Wanita bangsawan tua yang bercadang berkahwin dengan lelaki 24 tahun lebih muda daripadanya berkata, tiada sesiapa mendesak dia mengagihkan kekayaan kepada anak-anaknya sebagai cara memujuk mereka merestui niatnya untuk bersuami.
Dalam temu bual pertama sejak mengumumkan pelannya berkahwin dengan Alfonso Diez, Duchess of Alba, 84, berkata dia memang bersusah payah mengatasi halangan warisnya.
Pernah berkahwin dua kali sebelum ini, wanita bernama Maria del Rosario Cayetana Fitz-James-Stuart itu dilaporkan menyerahkan sebahagian besar hartanya kepada enam anak, termasuk seorang perempuan.
Antara kekayaan yang diagihkan ialah beberapa istana, estet dan lukisan bernilai tinggi.
Bagaimanapun, harta itu hanya akan dimiliki sepenuhnya oleh anak Maria apabila dia mati.
Katanya, dia memang berniat berkongsi kekayaan dengan anak-anaknya.
“Tiada sesiapa memaksa saya. Lagi pun, selagi saya hidup, semua kekayaan itu berada dalam kawalan saya,” katanya kepada majalah Hola! Kata Maria, dia tidak suka sesiapa mengongkong atau menguruskan hidupnya.
“Saya ada idea dan cara tersendiri untuk mencapai impian,” katanya.
Dikenali dengan gaya rambut menggerbang dan pakaian berwarna-warni, Maria bercadang berkahwin dengan Diez, seorang pekerja Kementerian Buruh yang berjaya “mengubah hidupnya” walaupun lelaki terbabit panas baran.
“Diez lelaki hebat yang mengubah saya sepenuhnya,” katanya. Harta semasa Maria dianggarkan bernilai sehingga RM15 bilion.
.
2 Penyokong CHELSEA:
Interesting article to my mind. Thank u a lot for sharing that information.
Joseph Franplou
bluetooth jammer
Nice information at least I think so. Thanks for sharing that info.
Tom Davidson
escorts in milan
Post a Comment