Monday, February 21, 2011

Roma to offer under-fire Ancelotti a way out of Chelsea as Abramovich turns up heat on players


Chelsea manager Carlo Ancelotti is to be offered an escape route from Stamford Bridge by Roma, after Claudio Ranieri resigned on Sunday.
Ranieri, himself a former Chelsea boss, quit after Roma conceded a three-goal lead and lost 4-3 to Genoa - their fourth successive defeat.
An approach for Ancelotti, who is under even more pressure after Chelsea went out of the FA Cup on Saturday, will be made by Roma and it is believed he will take it seriously. It is not expected he will survive as Chelsea manager at the end of the season. 


Roma plan to appoint a caretaker so they do not disturb Chelsea's preparation for the Champions League last-16 tie in Copenhagen on Tuesday. Roma are also in the Champions League, although they lost the first leg 3-2 at home to Shakhtar Donetsk.
Last night Ranieri said: 'I've always thought about the good of Roma. After the final whistle I went to thank the team and I decided to hand in my resignation.'
Roman Abramovich is understood to have held crisis talks with senior Chelsea officials in response to Saturday's FA Cup loss on penalties to Everton.
The owner appears to agree with his manager's assessment that only two of Chelsea's outfield players - captain John Terry and Branislav Ivanovic - are currently performing to their potential and will remind his highly-paid stars of their responsibilities. 


Having already spent more than £75million on Fernando Torres and David Luiz in last month's transfer window, Abramovich is keen to make further investments in his team this summer to put pressure on the established stars.
He also wants to see some of the younger players promoted more regularly to the senior ranks, in particular Josh McEachran and Gael Kakuta, who has been lent to Fulham. Before that, however, the Russian expects to see an improvement when Chelsea meet Copenhagen.
Ancelotti at least has the option of recalling Torres, who was cup-tied against Everton. 


Sportsmail understands Abramovich is not sure what to do about Ancelotti. Although the Italian won a domestic Double last season, there is a danger of ending the current campaign without a trophy and out of the Champions League places.
But there is not an obvious alternative to Ancelotti, though there would be three of four candidates. Former manager Guus Hiddink would be one possibility but the Dutchman says he is keen to honour a three-year contract with Turkey that pays him £6.7m a season, net.
Porto coach Andre Villas-Boas, a scout for Chelsea when Jose Mourinho was in charge, would also be a contender, as would Fulham's Mark Hughes, a former player at Stamford Bridge. 



.

Nenek SUper Kuat.. Whoaa


Hanya dalam 1 Minit!

Seorang Nenek Push Up 97 Kali
 

Seorang perempuan yang berusia 63 tahun di Chengdu, ibukota provinsi Sichuan, Cina, mampu melakukan push up sebanyak 97 kali dalam waktu 60 saat.

Huang Tianleng, warga Wenjiang di kota tersebut, telah bersenam setiap hari sejak tahun 2002. Wanita tersebut melakukan push up selama satu sampai dua jam setiap pagi.

"Saya tahu seorang lelaki yang bernama Wang Jiyue di bandar kami dapat melakukan push up 100 kali dalam waktu satu minit. Saya ingin mencabar dia," kata Huang.




.

Tawarkan diri demi BMW


Seorang wanita berusia 24 tahun di China menawarkan diri pada mana-mana lelaki di internet yang mahu meminjamkan BMW selama seminggu. Mengapa wanita cantik ini berbuat demikian?

Wanita ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai Xiaoxia.

Xiaoxia membuat pengumuman di internet bahawa dia menawarkan diri kepada lelaki manapun yang mahu meminjamkan BMW selama satu minggu.

Syarat lainnya, kereta BMW tersebut bukan buatan China.

Xiaoxia melakukan hal ini untuk membuat rakan sekelasnya sedar dan menganggap dirinya hidup senang dan bakal berkahwin dengan orang kaya.



.

