Liverpool menerima tamparan hebat apabila penyerangnya, Luis Suarez dikenakan hukuman gantung lapan perlawanan selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris mendapati dia mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.
Keputusan itu diambil oleh lembaga disiplin selepas melakukan siasatan yang panjang dan sesi perbiacaraan bahawa Suarez melakukan kesalahan itu.
Selain digantung perlawanan Suarez juga dikenakan denda 40,000 pound.
Kesalahan itu dilakukan terhadap Evra ketika pertemuan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool-United yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield, 15 Oktober lalu.
Suarez menyifatkan hukuman itu amat berat dan menyulitkannya.
“Hari ini adalah hari yang sungguh sukar dan menyakitkan bagi saya serta keluarga saya. Terima kasih atas sokongan, saya akan terus bermain," kata pemain antarabangsa Uruguay berusia 24 tahun menerusi mesej Twitter.
Evra mendedahkan bahawa Suarez mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadapnya lebih 10 kali sepanjang perlawanan itu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
"say no to racism"... Fair Play laaaaa Suarez...
adeh.. rasa cam kesian. tapi bila baca evra kata kata lebih 10x. apa kata ikt berapa kali dia kata. no rasism boss. ta elok . :D
Post a Comment