Seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan lidah terjelir dan mayat sudah mula membengkak di tepi padang bola sepak berhampiran kawasan perindustrian Sungai Dua, Rawang, malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 40-an itu lengkap berpakaian dipercayai sudah dua hari berada di tempat kejadian sebelum disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam.
Menurut sumber, mangsa dipercayai mengalami masalah sakit mental dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian terbabit.
"Orang awam yang menemui mayat berkenaan bertindak menghubungi Balai Polis Rawang.
"Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan lidah terjelir namun polis tidak menemui sebarang kecederaan di badan mangsa," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
.
3 Penyokong CHELSEA:
kesiannya.., tapi mati sebegini selalunya menjadi penghapus dosa atas perbuatan masa hidupnya.. .
kesiann.. dh nasib dia macam tu .. hurmmm
kesian dia..
Post a Comment