Monday, October 17, 2011

Dia memang masih muda


Dia baru berusia 13 tahun tetapi tetap berupaya berlagak bersahaja dengan senapang patah ketika merompak selama 10 hari hingga mencetuskan ketakutan di sebuah bandar.

Polis menemui gambar Jobe Kilbride dengan memegang senjata itu yang dimuat turun oleh rakannya dari telefon bimbitnya.

Samseng berusia belasan tahun itu adalah anggota termuda satu kumpulan lima orang yang melakukan rompakan selama 10 hari di seluruh Liverpool pada April dan Mei lalu, Sepanjang melakukan rompakan itu, kumpulan berkenaan yang anggotanya berusia dari 13 hingga 18 tahun, mensasar pemandu teksi dan peniaga kedai dan seorang lelaki ditembak.

Semalam, mereka mula menjalani hukuman dengan jumlah lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap polis.

Ketua kumpulan, Bradley Beveridge, 18, diawasi polis sejak berusia awal belasan tahun dan sudah didapati bersalah terhadap beberapa jenayah.


Dia memaki hamun Hakim Mark Brown ketika dibawa keluar dari Mahkamah selepas dijatuhi hukuman.

Kilbride dipenjara empat tahun sementara abangnya, Declan, 16, sembilan tahun.

Declan Culshaw, remaja berusia 15 tahun, yang turut terbabit dalam rompakan terakhir kumpulan itu sebelum ditangkap, dipenjara lima tahun sementara seorang lagi remaja berusia 14 tahun, Dylan Currie, dijel enam tahun.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ganas betul

Unknown on October 17, 2011 at 2:23 PM said...

kecik-kecik da pandai buat jenayah...


Entry terbaru air yang sihat

Ce'gu JAERA on October 17, 2011 at 2:59 PM said...

wow, remaja belasan tahun boleh menggerunkan seluruh bandar.. nasib lah akhlak anak muda mudi kita tak sekejam remaja di sana..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!