Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbunuh apabila tiang gol di padang permainan di sebuah kampung tumbang dan menimpanya.
Kejadian itu berlaku Jumaat lalu ketika Casey Breese bermain dengan rakannya, di padang bola sepak di desa Caersws, dekat Newtown di tengah Wales.
Dia dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.
Polis serta pegawai kesihatan dan keselamatan masih menyiasat kejadian itu.
Inspektor Ian Andrews dari Balai Polis Dyfed-Powys berkata: “Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak apabila tiang gol menghempap mangsa hingga menyebabkan kematiannya.
“Kami meminta saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat. Tiada sebarang perbuatan mencurigakan dilaporkan dan pihak koroner juga sudah memaklumkannya.
Polis ingin bercakap dengan rakan mangsa di padang yang menjadi kediaman Caersws FC itu, dalam minggu ini. Kebanyakan mereka masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.
Seorang ibu berkata: “Anak lelaki saya terlalu sedih - dia dan Breese adalah kawan baik. Breese seorang kanak-kanak lelaki yang periang, selalu tersenyum dan dikenali oleh setiap orang di desa ini. Tiada siapa percaya apa yang sudah berlaku.” Sementara itu, perlawanan persahabatan pra-musim antara Caersws FC dengan Carmarthen Town yang dijadualkan semalam dibatalkan sebagai tanda hormat atas kematian Breese.
.
2 Penyokong CHELSEA:
macam2 yer! kesian, masih budak lagi! :(
kesian plak tengok budak tuh.
Post a Comment