Friday, December 2, 2011

Jual minyak masak terpakai kepada penduduk miskin


Agensi Alam Sekitar Wilayah Bali mendedahkan beberapa buah hotel di kawasan itu menjual stok minyak masak terpakai kepada orang awam dengan menapis produk tersebut sebelum dijual sebagai minyak masak baru.

Ketua agensi tersebut, Anak Agung Gede Alit Sastrawan berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang malah membahayakan kesihatan awam.

"Produk itu dijual kepada keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah serta kepada yang mudah terpedaya dengan harganya yang murah," katanya.
Sastrawan enggan mendedahkan nama hotel yang terlibat serta tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka.

Dia turut mengakui Undang-Undang Alam Sekitar yang baru mempunyai kelemahan daripada segi pengawalan sehingga agensi tersebut tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Pasukan pemantau agensi itu mendapati hotel yang terlibat menghasilkan sehingga 1.5 meter isipadu minyak masak terpakai dalam sehari.
"Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan hotel untuk mengawal minyak terpakai dengan cara yang sepatutnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Agensi Perdagangan dan Industri Wilayah Bali, Gede Darmaja mengesahkan minyak masak terpakai turut dijual dalam pasaran.
Menurutnya, mereka menghantar beberapa pasukan ke pasaran itu bagi merampas semua produk tersebut.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Hotel Bali (BHA), Djinaldi Gosana berkata, dia tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan tersebut.




P/S - Gambar hanyalah contoh..








.

2 Penyokong CHELSEA:

Zezebel Lair on December 2, 2011 at 8:36 AM said...

Kes macam ni pun ada ke? Melampaunya nak cari untung...

ema_amy on December 2, 2011 at 9:07 AM said...

Baca kisah nie teringat pula cerita dalam novel JUtawan Senyap.

Seorang warga indonesia yang telah bergelar jutawan di Malaysia, salah satu usaha nya yang terawal menjual minyak masih yang telah digunakan dan ditapis beberapa kali, kemudian dijual kepada kekawan Indonesia nya dengan harga yg murah.

Moral of story : usaha demi usaha yg dia buat memberi impak dalam hidupnya.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!