Monday, December 19, 2011

Miliki daya ingatan luar biasa


Kanak-kanak berusia lima tahun, Irfan Mukhriz yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutama dari segi daya ingatan luar biasa kini menjadi ikon kepada kepada rakan sebayanya di daerah ini.
Keistimewaan itu ialah dia mampu melukis dengan baik mengikut imaginasi sendiri, mengingati sesuatu dengan cepat dan boleh menghafal ayat al-Quran dengan mudah dan lancar serta cepat.

Dia yang amat meminati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempunyai kelebihan berkenaan sejak usia tiga tahun lagi apabila dapat mengenali semua model kereta dan nama bekas pemimpin negara dengan hanya melalui gambar.

Anak kedua daripada dua beradik itu berkata, setiap kali melihat wajah tokoh itu melalui akhbar atau kaca televisyen dia berkeinginan untuk menemui pemimpin tersebut dari dekat.
Ketika ditemui di rumah neneknya, Che Bashah Ahmad, 57, di Taman Rumah Murah dekat sini hari ini, Irfan Mukhriz yang pemalu menunjukkan kebolehannya melukis gambar kartun terkini Angry Bird.
Menurut ibunya, Norwahida Ahmad, 32, Irfan Mukhriz mampu mengingati nombor plat kereta sesiapa sahaja yang dikenalinya termasuk kenderaan milik rakan bapanya.

"Irfan bukan sahaja mahir melukis malah dapat mengingati sesuatu dengan cepat dan mudah," katanya.
Pada pertemuan itu, Irfan Mukhriz turut membaca surah al-Fatihah dan al-Baqarah dari ayat pertama hingga ayat lima dengan baik dan lancar.

Norwahida yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, anaknya yang belajar di Smart Reader Kids Wangsa Maju Kuala Lumpur itu akan pulang ke rumah nenek dan datuknya di sini setiap kali cuti sekolah.

Norwahida berkata, selain minat melukis, anaknya itu juga suka bermain kereta kawalan jauh dan membaca buku.









.

1 Penyokong CHELSEA:

zuwaidah on December 19, 2011 at 3:07 PM said...

sejuk ibu mengandung

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!