Wednesday, April 6, 2011

Pasangan Kekasih Lemas Di Tapak Perkelahan Gunung Berembun

Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di sini, Rabu dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu.

Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang.

Usaha mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang yang dihanyutkan 'kepala air' itu masih diteruskan, kata Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain.

Beliau berkata, pasangan itu bersama dua lagi rakan mereka Mohd Halim Shiddik, 19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Baharu ke kawasan air terjun itu untuk berkelah pada pukul 12 tengah hari.
"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang semasa mereka sedang bersiap untuk balik dan berada di tepi tebing.

"Mereka dirempuh oleh kepala air yang datang secara tiba-tiba selepas hujan di kawasan pergunungan itu...air naik dengan tiba-tiba dengan arus yang kuat menyebabkan dua daripada mereka hanyut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Khairulhiza adalah jurujual di pusat membeli belah Terminal One, di sini manakala tiga lagi remaja terbabit merupakan pelajar Kolej Negeri.

Nurul Faezah berkata mereka datang ke air terjun itu dengan dua buah motosikal
"Kami sedang berkemas dan hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba datang arus sungai yang kuat dan merempuh tebing. Saya sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada kayu," katanya.



.

Entri istimewa buat 1300


Yeah, lama tak buat entri mengenai follower istimewa...Dan untuk follower ke 1300 ni, lulu dah tunggu dari pagi tadi....TAHNIAH, anda memenangi entri melekat di lulu-pages sehingga malam nanti...


Rasanya cek's cemey comot ni, blogger baru, dan bagi lulu, blog ni juga memiliki potensi untuk berjaya....
Eh, korang kena supportlah, kalau tak support, macam mana nak berjaya, kan?




Dan, tengah blogwalking kat blog ni [KLIK SINI] lulu terlihat kebetulan hari lahirnya adalah 7 april....
Whoaa kebetulan ni.... Happy birthday........................................
weee......



.

Hoho besarnya.......................



Inilah siput tanah raksasa "Giant Snail" yang berasal dari Afrika... dan dituntut sebagai siput vavi yang  terbesar di dunia. Besarnya hampir sama dengan telapak tangan dan panjangnya hampir menyamai telapak kaki.


Hoho, besarnya, geli wei, bayangkan anda bergambar dengan siput babi ni kat muka..ekeke...






.

Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.



.

Kristen Stewart - Robert Pattinson akhirnya berkahwin...


Akhirnya Kristen Stewart dan Robert Pattinson berkahwin. Perkahwinan itu merupakan sebahagian dari adegan ‘The Twilight Saga’s Breaking Dawn.’  Menurut aceshowbiz, adegan istimewa di mana Bella Swan dan vampire tampan Edward Cullen saling mengikat janji itu, tengah difilemkan bulan ini.

“Malam perkahwinan yang panjang.  Pengambaran berlangsung hingga pukul 6 pagi.  Semua orang mengenakan pakaian dengan rapi dan anggun,” kata Mia Maestro, salah seorang pelakon yang memegang watak bagi karakter baru dalam ‘Breaking Dawn,’ seperti ditulis di twitternya.

Pelakon lain yang terlibat dalam proses pembuatan filem ‘Breaking Dawn’ juga mengeluh keletihan selama proses pengambaran.  Meskipun mereka tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai adengan perkahwinan  Bella dan Edward, namun mereka meluahkan rasa letih mereka melalui akun twitter masing-masing.

“Kenapa aku tidak dapat tidur?! Pengambaran malam ini benar-benar membunuhku!  Betul-betul mengganggu pola tidurku,” kata Ashley Greene, pemegang watak Alice Cullen, melalui twitter-nya.

“Pengambaran sepanjang 14 jam malam semalam.  Vampire di mana-mana!  Tidak tahu samaada aku harus  harus rehat dan tidur atau tetap berjaga,” tulis Gil Birmingham, pelakon Billy Black, ayah kepada Jacob Black dalam ‘Twilight.’

“Pengambaran malam ini sungguh meletihkan.  Sekarang saya akan pergi tidur!” ujar Myanna Buring yang memegang lakonan sebagai vampire Tanya.

‘The Twilight Saga’s Breaking Dawn: Part I’ akan ditayangkan di AS pada 18 November 2011, sementara ‘The Twilight Saga’s Breaking Dawn: Part II’ akan menyusul tayangannya pada 16 November 2012.



.

Menyu nak akhiri badi sukar menang kat Stamford Bridge??


Manchester United memburu kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak tahun 2002 apabila berdepan Chelsea pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Ketika ini, skuad bimbi- ngan Alex Ferguson itu dilihat begitu bersemangat setelah mereka makin selesa di kedudukan teratas dalam kempen Liga Perdana England, sekali gus merangkul gelaran juara buat kali ke-19.

Begitupun, Ferguson sedikit gusar apabila pasukan bimbingannya itu masih gagal untuk meraih kemenangan setiap kali beraksi di Stamford Bridge.

Lebih membimbangkan, aksi terakhir di stadium itu pada saingan liga musim ini menyaksikan United tewas 1-2 kepada Chelsea dan Ferguson sendiri digantung lima perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil.
Ferguson bagaimanapun tetap yakin pasukan itu mampu mengulangi kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara 2008 menewaskan Chelsea di Moscow menerusi penentuan sepakan penalti.