Ashanti, Kanak-Kanak Bertubuh Nenek 80 Tahun


Ashanti Smith berjalan perlahan menuju kamar tidurnya yang berdekorasi warna merah jambu. Sambil tersenyum, ia mengucapkan selamat tidur pada sang ibu.

Tapi, tidur bagi bocah cilik ini berarti sebuah perjuangan. Ashanti yang baru berusia delapan tahun terperangkap di dalam tubuh lansia, seperti seorang nenek berusia 80 tahun. Itulah sebabnya, setiap langkah dalam hidupnya adalah waktu yang sangat berharga bagi sang ibu, Phoebe.

Si gadis kecil pemberani didiagnosis memiliki penyakit penuaan yang langka. Ia menderita Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGP) beberapa pekan sebelum usianya satu tahun.

Seperti bocah pada umumnya, Ashanti suka bermain dengan teman sebayanya. Tapi tubuhnya sangat ringkih. Berat badannya hanya 12 kilogram, lebih ringan dari adiknya Brandilouise, yang berusia 5 tahun.


Penyakit ini telah menghancurkan tubuh dan sendi-sendinya. Dia dikatakan sukar berjalan jauh. Jarak yang jauh akan sangat menyakitkan bagi Ashanti. Itu sebabnya, Ashanti memerlukan bantuan kerusi roda khusus.

Ashanti kerap sesak nafas, kerana anggota tubuhnya lemah. Itu juga kesan dari pengerasan arteri dan sirkulasi darah yang buruk. Sejak berusia satu tahun, semua rambut di kepala gadis kecil ini gugur. Untuk mengurangi penderitaannya, Ashanti menjalani pengubatan perintis dua kali setahun di Marseilles, Perancis.

Para doktor mengakui belum mengetahui bagaimana penyakit ini mempengaruhi sistem peredaran darah Ashanti di masa depan.

Si ibu, Phoebe, 25, meluahkan tentang buah hatinya yang luar biasa. "Ashanti adalah seorang yang sangat luar biasa, penuh kebahagiaan dan dicintai banyak orang," katanya seperti dipetik dari The Sun.

Phoebe berkata, ketika lahir, Ashanti tidak menampakkan kelainan apapun. "Ketika dilahirkan, dia kelihatan sangat sempurna. Dia memiliki mata biru besar yang indah dan hidung yang kecil," ujarnya.

Namun, tiga minggu setelah itu, Ashanti mula memperlihatkan gangguan pertumbuhan. Selama enam bulan, dia tak membesar, dan mula berhenti makan. Ketika usianya setahun barulah diketahui penyakit itu kekal di tubuhnya.


"Ketika mengetahuinya, hati saya hancur. Tapi dia seorang anak yang kuat. Puteriku mungkin punya kelainan, tapi dia manusia yang penuh cinta," ujar Phoebe.

HGP adalah keadaan genetik yang sangat jarang di dunia. Hingga ketika ini, penyakit itu belum boleh disembuhkan. Ashanti termasuk salah seorang dari dua penderita yang ditemukan di England.

Walaupun tidak mempengaruhi perkembangan otak, HGP menyebabkan penuaan arteri secara cepat, dan berakibatkan kematian. Kebanyakan penderita tidak mencapai ulang tahun ke-15 akibat kesan penyakit tersebut kepada kesihatan jantung dan arteri.
 

.

Wah...hebat sambutan!!


Selepas tak sampai beberapa minit release GA tu,
Kita dah ada pemenang pertama untuk
Penyertaan Pertama...


Hahaha...lulu tak release lagi komen tu..
Biar surprise sikit...


Ada banyak lagi hadiah menanti...
Sila melayakkan diri (join)..



.

Laying this one must have been eggscruciating! The hen's egg eight times heavier than normal



















Eggstatic: The giant egg laid by Jeremy Paget's hen, Hattie


For a free-range hen who just laid an egg more than eight times heavier than normal, Hattie the hen seems remarkably unruffled.
The egg weighs a hefty 5.7oz, is three and a half inches long and eight inches in circumference.

