Hirisan keju biasanya berwarna putih pucat. Tetapi tidak untuk keju yang satu ini, kerana justru terlihat cantik sekaligus mewah. Bagaimana tidak, ada terdapat taburan emas di dalamnya.
Ini adalah keju Clawson Stilton Gold yang bertabur emas asli. Harganya tentu tidak murah, sepotong keju ini dianggarkan £60. Sebagai tambahan, ada cracker tipis yang harganya £6.
Dengan harga semahal itu, keju Stilton tetap memiliki penggemar tersendiri. Menawarkan kemewahan dan eksklusif, menurut pihak dari Long Clawson Dairy, perusahaan yang menghasilkan Stilton, orang kaya dan selebriti ramai yang sudah masuk dalam daftar metunggu untuk mendapatkannya.
Keju mewah ini memang hanya akan dihasilkan secara terbatas untuk perayaan Natal. Terbuat dari Stilton premium putih dengan kombinasi real edible gold leaf dan real gold liqueur, menurut penciptanya keju ini jadi keju paling 'cemerlang' di England.
Harganya 67 kali lebih mahal dari keju Stilton biasa. Clawson Stilton Gold ini, ternyata keju Stilton termahal di dunia. Demi menjaga privasi dan eksklusifnya, Janice Breedon, jurucakap Long Clawson Dairy, merahsiakan siapa saja yang sudah memesan keju mahal ini.
"Untuk alasan rahsia, saya tidak boleh mendedahkan siapa yang memesan Clawson Stilton Gold, tapi boleh dikatakan mereka cukup terkenal. Anda boleh melihat secara jelas taburan emas dalam tiap hirisan keju dan kita menaburkan dalam jumlah banyak didalamnya," kata Breedon.
HADIAH MENARIK UNTUK LULU O_o
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment