Monday, November 14, 2011

Pengharaman pertunjukan gajah dalam sarkas


Penganjur kumpulan sarkas bergerak Amerika Syarikat (AS) hari ini membantah satu rang undang-undang untuk mengharamkan penggunaan gajah dalam pertunjukan sarkas.
Rang undang-undang yang bakal diluluskan itu diketengahkan ahli Kongres Virginia, Jim Moran ekoran terdapatnya bantahan kumpulan aktivis berhubung penderitaan yang ditanggung haiwan tersebut.
Ia sekali gus akan mengharamkan persembahan sarkas yang melibatkan gajah, harimau, singa, monyet dan beberapa haiwan lain.

"Pihak yang mengendalikan sarkas bergerak didapati tidak menyediakan tempat tinggal yang elok kepada haiwan-haiwan terbabit," kata Moran dalam satu kenyataan.
Undang-undang tersebut merupakan usaha pertama sepanjang 10 tahun oleh kumpulan aktivis untuk menyelamatkan haiwan ekoran latihan sarkas yang kejam dan kemudahan tempat tinggal yang tidak selamat.

Sementara itu, penganjur kumpulan sarkas, Ringling Bros. and Barnum & Bailey yang terkenal dengan pertunjukan The Greatest Show on Earth menghantar surat rayuan melalui emel kepada peminat-peminat mereka untuk meraih sokongan agar dapat meneruskan tradisi tersebut.
Jurucakap syarikat terbabit, Stephen Payne berkata, rang undang-undang tersebut tidak memperjuangkan nasib haiwan, sebaliknya menentang pertunjukan sarkas.

"Langkah itu akan menjadikan kami dan penganjur lain kehilangan punca pendapatan.
"Ini merupakan undang-undang bersifat anti-sarkas yang tidak perlu diwujudkan kerana kami sentiasa memeriksa dan mengikut undang-undang Persekutuan, negeri dan tempatan di setiap negeri yang kami lawati sebelum mengadakan persembahan," katanya.









.

2 Penyokong CHELSEA:

Nizam Ijam on November 15, 2011 at 3:10 AM said...

cian gajah tu..hu2

Stanley Wijaya on December 7, 2011 at 1:32 PM said...

Kunjungi dan follow balik yaa
Di www.faktakita.com
Thanks ^^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!