Tuesday, October 18, 2011

Siapa sangka..


  “Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.

“Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif,” kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.

Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

“Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.
 “Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.





P/S - Semoga tabah, al-fatihah..









.

5 Penyokong CHELSEA:

JunAina on October 18, 2011 at 9:48 AM said...

kak aina pun sangat2 bimbang coz setiap hari memang membonceng dan kekadang menunggang motosikal. bertawakkal dan beserah sahajalah...

Al-fatihah...

Liza @ Adzriel AB on October 18, 2011 at 9:50 AM said...

sedihnya kak liza baca berita ni

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 18, 2011 at 9:56 AM said...

innalillah...sedihnye.. =(

nurkaloi on October 18, 2011 at 12:01 PM said...

innalillah
ape-ape punn isnyllh ank dye nanti menjadi penguat diri dye untuk teruskan idup kannn

Ce'gu JAERA on October 18, 2011 at 6:21 PM said...

tu sebab saya pun dah insaf tak nak bawa laju2 lagi...
biarlah lambat asalkan cepat...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!