Saturday, December 17, 2011

Berumah di bawah jejambat


Tatkala melalui Jalan Loke Yew dan apabila menghampiri bulatan Sungai Besi, pasti mata akan terpandang kepada tindak-tanduk orang gelandangan bawah jejambat di sebelah kanan.
Pada setiap tiang jejambat terdapat kelengkapan asas di bilik tidur. Tilam, bantal dan selimut terterletak di atas binaan seperti pelantar di tengah-tengah tiang yang bercabang dua itu. Barang-barang peribadi juga terkumpul di situ.
Memandang dari jauh, pasti pelbagai andaian yang bermain di fikiran yang prejudis terhadap golongan ini yang dianggap mencemarkan imej ibu negara yang kini dalam usaha mencapai antara bandar paling selesa didiami di dunia.

Namun begitu, pernahkah kita cuba menyelami kehidupan mereka bagi mengetahui sebab golongan ini memilih bawah jejambat sebagai kamar tidur di tengah kepesatan pembanguan Kuala Lumpur.
Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Apakah masalah mereka sehingga terpaksa tinggal di situ. Apakah tiada pihak berkenaan yang terpandang perkara ini?
Tinjauan di situ mendapati beberapa orang gelandangan yang tinggal di bawah jejambat tersebut untuk berlindung dari panas dan hujan.

Ketika tinjauan dibuat terdapat empat orang lelaki yang tinggal di situ, namun dipercayai jumlah itu bertambah pada waktu malam.
Salah seorang penghuni jejambat berusia 50 tahun, berkata, dia sudah dua tahun tinggal di bawah jejambat tersebut dan selesa dengan keadaannya sekarang kerana tidak diganggu oleh orang lain.

Dia juga mendakwa dirinya sebagai seorang sami.
Katanya, dia gembira tinggal di situ kerana tidak diganggu serta dapat menyimpan barang-barang miliknya.
“Di sini kalau nanti nak makan pun boleh dapat daripada restoran sebelah dan boleh mandi di belakang bangunan sana.
“Saya ada simpan banyak barang sembahyang. Kalau dulu tinggal dengan mak di Jinjang dia tidak suka saya simpan barang-barang begini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi gelandangan berusia 70 tahun, berkata, dia hanya berteduh di situ buat seketika sahaja sementara menunggu masa untuk berkerja mengangkat barang menggunakan basikal tua yang sudah dimiliki sejak 30 tahun lalu.
Katanya, sambil berbaring di salah satu tiang yang lengkap dengan selimut, bantal dan beberapa helai pakaian itu, dia mempunyai rumah sendiri dan tinggal bersama isteri dan anaknya.
“Saya duduk sini sekejap saja sebab tunggu masa bekerja pada pukul 2 petang. Siang saja duduk dekat sini, malam balik rumah tidur.

“Orang lain dekat sini ramai terutamanya pada waktu malam tapi saya tidak kenal mereka,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia kelihatan sedikit berang apabila ditanya soalan peribadi tentang dirinya seperti rumah dan ahli keluarga.



P/S - Lulu sangka kat Jakarta jer macam ni (pernah nampak dalam sebuah rancangan).. rupa-rupanya kat negara sendiri pun macam ni..









.

3 Penyokong CHELSEA:

JR on December 17, 2011 at 9:02 AM said...

Malaysia oh Malaysia, negaraku kaya raya..

1Malaysia: Rakyat didahulukan, di bawah jejambat mereka ditinggalkan...

Entri terbaru di blog JR: "Fatwa Ulamak: Wanita BERDOSA Jika Pegang Timun dan Pisang"

Anonymous said...

sedih tengok keadaan diorang.. :( sampai bila diorang nak kena hidup macam ni.. hope kerajaan kita bantu la mereka semua ni.. kesian mereka.. :(

ahowk orang islam on December 17, 2011 at 6:04 PM said...

dah beberapa kali kes yang sama kuar kat tv, memang terjadi. tp yang banyak duduk bawah jambatan ni mat gian..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!