Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul..


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Esok, (24 Januari) jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Selamat menyambut Maulidur Rasul...
Semoga kita semua diberi keberkatan sempenanya..



.

Saya nak tersenarai dalam bloglist Lulu Caldina..



Salam...hai lulu-pages readers..
Tetiba lulu teringin nak 'rombak' bloglist Lulu-Pages ni..
Dah berbulan kebanyakannya sama jer..
Jom, bersama-sama membantu mempromosikan
blog masing-masing...


Kerana sokongan anda semua, lulu sangat hargai...
Dan, kalau korang berminat nak tersenarai dalam bloglist blog ni sila 
tunjukkan kesungguhan anda...
Buat satu entry kat blog kalian,
copy paste banner kat atas dalam entry tersebut,
dan nyatakan kenapa anda berminat untuk 
mempromosikan blog Di Lulu-pages ni...
Sila lah menjadi follower saya eh...
(Bloglist lulu hanya untuk follower..yeah..)
Boleh tak?


Buat yang dah buat dan tersenarai dalam komen sebelum ni
(ini adalah entri repost),
dan masih berminat terus 'melekat' di bloglist ni,
tolong inform lulu...
Mekasih..*Wink..
(INI BUKAN EXCHANGE BANNER YER..
NI MENGENAI BLOGLIST...HUHU) 

TUTUP 14.02.2011 JAM 8 MALAM..
TQ..


.

Langgar 2 kenderaan


Sebuah bas dua tingkat yang membawa kira-kira 20 penumpang merempuh dua kenderaan di hadapannya di Kilometer 273 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R n R) Seremban di sini, Isnin.

Kejadian pada pukul 9.30 pagi yang membabitkan bas dari Seremban ke Kuala Lumpur itu menyebabkan penumpang sebuah daripada kenderaan yang dirempuh bas itu cedera di kaki akibat tersepit di tempat duduk.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan penumpang kenderaan pacuan empat roda yang tersepit itu. Kesemua penumpang bas selamat.

Jurucakap polis berkata kejadian dikatakan berpunca daripada pemandu bas terbabit tidak sempat memberhentikan kenderaan apabila menyedari terdapat kesesakan jalan raya di hadapannya.
"Bas itu merempuh sebuah kereta sebelum merempuh sebuah lagi pacuan empat roda sebelum berhenti di tengah jalan," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh beberapa kilometer.

Seorang penumpang bas, Muhammad Hazwan Zulkifli, 23, berkata keadaan di dalam bas kelam kabut apabila berlaku rempuhan kuat menyebabkan ada penumpang tercampak dari kerusi.
"Beberapa penumpang menjerit ketakutan kerana terkejut. Walaupun ada yang tercampak dari kerusi, saya nampak penumpang bas tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Saya tidak pasti bagaimana kemalangan itu berlaku, mungkin pemandu bas tidak nampak berlaku kesesakan di depan kerana keadaan jalan yang agak berbukit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Muhammad Hazwan yang duduk di tingkat atas bas itu, berkata ketika kejadian bas berkenaan dipandu mengikut kelajuan biasa.



.

"Saya sudah tidak mampu bertahan lebih lama lagi..."


Kecederaan yang selalu dialami dan kegagalan di Copa Libertadores membuat striker veteran Brazil, Ronaldo memutuskan untuk bersara dari dunia bolasepak.

Pengunduran diri Ronaldo diumumkan hari ini, 14 Februari 2011. Dan kontrak striker berusia 34 di Corinthians ini baru berakhir pada 2011.

"Saya sudah tidak mampu bertahan lebih lama lagi," kata Ronaldo dalam temubual dengan laman berita Estado de Sao Paulo.
Sedangkan, keinginannya untuk bermain masih tebal di hatinya. "Saya ingin bertahan, tapi saya sudah tidak mampu lagi. Saya ingin bergerak tapi tidak boleh melakukan apa yang saya harapkan. Ini saatnya untuk berhenti. Saya merasa senang akhirnya harus berhenti," lanjutnya.

Selepas ini, Ronaldo hanya akan berada di balik lapangan. Mantan pemain Real Madrid ini akan masuk dalam bahagian pengurusan Corinthians.


