Thursday, September 8, 2011

Kaki terperosok dalam mangkuk tandas


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun cemas dan hanya mampu menjerit kesakitan apabila kaki kirinya terperosok dalam lubang mangkuk tandas di rumahnya di Kampung Sungai Kelong, dekat sini, hari ini.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang, apabila Ahmad Aminuddin Mohamed, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Selising dekat sini, tergelincir akibat lantai bilik air yang licin menyebabkan kaki kirinya terus terperosok ke lubang mangkuk tandas cangkung berkenaan.

"Pada mulanya saya menganggap ia sebagai kejadian biasa, tidak rasa takut kerana hanya sebelah kaki sahaja yang tergelincir masuk ke dalam lubang tandas.
"Namun, selepas beberapa kali saya cuba menarik untuk melepaskan kaki kiri gagal, saya mula takut dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Bapanya, Mohamed Yaacob, 51, berkata, menyedari jeritan kuat anaknya itu, mereka sekeluarga bergegas memecahkan pintu tandas dan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Juhan Abd. Ghani berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kaki kiri Ahmad Aminuddin dengan kaedah yang selamat bagi memastikan kakinya tidak luka, patah atau terseliuh.

"Kami menggunakan sejenis alat untuk memudahkan proses melepa dan memecahkan mangkuk tandas serta mengeluarkan kaki mangsa dengan selamat," katanya.
Menurutnya, kejadian itu merupakan kes ketiga di daerah ini dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan tandas terutama melibatkan penggunaan air sabun.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 8, 2011 at 9:16 AM said...

hihihi.. sampai najis2 sekali ikut sama dipecahkan....

ieda =.= on September 8, 2011 at 9:37 AM said...

takot la akk...
harap2 adik tu xda ape2..

iedaurora on September 8, 2011 at 9:50 AM said...

kesian adik comel tu...

RamRamCute on September 8, 2011 at 10:48 AM said...

alahai kesiannyer....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!