Monday, October 17, 2011

Bapa tembak mati empat ahli keluarga dan orang gaji


Seorang lelaki menembak mati isteri, tiga anak perempuan dan pembantu rumah mereka sebelum membunuh diri. Polis berkata, lelaki itu, Emmanuel Ponce bergaduh besar dengan isterinya, Melinda pada awal pagi hingga menyebabkan dia bertindak demikian di kediaman mereka di Talisay, sebuah daerah sepi di tengah Filipina. Selepas menembak isterinya, Ponce membunuh tiga anak perempuan mereka berusia 18 hingga 26 tahun.

Dia bagaimanapun tidak membunuh anak bongsu mereka berusia 14 tahun.
Pembantu rumah keluarga itu bagaimanapun turut menjadi mangsa.

Polis berkata, mereka belum dapat mengenalpasti punca pertengkaran suami isteri itu hingga membawa kepada Ponce bertindak melakukan kekejaman itu. Mereka menyifatkan kejadian itu sebagai antara yang mengejutkan, membabitkan anggota sebuah keluarga di kawasan yang aman di tengah negara itu.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 17, 2011 at 12:26 PM said...

huhu~ gaduh sampai membunuh..

Ce'gu JAERA on October 17, 2011 at 2:57 PM said...

waduh, dia bunuh semua anggota keluarganya termasuk diri sendiri.. anak bongsu yang tak dibunuh adalah untuk mewarisi harta keluarga agaknya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!