Friday, December 2, 2011

Foto pra-perkahwinan pasangan Islam haram


INDONESIA - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya.







.

10 Penyokong CHELSEA:

Unknown on December 2, 2011 at 10:35 AM said...

kat Indonesia dah kecoh pasal ni di malaysia bila ye Jabatan Agama nak keluarkan kenyataan
Perkara yang Biasa Dilakukan oleh Perempuan Bila Putus Cinta

Udin on December 2, 2011 at 10:40 AM said...

hurmmm.. macam aih depa ni..

Izwa Kamaruddin on December 2, 2011 at 10:48 AM said...

mmg haram pun!

Adzrien Shoppe on December 2, 2011 at 11:23 AM said...

mmg tak sesuai

minah senget on December 2, 2011 at 12:09 PM said...

YA SOKONG ENTRY NIH N PERNAH JUGA TERPIKIR TENTANG HUKUMNYE..
:)

Zasillah Ariffin on December 2, 2011 at 12:16 PM said...

Alhamdulillah..masih ada yang peduli.

Unknown on January 6, 2013 at 11:46 AM said...

nak kena tunggu keluar fatwa haram dulu. Haih..pikir logik sniri je lah. isk isk iskkk...

dEdEQ dE wIshEs on January 6, 2013 at 11:53 AM said...

BETOL2 .. SOKONG2

ILoveIslam on January 6, 2013 at 11:55 AM said...

Alhamdulillah, ada yang masih peduli :D
nice entry :D

Kak iman on January 6, 2013 at 1:30 PM said...

setahu iman mana ada istilah pre-wedding dlm islam?xslh kot wat pre wding slpas kwin sje nk foourpure ler

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!