Wednesday, December 21, 2011

Ditipu sindiket dalam talian


Seorang suri rumah, Zakiah Elias kerugian lebih RM10,000 apabila wang tersebut yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun bank hanya berbaki RM10.
Kejadian itu disedarinya pukul 8 malam tadi semasa mahu mengeluarkan wang berkenaan untuk menjalani rawatan susulan kanser payu daranya di Hospital Pulau Pinang dan Sungai Petani.
Zakiah, 31, yang tinggal di Kampung Charuk Bemban berkata, wang tersebut dikeluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dipindahkan ke dalam akaun sebuah bank beberapa hari lalu.

“Bila saya ke bank tersebut, saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa wang saya hanya tinggal RM10 kerana terdapat beberapa pengeluaran sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, dia amat terkejut kerana sebelum ini tidak pernah membuat sebarang pengeluaran wang daripada akaun tersebut.
Menurutnya, sebelum kejadian itu terdapat seorang lelaki menghubunginya dan mengarahkannya mendaftarkan akaun bank secara dalam talian.
Katanya, lelaki yang mengakui kakitangan bank berkenaan menjanjikan hadiah wang bernilai RM30,000 jika pendaftaran itu dilakukan.

“Saya pun mengikut arahan dan rasa tertipu kerana lelaki itu turut mengarahkan saya memberikan tiga nombor kad telefon prabayar yang bernilai RM30 setiap satu,” ujarnya.
Menurut Zakiah lagi, dia tidak menyangka lelaki itu akan menipunya kerana nombor pin kad bank tidak diberikan kepada lelaki tersebut.

Suaminya, Shukor Omar, 33, berkata, keadaan itu merumitkan kehidupannya yang hanya bergantung kepada wang tersebut untuk merawat kanser isterinya.
“Sekarang, apa pun tak ada. Isteri telah melakukan pembedahan pada bulan lepas. Namun begitu, rawatan susulan perlu dilakukan selama tujuh tahun sehinggalah kanser isteri baik sepenuhnya.
“Itulah wang kecemasan saya dan isteri, tambahan pula, saya mempunyai dua anak yang masih kecil. Sekarang satu sen pun tidak ada,” tambahnya.

Sementara itu, seorang jurucakap bank tersebut berkata, kejadian dilakukan oleh sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi dengan menghubungi pemegang kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
“Setiap bank mempunyai perbankan dalam talian. Untuk mendaftar kemudahan ini, terdapat dua nombor pin yang perlu dimasukkan. Yang pertama nombor pin peribadi pemegang kad. Satu satu lagi nombor yang akan diberikan oleh pihak bank.

“Sindiket ini tidak mengarahkan memberikan nombor pin mereka, tetapi mengarahkan memasukkan nombor pin yang sepatutnya diberikan oleh pihak bank. Keadaan ini membuatkan pemilik akaun sering tertipu.
“Pengguna seharusnya bijak menilai dan tidak tertipu dengan sindiket ini,” katanya.
Pasangan berkenaan telah membuat laporan di Balai polis Baling semalam.
Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.









.

3 Penyokong CHELSEA:

smilenajah93 on December 21, 2011 at 10:04 AM said...

mcm2 sekarang nie kan ~~ hailaa!!

Ayu Rashidah @ Cik Ayu on December 21, 2011 at 12:54 PM said...

suka suki je nk amik duit org, sampai mati pun x senang....

Ce'gu JAERA on December 21, 2011 at 1:18 PM said...

aduii, kalau ada panggilan yang meragukan dan menjanjikan hadiah yang lumayan, jangan lah layann... mana ada manusia yang kaya dengan serta merta.. semua tu penipu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!