Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih






Segmen ni menarik bagi lulu, sebab lulu memiliki pengalaman indah mengenai tarawih ketika kecil dulu.. surau dekat jer (tinggal kat kampung, sekarang dah tinggal kat bandar), jadi, hari-hari bila nak sembahyang tarawih, jalan kaki jer, dalam 15 minit dah sampai...

Sekarang, bila terfikirkan keadaan tu, lulu rindu...
Bayangkanlah, masa tu, ramai yang menghantar juadah ke surau, untuk dijamah beramai-ramai.. Meriah sangat.. Apatah lagi semua yang ada kat situ kita kenal..
Bila tengok juadah tu, pelbagai warna..
Bila disediakan dipinggan, semua orang bergotong-royong...

Dan bila sembahyang terawih tu, selalu jer kan terganggu dengan budak-budak yang main kat luar surau.. bising.. Datang surau bukan nak tarawih, nak main jer..


Bila nak balik tu, cepat-cepat lipat telekung, kemas, sebab lampu surau dah nak ditutup..
Walau apa pun pengalaman kita, 
Bulan puasa memang bulan yang paling meriah...


Jom, join segmen pertama dari kancil 8349 ni :)




.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on August 2, 2011 at 9:20 AM said...

terima kasih cik lulu kerana sudi ikut segmen kancil. Banner tu cantik...boleh kancil ambil tak untuk letak kat banner kancil...

Lulu Caldina on August 2, 2011 at 9:48 AM said...

@Kancil 8349 tu header tu.. ngee, simple jer tu, ambiklah letak kat blog

Kancil 8349 on August 2, 2011 at 9:57 AM said...

simple pun...ia menarik...sesuai dengan kancil...sebenarnya, banner kancil tengah dibuat oleh orang lain...masih tengah edit2 lagi...hehehe...

Kancil 8349 on August 2, 2011 at 9:58 AM said...

salah lagi...headaer...hehehehe...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!