari itu untuk membatalkan saman tersebut.
Roslin dan Faizah berkahwin pada 30 Januari 2009, tetapi ikatan perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama 12 hari dan Roslin juga bersumpah bahawa tiada hubungan suami isteri berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Selepas berulang-alik ke mahkamah, pasangan tersebut akhirnya disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 12 Mei 2009.
Roslin seterusnya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Norhayati Othman pada 9 Julai 2009, tetapi perkahwinan tersebut juga tidak bertahan lama apabila mereka bercerai sebulan selepas itu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
aduh.. kenapalah sampai cenggitu sekali.. selesaikanlah dengan cara baik..
Post a Comment