Meskipun usianya baru 10 tahun, seorang kanak-kanak menunjukkan perasaan cinta yang mendalam terhadap negara ini apabila tidak segan-silu mengenakan baju Jalur Gemilang setiap kali hari kemerdekaan disambut.
Muhammad Aqil Haiyan Haffizi memberitahu, baju itu dijahit sendiri oleh neneknya, Shafriza Syamsul, 58, menggunakan bendera Jalur Gemilang tiga tahun lalu bagi membolehkan dia memakainya pada hari istimewa tersebut.
Katanya, dia tidak pernah terlepas menyambut hari kemerdekaan dengan mengenakan baju berkenaan sejak berusia tujuh tahun.
"Nenek akan membuka jahitan pada setiap tahun bagi menyesuaikan saiz baju ini dengan badan saya yang semakin membesar.
"Walaupun rasa janggal kerana ramai yang memandang, namun saya bangga kerana dapat menggayakan baju Jalur Gemilang ini bagi menunjukkan rasa cinta kepada negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyaksikan perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri, di Dataran Tunku di sini, hari ini.
Muhammad Aqil Haiyan berkata, hari kemerdekaan negara membawa erti yang mendalam kepadanya kerana ia bukan sahaja melambangkan hari kebebasan daripada penjajah, bahkan tarikh 31 Ogos juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.
Katanya, dia bangga apabila memakai baju Jalur Gemilang dan berazam untuk terus mengayakannya pada sambutan kemerdekaan negara tahun berikutnya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
akak bangga dekkk!
weeee
Post a Comment