Bersaranya Ronaldo mengakhiri perjalanan kariernya yang hebat selama 18 tahun. Dia mula bermain bersama PSV Eindhoven. Ketika itu, Ronaldo bergabung dengan club Eredivisie Belanda setelah dilatih dari Cruzeiro pada 1993.

Sejak itu, dia bermain bersama club besar Eropah. Ronaldo yang tiga kali menjadi pemain terbaik dunia ini pernah bermain di Inter Milan dan AC Milan. Dia juga memperkuat Barcelona dan Real Madrid.
Di Piala Dunia 2002, Ronaldo menjadi pahlawan Brazil membawa negara ini menjadi juara dunia. Saat itu, Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak.

Berundurnya Ronaldo juga tidak terlepas dari kegagalan Corinthians di Copa Libertadores. Corinthians secara mengejutkan tersingkir di babak awal dan peminat menuding Ronaldo sebagai punca kegagalan. Penyokong kecewa kerana Copa Libertadores merupakan satu-satunya kejuaraan yang belum pernah dimenangi Corinthians.

Penyokong kemudian merosakkan kereta pemain dan melontar kearah bas pemain. Ketika itu Ronaldo mengungkapkan kekerasan yang dilakukan membuat dirinya lebih cepat mengundurkan diri.



P/S - Selamat tinggal Ronaldo...semoga berjumpa lagi...


.

Mengapa Merpati Menjadi Simbol Cinta?


Merpati merupakan simbol kedamaian serta cinta di Hari Valentine. Mengapa?

Membawa kita kembali ke Abad Pertengahan ketika orang-orang meyakini semua burung memilih pasangannya di Hari Valentine (hari kasih sayang). Meskipun beberapa burung mencari pasangan selama pertengahan Februari, termasuk burung hitam dan ayam hutan, kebanyakan musim mengawan burung berlangsung selama musim panas.

Burung merpati itu dipilih mewakili cinta kerana mitologi Yunani berkaitan burung kecil putih bersama Aphrodite, dewi cinta. Aphrodite/Venus sering digambarkan bersama merpati beterbangan di sekitarnya atau beristirahat di tangannya.

Merpati juga mewakili monogami dan kesetiaan dalam hubungan kerana burung ini cenderung tinggal bersama pasangannya selama musim mengawan.

Merpati jantan juga membantu menetaskan dan merawat anak mereka, yang membantu burung ini mencapai citra setia dan mencintai.

Bahkan, reputasi mereka sebagai simbol cinta begitu kuat dan membuat banyak resepi ubat cinta popular di abad pertengahan memasukkan jantung burung merpati sebagai bahannya.



.

Mengaku salah


Vokalis kumpulan rock terkenal Spring, Ameng, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dan isterinya, Sabariah Zakariah, 41, didakwa memiliki dadah jenis kanabis dengan berat kasar 122 gram dalam sebuah bilik di Hotel Senyum Mesra pada kira-kira 5.20 petang.

Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua dakwaan terbabit.


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) akta sama dan Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau minimum tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, hukumannya didenda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.



.

Is this the world's oldest wedding cake?

Most wedding cakes barely survive the big day, with  maybe just one slice being popped in a box to be  preserved for posterity.
This one, however, is still intact after 113 years, making it what is thought to be the world’s oldest complete wedding cake.
The ornately decorated confection was made in 1898, during Queen Victoria’s reign, and is still in one piece despite a large crack in the icing caused by a Second World War bomb blast.

Ornate: This 113-year-old wedding cake is believed to be the world's oldest - and was was originally on display in the window of a family bakery in Basingstoke
Ornate: This 113-year-old wedding cake is believed to be the world's oldest - and was was originally on display in the window of a family bakery in Basingstoke

Once white, it has browned with age. But despite this, the rich fruit cake inside is said to be still moist.
Once white as a symbol of purity, the ornate cake, complete with its floral display, has browned with age.
 
The confectionery was originally on display in the window of a family bakery, in Basingstoke, Hampshire, which closed in 1964.
It had been moved to a loft, where it remained for almost a century, until the baker's daughter donated it to the little known Willis Museum in Basingstoke.
Museum curator Sue Tapliss said: 'It has been stored in unfavourable environmental conditions, leading to the cake heating and causing the sugars to seep through to the icing, giving it a darker colour.
'The baker's daughter, who was unmarried, donated the cake towards the end of her life due to fears someone might discover it in her attic and think she had been jilted at the altar.' 

