Senarai nama 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri kesembilan akan diketahui akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
“Para bakal pelatih yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu tidak perlu risau, nama mereka yang tersenarai boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya ketika ditemui di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kem Desa Pahlawan di sini semalam.
Pelatih siri tersebut akan ditempatkan di 81 kem latihan di seluruh negara mulai 1 Januari tahun depan.
Mengenai PLKN siri kelapan, Abdul Hadi berkata, seramai 18,000 peserta akan menamatkan latihan dalam tempoh sebulan lagi dan pada ketika ini mereka sedang menghabiskan modul latihan menggunakan senjata api dan khidmat masyarakat.
Selain itu, beliau berkata, mereka juga diberi cuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga selama tiga hari mulai hari ini.
.
2 Penyokong CHELSEA:
Huhu,berkhidmat untut negara..PLKN memang best.. ^^
#bekas pelatih PLKN sesi 2010 kmpln 1 :D
PLKN...nampak macam best. dulu2 pergi kem bina negara pun dah rasa nak angis tu pun baru berapa hari ja.
Post a Comment