Thursday, December 22, 2011

Senarai bawah 30 tahun paling berjaya


Pengasas Facebook Mark Zuckerberg; aktivis hak asasi manusia Ronan Farrow; bintang pop Lady Gaga dan Justin Bieber tersenarai sebagai antara individu berusia bawah 30 tahun yang paling berjaya oleh majalah Forbes.
Senarai itu turut membariskan pereka pemasangan foto berskala besar, JR, 28, dan penerbit filem David Ellison yang juga anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Larry Ellison yang membiaya filem True Grit dan World War Z.

"Walaupun ramai yang disenarai merupakan individu dikenali, namun kemunculan pertama pakar sains kelahiran Kanada, Danielle Fong yang menyelesaikan pengajian doktor falsafah di Universiti Princeton pada usia 17 tahun sebelum mengasaskan syarikat tenaga alternatif Lightsail pada usia 20 tahun turut menjadi perhatian," kata Pengarang Eksekutif Forbes, Michael Noer dalam satu kenyataan.

Farrow yang kini dikenali sebagai Sarjana Rhodes, Pakar Dasar dari Jabatan Negeri Amerika Syarikat (AS), satu-satunya anak kandung aktres Mia Farrow dan pengarah Woody Allen pula berada dalam senarai dasar dan undang-undang.
Sementara itu, Donald Glover, Jonah Hill, Jennifer Lawrence dan Jaden Smith, 13, anak kepada pelakon Will Smith tersenarai dalam kategori hiburan manakala kategori muzik pula menyenaraikan bintang British Adele dan bintang pop AS Katy Perry, Rihanna serta penyanyi rap Lil Wayne.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan termasuk seni dan rekaan, makanan, media, sosial dan teknologi yang menyenaraikan Pengasas CEO jaringan berita teknologi Mashable, Peter Cashmore.
Bidang pemilikan pula menyenaraikan Alex Hodara, 24, yang menjadi syarikat broker pertama dikendalikan oleh pelajar di AS serta Kunal Shah, 29, dari Goldman Sach dinamakan sebagai Pengarah Urusan termuda ketika berusia 27 tahun.

Seramai 30 individu dipilih bagi setiap kategori dan ia akan disiarkan dalam majalah tersebut bulan depan.
Forbes meminta pembaca dan juga 12 ahli panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan menilai individu tersenarai yang bakal memberi pengaruh kepada dunia.
Antara panel terlibat termasuk artis Chuck Close, jutawan kewangan Thomas Lee dan pemilik Gawker Media, Nick Denton. 







P/S - Destinasi hujung minggu ni.. ;)

 



.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on December 23, 2011 at 12:19 AM said...

wowwww..kagum dengan mereka2 yang berjaya dalam hidup dalam usia yang mudaa...

takda kejayaan tanpa usaha yang gigih...

Axie04 on December 23, 2011 at 8:46 AM said...

MAK AIH...... HEBAT SUNGGUH

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!