Monday, November 14, 2011

Perdana Menteri letak jawatan


Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi semalam mengumumkan peletakan jawatannya bagi membolehkan satu kerajaan sementara dibentuk dalam usaha menyelamatkan negara itu dari krisis kewangan.
Pengumuman itu dilakukan beliau selepas Parlimen meluluskan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan kepada pasaran kewangan awam Itali seperti yang dikehendaki oleh negara-negara Eropah lain.

Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Mario Monti dijangka diberikan tugas membentuk kerajaan sementara bagi menangani krisis kewangan berkenaan yang menyaksikan kos pinjaman Itali meningkat sehingga tahap membimbangkan.
Presiden Giorgio Napolitano juga bakal mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik pada pukul 8 pagi ini (4 petang waktu Malaysia) dan mengarahkan Monti membentuk kerajaan pada hari yang sama.

Lebih seribu penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kediaman presiden, Quirinale Palace ketika Berlusconi tiba untuk mengumumkan peletakan jawatannya itu.
Berlusconi terpaksa meninggalkan kediaman presiden secara rahsia apabila keadaan menjadi tidak terkawal selepas penunjuk perasaan menyambut baik pengumuman tersebut.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di Pejabat Perdana Menteri dan Parlimen turut melaungkan 'Letak jawatan, letak jawatan' ketika menteri-menteri memasuki kedua-dua bangunan itu.
Selepas pengumuman peletakan jawatan itu, mereka bergerak dari kediaman presiden ke rumah Berlusconi sambil melaungkan 'Penjara, Penjara, Penjara'.









.

2 Penyokong CHELSEA:

HAFIZAL on November 14, 2011 at 4:42 PM said...

ingat najib tadi...kalo dia melompat2 aku

Terbang on November 14, 2011 at 5:50 PM said...

igtkan perdana menteri malaysia td. hehe. suspem betul ;p

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!