Thursday, February 3, 2011

Guna taktik pikat jutawan


Seorang jurujual dari Britain, Kim Perez sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menceritakan pengalamannya yang berjaya mengahwini seorang jutawan dari Amerika Syarikat (AS) kepada media, wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi untuk hidup mewah.

Bagi merealisasikan impiannya, Perez memberitahu, dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan diri agar kelihatan lebih kemas dan anggun malah, dia turut membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual.

Semua itu dilakukan oleh Perez semata-mata untuk menggoda jutawan untuk dijadikan suami.
Perez sanggup untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah.


Dia juga meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri.

Perez mengenali jutawan berkenaan menerusi sebuah laman web khusus yang mempertemukan warga AS dengan Britain dengan tujuan untuk mencari jodoh.
"Dia (David) menjadi sasaran saya bukan sahaja kerana dia tampan tetapi apa yang lebih penting, dia memiliki banyak wang," katanya.

Usaha tekun wanita itu membuahkan hasil selepas David terpikat dengannya ketika pertemuan pertama mereka di New York, AS.
Perez berkahwin dengan jutawan tersebut di Florida, AS pada Ogos tahun lalu dan dia kini hidup mewah sebagai isteri seorang jutawan.


Sebelum berkahwin dengan jutawan itu, dia berkahwin dengan seorang mekanik, Steven, selepas menamatkan persekolahan.
Semasa berumur 20 tahun, wanita itu sudah melahirkan anak perempuan sebelum dia bercerai dengan suami pertamanya.



.

Sah nikah 20 mac..


Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh pernikahannya, penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti akhirnya mengumumkan bakal menikah 20 Mac ini.

Kris yang akan menamatkan zaman jandanya dengan usahawan ternama dari Timor Leste, Raul Lamos juga akan diraikan dalam satu majlis persandingan di salah sebuah hotel terkemuka di sini lima hari kemudian.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya dan Raul akan bernikah 20 Mac ini,” katanya.

Kris yang kini berada di kampung halaman bakal suaminya di Dili berkata, tarikh berkenaan dipilih bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-36 pada 24 Mac.
Sehubungan dengan pengumuman itu, Kris mengharapkan ia sekali gus melenyapkan spekulasi kononnya dia sudah lama bernikah dengan Raul tetapi sengaja merahsiakannya.

“Tidak ada sebab untuk saya dan Raul merahsiakan pernikahan kami. Harapan saya peminat dan masyarakat akan mendoakan pernikahan saya dan Raul berjalan lancar,” kata penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu.

Akhbar-akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Kris dan Raul akan bernikah bulan depan tanpa pengumuman tarikh rasmi.

Kris bakal memakai baju rekaan pereka fesyen terkenal dunia, Vera Wang pada majlis persandingan sementara untuk majlis pernikahan pula, artis popular itu memilih pereka tempatan, Anna Avantie.
Artis popular dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan penyanyi tersohor negara ini, Ruth Sahanaya dijangka mengadakan persembahan pada majlis persandingan pasangan itu.

Ini merupakan pernikahan kedua buat Kris dan Raul yang juga bapa kepada dua cahaya mata.
Perkahwinan pertama Kris dengan komposer dan penyanyi Anang Hermansyah berakhir pada 2009 selepas 13 tahun mereka hidup bersama sebagai suami isteri.



.

Impianku bersama The Blues..


Fernando Torres kelmarin memberi amaran menjelang penampilan sulungnya bersama Chelsea dengan menegaskan bahawa dia mahu menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya, Liverpool Ahad ini.

Liverpool telah meletakkan syarat agar penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta (RM247 juta) itu tidak diturunkan pada pertemuan Liga Perdana England itu, aksi pertama pemain Sepanyol itu bersama The Blues.
Situasi itu bagaimanapun mengundang ketegangan ketika perbincangan kontrak di mana juara bertahan, Chelsea enggan tunduk kepada syarat tersebut sekali gus menyaksikan Torres akan turun menentang kelab lamanya.

Torres berkata: "Kalau saya mempunyai peluang untuk bermain, saya akan melakukannya sebaik mungkin buat Chelsea dan harapnya dapat menyumbat gol."
Penyerang Sepanyol itu turut mendedahkan bahawa dia telah mengimpikan untuk menyertai Chelsea sejak musim lepas lagi sekaligus menimbulkan persoalan tentang komitmennya bersama Liverpool sejak enam bulan lalu.

"Sejak musim lepas lagi saya rasa perlu mengambil langkah ke depan dalam karier saya dan juga impian saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

"Saya mahu menyertai sebuah kelab yang benar-benar hebat dan kelab itu adalah Chelsea. Kini saya ada peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini."
Torres juga mengingatkan Liverpool bahawa pencapaian kurang memberangsangkan yang berterusan telah memaksanya hilang sabar dan beralih angin.

"Liga Juara-Juara menjadi impian setiap pemain bola sepak dan ia juga satu kejohanan yang berada pada tahap tertinggi.
"Chelsea ada peluang untuk memenangi banyak kejuaraan dalam setiap musim, jadi apabila kamu ada peluang untuk menyertai kelab seperti ini, kamu pasti tidak boleh menolaknya," kata Torres.



.

Ayam dah jadi pemain bola..

Bukan hanya manusia dan gajah yang suka bermain sepak bola. Di Provinsi Liaoning, China ada ayam yang dilatih khusus menjadi pemain sepak bola profesional.


Zhang Lijun melatih ayam-ayam ini sejak tahun 2007. Kepandaian ayam-ayam didikkannya dalam mengolah bola layak sudah seperti pemain bola profesional. Dengan menggunakan sayap dan kaki, mereka menggiring bola ke arah gawang.


Selain sebagai pelatih, Zhang Lijun juga bertindak sebagai pangadil.

Adakah Zhang Lijun bakal menggantikan Fabio Capello melatih pasukan kebangsaan England
di Piala Dunia 2014?





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!