Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Keputusan penuh ABPBH2010:
1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna 


Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam


.

Siapa ada cicak tokek?


Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.
"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun.



.

[EKSLUSIF] GAMBAR Disekitar pernikahan Marshanda dan Ben Kasyafani


PASANGAN selebriti Marshanda dan Ben Kasyafani telah rasmi menjadi suami isteri.
Setelah menjalani akad nikah, mereka berdua berkongsi cerita soal pengalaman barunya dalam menjalani hidup rumah tangga.

"Ini pengalaman yang luar biasa, dan bagi aku pengalaman ini sangat membahagiakan kerana mengahwini Chaca merupakan impianku sejak pertama kali berjumpa Chacha," Ujar Ben setelah menjalani proses akad nikah di Harmoni Room, Hotel Sofyan Betawi, Jl. Cut Meutia, Menteng, Jakarta semalam (sabtu).


Dengan hadirnya Marshanda sebagai seorang isteri, Ben sedar dia memiliki tugas dan tanggungjawab untuk menyenangkan isterinya itu. Sepakat, dengan suaminya, Marshanda pun berniat untuk menjadi isteri yang baik bagi lelaki yang dicintai sejak tiga tahun yang lalu.

"Saya ingin menjadi seorang isteri yang solehah untuk Ben, yang boleh mengurus Ben dan menyenangkan hati lelaki yang telah menjadi suami saya," kata wanita berusia 21 tahun itu.


Mendengar jawapan Marshanda, Ben spontan memeluk isterinya itu dengan mendaratkan ciuman mesra di kening dan di bibir mantan kekasih Baim Wong itu. Sejenak kemudian, suasana di lokasi acara akad yang masih dikelilingi keluarga dan wartawan itu bersorak melihat ciuman mesra oleh pasangan sejoli itu.



.

Ikan ni memang menakutkan..ngeri


Bagaimana perasaan anda jika anda menemui ikan seperti ini di pantai? Sebenarnya tidak diketahui spesis ikan ini. tapi yang paling penting, ikan ini mungkin ikan yang paling mengerikan di dunia yang pernah kita lihat. Tengok saje  giginya..huh..  mungkin ikan ini sama berbahaya seperti ikan piranha ataupun lebih lagi..





Hoho adakah ikan ini dari neraka???ekeke...cuba bayangkan bagaimana jika ikan ini mencederakan kita..dengan giginya..





.

Anjing terapung 3 minggu


Seekor anjing ditemui selamat dan sihat hari ini selepas tiga minggu berada di dalam rumah yang terapung di tengah lautan akibat tsunami yang melanda Jepun.

Ahli Pengawal Pantai Jepun menemui anjing kecil itu ketika menjalankan pencarian dari udara di kawasan tersebut.
Anjing itu berjaya meneruskan hidup di dalam rumah yang separuh daripadanya telah musnah dihanyutkan oleh air laut.

Televisyen tempatan menyiarkan video anjing itu berlari melompat-lompat di atas bumbung rumah itu sebelum ia menghilangkan diri ke dalam rumah melalui lubang di bumbung itu.
Anggota penyelamat berharap menemui ramai lagi mangsa tsunami yang terselamat di dalam rumah itu tetapi mereka gagal menemui sesiapa selepas membuka bumbung itu melainkan anjing tersebut.

Walaupun berada tiga minggu di lautan, anjing berwarna coklat yang bersaiz sederhana itu dilihat berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.
Penemuan tersebut merupakan harapan sedikit yang jarang berlaku di Jepun di mana beribu-ribu orang dipercayai terkorban akibat bencana itu.

Jepun kini dicengkam dengan ancaman nuklear akibat ketidakstabilan loji nuklear di Fukushima dan pekerja loji terus berusaha untuk memulihkan sistem penyejukan yang rosak akibat gempa bumi.



.

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



Entah apa segmen akan datang yang encik ben nak buat...
jom, join dan memeriahkan gegar 1 ribu blog untuk bulan april ni...
Bermula 3/4/2011 jam 5 petang sehingga 5/4/2011 tepat jam 5 petang.




Segmen ini ditaja oleh Ben Ashaari



.

Ngeri juga ni..


Tiga sekawan nyaris rentung apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 205.4 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi selepas tiga lelaki berusia 20-an itu diselamatkan orang ramai yang menyedari kejadian sebelum kenderaan mereka terbakar.

Proton Wira itu mulanya terbabit kemalangan dengan Toyota Camry dan pada masa sama, Proton Saga tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.
Difahamkan, Toyota Camry dinaiki empat individu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan manakala Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II, Ho Yew Men berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.15 pagi.

“Sepasukan anggota bersama jentera tiba di lokasi 17 minit kemudian untuk memadam kebakaran. Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.



.

‘Masa itu ingat nak mati sahaja’


Tahap kesihatan bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang mengalami serangan jantung pada Rabu lalu kini beransur pulih.
Dia sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada pukul 3 petang semalam.

Namun Malek, 56, meminta tidak ditemubual oleh wartawan sebaliknya hanya bercerita melalui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang datang melawatnya semalam.
Malek yang mengaku dia tidak tahu menghidap penyakit jantung, tidak putus-putus mengucap kalimah syahadah sepanjang perjalanan ke hospital.

“Masa itu saya ingat hendak mati sahaja dan terbayang pengalaman menunaikan ibadah umrah seminggu lalu,’’ katanya kepada Zolkples.

Turut sama melawat Malek ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Mumtaz Jaafar.
Menurut Malek, ketika diserang sakit jantung, dia sempat berpaut pada palang gol dan menjerit meminta bantuan.


.

Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf


Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.
Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29,  memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.
"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.

Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.



.

"Saya tidak tahu....."


Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.

Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63,berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.

“Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini,” katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3.



.

Bertunang 29 mei


Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 30, yang sebelum ini pernah digosipkan berkahwin secara senyap akan melangsungkan majlis pertunangannya bersama jejaka pilihannya pada 29 Mei ini bertempat di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, di sini.

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi berkata, majlis yang akan bermula sebelum solat Zuhur itu hanya akan dihadiri oleh keluarga beliau dan bakal tunangnya serta rakan-rakan wartawan.

“Bakal tunang saya itu hanya orang biasa, dia berusia 36 tahun, juga orang industri dan kami sudah kenal kira-kira tiga tahun. Buat masa ini namanya biarlah rahsia dan hanya akan diketahui pada majlis itu nanti,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Elly Mazlein berkata, dia memilih untuk bertunang dengan jejaka pilihannya itu kerana dia merupakan seorang yang penyayang, memahami serta terdapat persamaan antara mereka berdua.

“Diharap majlis pertunangan ini akan menjadi pengikat untuk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami serta menepis segala gosip yang mengatakan saya sudah berumah tangga,” katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!