Sunday, August 7, 2011

Please, I want you back!!


Sebelum bercerai secara rasmi, rupa-rupanya terdapat beberapa perubahan dalam rumah tangga pasangan Jennifer Lopez dan Marc Anthony.
Khabarnya Marc berasa kesal dan meminta Jennifer Lopez atau nama panggilannya, JLo untuk kembali kepadanya.

Sejak membuat pengumuman cerai pada bulan lalu, khabarnya hidup Marc tidak tentu arah dan sukar tanpa ibu kepada anak-anaknya, Max dan Emme itu.
"Perasaan Marc sentiasa berubah-ubah. Mulanya dia menyalahkan JLo, kemudian meminta JLo kembali kepadanya. Tidak lama kemudian dia menyatakan bahawa JLo sudah menghancurkan hidupnya," kata sumber kepada majalah US Weekly.


Tambah sumber itu lagi, masalah mereka begitu sulit dan Marc dilihat seperti mahu memanjangkan proses penceraian agar JLo dapat mempertimbangkan keputusannya.
Bagaimanapun, niat Marc untuk kembali ke pangkuan JLo tidak sama dengan keinginan JLo yang khabarnya kini lebih tenang hidup solo.

"JLo kini lebih bahagia dan ramai orang menyayanginya. Mungkin dia selesa bersendirian tanpa Marc," kata sumber itu.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Makbed on August 7, 2011 at 10:30 AM said...

HAHAAHA..gila talak pulak marc ni. tu la. dapat bini perfect segala, ada anak-anak comey tak appreciate. pompuan kalau dah dilepaskan, mmg susah la nak dapat balik. lagi pulak JLO ni ada duit. Hidup solo lebih bagus.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!