Hattie’s owner Jeremy Paget, 50, who has  been rearing his nine chickens for only six months, said of Thursday’s find:
‘My wife brought it in to  me and asked me to close my eyes and said, “I’ve got a present for you”. We were absolutely gobsmacked.’
He now plans to use the egg to make an enormous omelette.

The financial consultant, of Four Marks, Hampshire, said Hattie did not seem particularly concerned afterwards.
It's not the first time recently that a chicken has laid an enormous or strangely shaped egg.
Last summer Harriet the hen laid an egg 4.5 inches long with a 9.1-inch circumference - both measurements half an inch longer than the previous record holder.


Whoa! Did that really just come out of me? Hattie inspects what she's laid
Whoa! Did that really just come out of me? Hattie inspects what she's laid



In Newquay last autumn a hotel chef preparing breakfast was left shell-shocked today after discovering a perfectly round egg, a billion-to-one discovery.
Hens' eggs are usually 2.3 inches long and have a circumference of 5.5 inches. 
The heaviest hen’s egg on record so far weighed an astonishing 16oz.


.

Foto praperkahwinan


Penyanyi Indonesia, Krisdayanti atau lebih dikenali dengan panggilan KD dilaporkan sudah menjalani sesi foto praperkahwinan di Dili beberapa hari lalu dengan mengenakan gaun moden yang direka pereka Yohannes E Yunarko.

Penyanyi terbabit memilih jurugambar terkemuka Indonesia, Darwis Triadi untuk merakamkan saat indah berkenaan.

KD bagaimanapun menegaskan bahawa foto praperkahwinan berkenaan adalah untuk koleksi peribadi beliau tetapi pereka gaun terbabit, Yohannes membuka rahsia mengenai pakaian dipakai penyanyi terbabit.

“Waktu itu, KD menghubungi saya melalui telefon dari Dili. Beliau mahu merakamkan gambar dan mahu menggunakan gaun saya. Saya siapkan tiga gaun terbaik dan sesuai untuk KD yang kemudian diambil oleh pengurusnya untuk dibawa ke Dili,” kata pereka fesyen terbabit yang ditemui di Ekspo Perkahwinan DI JCC, Jakarta, kelmarin.

KD bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus gaun yang diinginkannya kerana percayakan pilihan sepenuhnya di tangan Yohannes sendiri.

“Saya mempunyai ukuran badan beliau. Beliau tidak kisah mengenai perinciannya kerana hanya memikirkan untuk digunakan sewaktu foto praperkahwinan,” kata pereka terbabit.



.

Hatiku sudah dimiliki


WAJAH tampannya memang memikat hati ramai wanita di luar sana. Malah, kelibatnya sering mencuri perhatian sesiapa saja ketika menghadiri mana-mana majlis di persada hiburan tanah air.
Itulah aura yang dimiliki pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang cukup dikenali dengan watak Hang Tuah dalam pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Stephen Rahman Hughes.


Bukan saja kehebatan lakonannya yang diperkatakan orang, malah, sisi peribadi artis kelahiran United Kingdom termasuk statusnya juga mendapat perhatian ramai. Terbaru khabar angin yang bertiup kencang mengenai cerita aktor, penyanyi dan penari terkenal ini dikatakan sudah menamatkan zaman bujangnya.


 Dengan tenang sambil senyuman terukir di bibir, Stephen membuat pengakuan kepada pihak media tempatan dia memang sudah berkahwin sekali gus mengesahkan cerita yang tersebar itu. Akuinya, majlis perkahwinan dengan gadis idamannya itu berlangsung di Tuscany, Itali pada September tahun lalu.

Gadis bertuah yang berjaya merebut hatinya ialah penari dan koreografer berdarah kacukan India-Inggeris, Anjali Mehra.
"Kami mula bertemu ketika sama-sama terbabit dalam pementasan Bombay Dreams dulu. Kami sering bersama dan sudah berkawan baik selama lapan tahun. Walaupun sibuk dengan karier masing-masing, saya akui hidup tetap sunyi tanpa seorang isteri.


