Monday, December 26, 2011

Mayat lelaki ditemui di pembahagi jalan


Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohamed Nazri Zawawi, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 30-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan vaksin BCG pada bahunya.
 "Ketika dijumpai, terdapat luka pada dahi, kesan seretan pada belakang badan mangsa dan kaki kanannya patah.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dan identitinya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)untuk dibedah siasat.

Mohamed Nazri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.55 pagi.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on December 28, 2011 at 9:53 AM said...

takut la nak tengok mayat yang tiba2 terjumpa kat tepi jalan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!