Tuesday, September 20, 2011

Player baru untuk Arsenal


Pemain baru yang berasal dari Korea Selatan, Park Chu-young akan menjadi tumpuan manager Arsenal Arsene Wenger untuk bangkit. Park Chu-young diyakini akan membawa perbezaan bagi Arsenal yang kini sedang dilanda rekod terburuk..

Namun Wenger memilih untuk lebih bersabar. Sebelum memberikan debut di pentas Premier League, Wenger ingin Park, memulakan penampilan pertama menerusi perlawanan menentang Shrewsbury dalam Carling Cup. Yang jelas Wenger nampak yakin Park Chu-young akan menjadi aset The Gunners musim ini.

"Park bagus di setiap area. Dia bagus di udara, bagus secara teknik, dia sangat flexible dan itu adalah sebab dia akan bersinar sebagai striker atau di belakang striker," ujar Wenger di laman rasmi Arsenal.

"Perlawanan ini akan menjadi ujian pertama bagi Park Chu-young," tambah manager yang berasal dari Perancis itu.


Wenger juga mededahkan alasan utama kenapa dia memilih Park Chu-young. Menurutnya, pemain itu ini punya skill dan kelebihan yang akan sesuai dengan gaya bermain Arsenal.

Park menyertai Arsenal dari club Perancis AS Monaco. Dan kini Park Chou-young akan cuba mengikuti jejak rakan senegaranya Park Ji-sung yang sukses di Manchester United.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 21, 2011 at 12:05 AM said...

waahhhhh...... baik Celsi mahupun Arsengal, beli sajalah mana2 pemain hebat d dunia ni..

kalau tak hebat tu memang tak hebat pun.. ekekeke

Unknown on September 21, 2011 at 2:56 AM said...

yeah!! dpt msuk sekolah baru..

Anonymous said...

suami saya peminat tegar arsenal...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!