"Selepas mengenali hati budi masing-masing, kami putuskan untuk berkahwin. Kami serasi bersama mungkin kerana kami menceburi bidang yang sama.
"Dari segi pemilihan Tuscany, Itali pula, sebenarnya, kami sama-sama mengagumi keindahan lokasi menarik itu ketika bercuti di sana sebelum ini. Sebab itulah, kami putuskan untuk berkahwin di sana," katanya.
Ditanya sama ada dia akan memperkenalkan isterinya itu kepada pihak media, Stephen berkata, dia tidak akan menyorokkan berita baik itu dari pihak media tempatan nanti.


"Saya tidak ingin mengulas secara terperinci mengenai isteri saya seperti berapa umurnya sekarang kerana saya akan membawanya sekali ke sini pada majlis pratonton filem HMM yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini," katanya.



P/S - Dia ni islam, kan?


.

Kad jemputan sudah mari..........


Ratu Elizabeth II sudah menghantar lebih 2,000 kad jemputan bertulisan emas perkahwinan cucunya, Putera William dan Kata Middleton pada 29 April depan, kata pegawai istana, semalam.

Kad jemputan itu diposkan pada Rabu dan Khamis, dengan lambang Ratu ditampal dengan warna emas.

Kira-kira 1,900 orang daripada keluarga dan rakan hinggalah pemimpin asing, diplomat, tentera dan pekerja kebajikan, dijemput menghadiri upacara perkahwinan di Westminster Abbey, tetapi tiada nama didedahkan.

Kira-kira 600 jemputan berpeluang menghadiri makan tengah hari dengan Ratu di Istana Buckingham, manakala kumpulan terpilih dengan 300 jemputan akan dilayan dalam majlis makan malam dianjurkan bapa William, Putera Charles.

Ratu Elizabeth II dan Duke Edinburgh akan mengetuai kumpulan 50 kerabat diraja Britain, selain 40 wakil dari Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan Greece, menyertai majlis bersejarah itu.

Masih tidak diketahui sama ada Elton John yang juga rakan baik mendiang ibunya, Puteri Diana atau penyanyi kesayangan putera itu Kanye West turut menerima jemputan peribadi.
Dalam satu kenyataan, pejabat William enggan mendedah maklumat lanjut mengenai jemputan individu.


Akhbar Sun melaporkan, bekas isteri bapa saudara William, Sarah Ferguson, 51, tidak dipedulikan pasangan diraja itu apabila namanya tidak tersenarai dalam jemputan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, bekas suaminya, Putera Andrew dan anak mereka Beatrice dan Eugenie termasuk dalam senarai jemputan.



.

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!




Untuk Segmen join bloglist ketiga berturut-turut pagi ni,
lulu nak join yang ni...ngee..
Blogger ni memang dah agak pemes yer kengkawan..
Follower dia pun dah ribu riban..
Menggunakan gelaran 'ATOK' eheh, rupa-rupanya masih muda remaja
pemilik blog Petua kita ni..


Jomlah meramaikan majlis..



.

Saya nak join bloglist Siti Manis


Ni lagi satu...best...orangnya ayu jer..seayu namanya..
Lulu ditag oleh ammar...
So, jom memeriahkan segmen cik Siti Manis ni..
Semoga lulu dapat masuk dalam bloglist dia...
Nak join juga silalah klik pada banner..


"Saya nak join bloglist kategori UMUM"



.

"ceq nak join bloglist tomatokering".



Lulu nak join bloglist tomato kering...
Dah 'lama' kenal sicantik manis ni...
Dia selalu ' lepak kat lulu-pages..ngee...

Wah, nampak banyak sangat perubahan pada blognya..
Dan yang paling cantik, header blog tu..
Follower pun dan ribu riban yer..
tahniah...


Nak join juga [KLIK SINI]



.

Paling berat?


Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.

Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.
Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.


Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.

Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai.