Under fire: The cake survived the bombing in World War Two - here an attack on London is shown
Under fire: The cake survived the bombing in World War Two - here an attack on London is shown


A delicate operation involving two conservators has been carried out and the cake has now been dried using packets of silica gel to prevent further deterioration.
Mrs Tapliss added: 'It underwent conservation work following concerns from museum staff who had noticed a distinct colour change.
'Upon investigation using a syringe, the cake was found to be very moist.
'A large crack in the icing, the result of wartime bombing vibration, was in a precarious state due to the weight of the icing pulling away from the cake itself.
'Pieces of Queen Victoria's wedding cake were auctioned off but this is the world's oldest complete wedding cake.' 
Mrs Tapliss added: 'We hope that the cake can be enjoyed for a further 113 years.'



.

Berkorban demi anak sendiri..


Seorang wanita berusia 61 tahun, Kristine Casey yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya berjaya melahirkan seorang cucu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Kristine melahirkan anak untuk anak perempuannya itu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini pada Rabu lalu.

Dia bersetuju menjadi ibu tumpang selepas anak perempuannya yang kini berumur 35 tahun tidak dapat melahirkan anak selepas dia mengalami keguguran.


Menurut Dr. Susan Gerber, pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut tidak rumit.

Kelahiran bayi itu disambut dengan gembira oleh semua anggota keluarga termasuk Kristine.



.

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY


Buka jer blog pagi tadi, tengok kat bloglist..
(Haa bloglist lulu-pages sangat penting buat lulu,
sebab setiap kali lulu update blog - 24 hours,
lulu akan BW setiap blog kat bloglist..
Sesiapa yang belum 'melayakkan' diri dalam
bloglist lulu-psges, silalah berbuat demikian..)


tengok makbed dah join giveaway ni..
Hadiahnya memang sangat menarik..
cute sangat you...wah...
Jadi, lulu pun nak turut memeriahkan GA ini..
Siapa tau lulu menang...



Nak join, sila klik pada gambar-gambar dalam entri ini...
Tak join pun takpe, lebih peluang untuk lulu menang..
yeah..



Tarikh Tutup : 28.02.2011



.

Kecil sangat...kan?


Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.



.

Tasik menyala dan berwarna biru dimalam hari? (Tasik pun sokong chelsea? Yeah)


Salah satu fenomena alam yang boleh disaksikan secara langsung di tasik Gippsland yang berada di wilayah Victoria, Australia. Pemandangan di siang hari tidak akan memberikan kesan khusus.


Tapi jika kita berkunjung di malam hari, dan mengarahkan lampu ke arah air tasik, barulah fenomena ini boleh dinikmati.


Seorang jurugambar yang berasal dari Melbourne yang datang berkunjung dengan seorang kawan telah membuat mengambil gambar ini.


Cahaya yang muncul dipermukaan air tasik merupakan reaksi kimia disebut 'bioluminescence' yang disebabkan oleh mikro organisme 'noctiluca Scintillans'.



P/S - Biru itu adalah Chelsea..yeah..



.

Hari berkasih sayang (bukan valentine)


Dah genap 14hb..ngee...
memang org islam tak boleh sambut hari valentine...
Kita boleh panggil hari berkasih sayang....


Sayang Allah..
Sayang pada ibu bapa..
Sayang keluarga, adik beradik semua...
sayang diri sendiri..
sayang sahabat...


Dan pelbagai cara untuk meluahkan rasa kasih sayang itu...
Ada yang bagi bunga...ros pula tu..ngee..
ada yang bawa keluar makan..datinglah katakan..
ada yang beli hadiah...


Apa pun caranya, semoga tidak 'syirik'..
Definisi syirik tu, sendirilah fikir...
Nanti lulu bersyarah, susah pula..
diri sendiri pun tak sempurna...
Hanya untuk saling mengingati...



Tapi sebenarnya, meluahkan kasih sayang,
bukan saja dihari 14 feb tetiap tahun yer..
hari2 pun boleh....
Korang sayang tak pada ibu bapa korang?
Rasanya itu yang penting..
sebab tanpa mereka tiadalah kita....



Selamat hari berkasih sayang..
Terima kasih sebab setia bersama lulu di Lulu-Pages...
(Terfikir nak buat contest...
dalam perancangan...ngee...
Adakah korang akan support lulu??)



.


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!