Meskipun baru saja mengumumkan dia memfailkan tuntutan cerai semalam, Kim Kardashian sudahpun muncul di khalayak ramai tanpa cincin tunang dan kahwinnya.
Bintang rancangan realiti televisyen berusia 31 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) untuk ke Australia dengan kelihatan letih dan berpakaian kemeja-T, seluar jeans dan berjaket kulit.
Ketika suaminya, Kris Humphries dilapor ‘kecewa’ dengan pengumuman yang tidak memeranjatkan itu selepas khabar angin mengenai masalah yang menimpa rumah tangga mereka sejak beberapa minggu lalu, pihak Kim mendakwa, suaminya itu lebih berminat mengejar populariti.
Menurut laman web TMZ, apabila perceraian itu ditimbulkan, Kris bercakap untuk menjenamakan nama Kris Humphries pada minyak wangi dan muncul di kelab malam.
Kim juga dilaporkan berang selepas Kris menggunakan khidmat ‘pegawai publisiti Hollywood,’ menurut laman web gosip itu.
Tindakan Kris dipersoalkan oleh adik Kim, Khloe Kardashian sebelum perkahwinan mereka, 20 Ogos lalu.
Sementara itu, laporan mula tersebar bahawa keseluruhan perkahwinan mereka, yang didakwa membolehkan pasangan itu meraih sehingga AS$18 juta (RM54 juta) adalah satu penipuan, menurut Radaronline.com.
Satu sumber memberitahu laman web berkenaan: “Ia perkahwinan yang sudah diatur sejak mula lagi.
.
2 Penyokong CHELSEA:
ikut jgk rancgan dorg. keeping up with kardashian. suka sgt fmly dorg. tp syg, kim cantik tp gagal lagi dlm perkawinan
suke lg klo Kim kawen dgn Shengo...
Post a Comment