.

Lulu Caldina Giveaway yang pertama...yeah


Dah 'banyak' kali fikir benda ni..
ekeke, dan macam bila main game...
tret tret...lulu nak ke stage seterusnya..
yeah upgrade lagi...



Buka blog dah...
template, gadget, banner dan header biasa, dah...
join contest, giveaway dan segmen pun dah banyak kali..
kena tag pun lumayan banyak..ngee..
bagi award, terima award pun dah...
Follower setia pun dah lumayan kalau himpun 1 dewan...
syukur alhamdulillah...


Dan, akhirnya, lulu nak buat giveaway sendiri..
entah contest ke giveaway..
rasanya sama jer maknanya...


TUNGGU!!

Entri ni belum official lagi yer..
Untuk makluman, lulu nak buat GA yang lain dari yang lain...
Dan, untuk percubaan pertama,
seperti biasa, kita kena buat dengan sistematik...
1- kena buat hebahan dulu..
Biar semua orang tahu...


Dan syarat-syaratnya kena mudah...
semudah ABC, so, org pun tak leh malas nak join..
yer dak?


Dan selalunya, bila penganjur buat contest atau GA,
lulu perhatikan ramai jer org pempuan yg join..
JD, biarlah GA yang lulu buat ni, balance yer..
ada pempuan, ada lelaki..
yeah...barulah best..


Ok, pasal hadiah...
siyes belum fikir lagi..
Tapi yang pasti, lulu akan cari hadiah yang istimewa..
ekeke...cukuplah tahu itu yer..
Dari semasa ke semasa, lulu akan update mengenainya..
Untuk yang 'setia' bersama lulu-pages,
jangan risau sbb korang akan sentiasa update mengenai GA ini...



Hah...yang pasti GA ni hanya untuk follower lulu-pages..
yang tak jd follower, jgn mimpi nak masuk!
Reject terus...sorry..ngee....
Tapi, anda masih boleh berbuat demikian...
JADILAH FOLLOWER SAYA...


Hah, dan yang paling penting...
Ni kena alert....tak boleh cakap banyak kali...
sebab kalau miss, korang yang rugi..
dan...jgn pula tgl komen nanti, 
'alaa....terlepas...'
atau.....................
'tak tahu!'...


Bila GA ini dibuka bbrp hari lagi..
(Korang kena bersiap sedia...
mungkin malam ni, mungkin esok, mungkin minggu depan?
Takde siapa yang tahu...
makbed pun tak tahu, jgn tanya dia..ngee....)
Pastikan anda join sebab, bukan sahaja pemenang yang akan dapat hadiah..


GA lulu ni unik, sebab penyertaan tertentu akan lulu beri hadiah...
Haa....penyertaan Pertama..
Dan....
satu lagi penyertaan yang lulu akan rahsiakan..
(untuk mengelakkan korang merancang meninggalkan link
diruangan komen pada nombor penyertaan tertentu..)


2 Hadiah istimewa mengenai penyertaan ini,
tidak dikira jika anda menggunakan
auto publish pada entri itu nanti...
hahaha...padan muka..
jangan malas...



Dan untuk syarat2 lain,
kena tunggu bila GA ni buka....
yeah yeah..........
(Ramai dah tanya bila lulu nak buka GA/contest...
siap kalau tak join...)



.

'Hadiah mahal' kekasih siber


Lagi wanita menjadi mangsa cinta Internet, kali ini seorang wanita kerugian RM5,000 selepas terpedaya helah seorang teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial sejak Januari lalu.
Lelaki terbabit yang berlakon sebagai kekasih romantis memperdayakan mangsa yang juga seorang warga Singapura berusia 49 tahun apabila memberitahu menghantar barang berharga kepada wanita berkenaan pada awal bulan ini sebagai tanda persahabatan, namun bungkusan itu kini ditahan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, lelaki dikenali sebagai David Micheal itu berjanji akan menghantar barang kemas dan jam tangan berjenama sebagai tanda perkenalan mereka menyebabkan mangsa termakan kata-kata manis itu.
“Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian suspek memberitahu barang yang dihantar itu tidak tiba tepat pada masanya kerana ditahan kastam Malaysia.

“Pada 10 Februari, seorang lelaki warga Korea menelefon mangsa supaya memasukkan wang RM5,000 atas nama Ross Stephanie yang kononnya Setiausaha Kastam Malaysia bagi melepaskan barang itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memasukkan wang itu kerana terlalu percayakan lelaki terbabit.

“Mangsa yang sudah membayar wang itu dan menyangka segala urusan elesai terkejut apabila lelaki terbabit sekali lagi menghubunginya memberitahu barangan itu masih ditahan dan perlu memasukkan RM10,000 lagi bagi menyelesaikannya.

“Mangsa yang mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan taktik lelaki terbabit pergi ke KLIA bagi membuat pengesahan berkaitan barangan itu,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang berjumpa pegawai menguruskan penghantaran barangan itu terkejut apabila diberitahu bungkusan kotak yang didakwa dihantar lelaki terbabit tidak wujud.

“Ketika itu mangsa menyedari sudah ditipu lelaki terbabit.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis KLIA untuk tindakan susulan,” katanya.

Difahamkan, sindiket penipuan Internet menyasarkan wanita yang lebih berusia dan kesepian bagi menjalankan modus operandi mereka seterusnya bermain-main kata supaya wanita yang baru dikenali ‘jatuh cinta’ kepada mereka.

Mangsa hanya menyedari perwatakan romantis lelaki terbabit lakonan semata-mata apabila ditipu selepas wang diberikan lesap.



.

Juara Pilih Kasih Musim Kedua


Ratu Cantik Borneo 2010, Livonia, 20, dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim kedua, pada Pentas Akhir Pilih Kasih yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini, Ahad.

Livonia berjaya mengatasi enam finalis lain iaitu Jay Iswazir, 29,Yuzwan Yunus, 24, Ku Hariz, 26, Mira Amnas, 20, Nur Jannah, 24, dan Lia Natalia, 19, dengan markah 26.6 peratus selepas 11 minggu programrealiti itu berlangsung.

Livonia berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untukbarangan kosmetik dan spa Mestika Ratu berjumlah RM7,000.
Hadiah lain untuk juara termasuklah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium dan trofi.

Sementara itu, naib juara yang disandang oleh Yuzwan Yunus membawa pulang set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai RM7,000, pakej penjagaan kereta (RM1,399) dankeahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa RM5,000, baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam,gelang tangan magnetik dan trofi.

Tempat ketiga yang dimenangi oleh Ku Hariz menerima sebuah motosikal Demak EX90, wang tunaiRM3,000, pakej penjagaan kereta RM899 berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik danspa RM3,000, baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing menerima barangan kemas RM5,000, barangan perabot dan pakej penjagaan kereta, baucar penginapan Holiday Villa, barangan kosmetik dan spa serta trofi.

Buat pertama kalinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama turut memperkenalkan Anugerah Khas TM yang diberi nama Pelakon Terbaik TM.
Pemenang anugerah ini iaitu Jay Iswazir membawa pulang wang tunai RM3,000, baucar penginapan dua hari satu malam Holiday Villa, tiket menonton perlawanan Manchester United di Stadium Old Trafford,Manchester, England dan trofi.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, pengarah Bade Azmi dan Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor.
Pertandingan yang dihoskan oleh pengacara Reza Mohamed itu diadili oleh juri tetap Prof Madya Dr Abu Hassan, Fauziah Nawi dan Rosyam Nor sebanyak 50 peratus manakala 50 peratus lagi dinilai menerusi undiankhidmat pesanan ringkas (SMS).
Penonton juga disajikan dengan persembahan oleh penyanyi Mila Jirin.



P/S - Cis...boleh pula dapat tiket menonton menyu yer...menyu tak best..muehehe



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!