“Saya rasa mereka pasti mempunyai misi tersendiri apabila bertemu kami. Tetapi saya rasa semua orang pasti dapat lihat yang keputusan lebih memihak kepada Chelsea pada empat pertemuan terakhir.
“Kami berjaya menewaskan mereka pada final 2008. Kami ternyata pasukan yang lebih baik pada final itu. Begitu juga pada pertemuan bulan lalu apabila kami jelas tampil lebih baik.

“Kami memiliki kualiti dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kami mungkin memerlukan sedikit tuah apabila berde- pan Chelsea tetapi kami sebenarnya tidak menghadapi masalah berdepan mereka,” kata Ferguson.


Sementara itu, Ferguson turut bersetuju dengan tanggapan umum bahawa pembelian Fernando Torres oleh Chelsea pada pertengahan musim jelas menunjukkan bahawa kelab London itu benar-benar memburu trofi Liga Juara-Juara musim ini.

“Saya rasa Roman Abramovich (pemilik Chelsea) begitu inginkan trofi yang belum pernah dimiliki- nya ini. Sebab itulah mereka membeli Torres pada harga tinggi meskipun ketika saingan musim ini hanya berbaki empat bulan,” jelas Ferguson.



.

Hilang sebab dihalang kahwin


"Pulanglah emak, kami semua tetap sayang dan sentiasa rindukan emak." Demikian harapan 13 beradik supaya ibu mereka kembali ke pangkuan keluarga selepas enam tahun menghilangkan diri kerana berkecil hati selepas dihalang daripada berkahwin dengan kenalan lama.

Luahan hati itu disampaikan suri rumah, Siti Hawa Jaafar, 39, yang mewakili adik beradiknya, mengharapkan ibu kandung mereka, Kamariah Ayub (atas), 60-an, kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.

Siti Hawa berkata, emak mereka menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Prima Saujana, Kajang, selepas memberitahu hasrat untuk pulang ke rumah mereka di Johor Bahru, pada 2005.

“Sebelum itu, emak ada memaklumkan kepada adik beradik saya yang berkumpul di rumah abang mengenai hasratnya berkahwin dengan seorang lelaki yang juga kenalan lamanya ketika bekerja di Singapura.

"Sejurus mengetahui hasratnya untuk berkahwin dengan kenalannya yang kami kenali sebagai pak cik Man atau Man Balak itu, adik beradik saya membantah dan enggan menerimanya. Ketika itu pak cik Man turut hadir pada perjumpaan keluarga.

"Kami membantah cadangan lelaki terbabit mengahwini ibu kerana dia sudah beristeri," katanya di sini, semalam.
Siti Hawa berkata, berikutan bantahan itu, ibunya mengemaskan barang sebelum keluar bersama lelaki itu dengan alasan mahu kembali ke Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru.

Bagaimanapun, Kamariah yang ketika itu menaiki bas, tidak sampai di Johor Bahru seperti dijanjikan dan usaha anak menghubungi telefon bimbitnya tidak berjawab.

"Hari sama, emak ada menghubungi seorang adik lelaki saya memberitahu dia berkecil hati terhadap kami kerana membantah hasratnya berkahwin selepas kira-kira 10 tahun ayah meninggal dunia.

"Itulah panggilan telefon terakhir daripadanya, selepas itu hingga kini kami gagal menghubungi atau mengesan kedudukan emak.

"Walaupun apa pun keadaannya, kami tetap sayangkan emak kerana dialah ibu kami di dunia dan akhirat. Kami sentiasa berdoa agar dia terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarga yang merinduinya," katanya.



.

Tolong jangan fitnah lagi


SUDAH dua minggu berturut-turut pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar berasa terganggu dengan rantaian gosip kurang enak tentang syarikat milik mereka, Linda Jasmine Performing Arts Studio yang terletak di Ampang, Selangor dikatakan bangkrap.
Hal 'kain dalam' syarikat itu pun mula terlondeh satu-persatu. Malah paling terbaru, Linda dikatakan hamil tiga bulan.
Sedikit sesak nafas dengan berita-berita yang dianggap satu fitnah oleh mereka, Linda menjelaskan pergeseran fakta tentang gosip yang dianggap Linda tidak seharusnya terjadi.

Ada yang mendakwa Linda Jasmine Performing Arts Studio sudah mahu bangkrap. Tak bayar pekerja dan sebagainya. Mungkin anda boleh jelaskan tentang perkara itu?
Saya menafikan dakwaan bisnes saya bangkrap. Sepanjang tujuh tahun ia ditubuhkan, saya rasa bisnes saya berjalan lancar. Memang benar, sudah nama pun bisnes, jadi memang ada turun naik. Itu saya mengaku.
Tentang tak bayar gaji pekerja, saya mahu orang melihat isu ini dengan minda yang terbuka. Syarikat yang mengikat kontrak kepada kontrak macam syarikat saya, selalunya dibayar lambat oleh klien. Malah ada bayaran yang tidak saya terima sehingga setahun.
Namun, saya adalah orang yang profesional dan berpegang kepada polisi saya untuk tidak menghebohkan hal dalaman syarikat.
Justeru apabila keluar gosip mengatakan saya tidak membayar gaji pekerja dan hanya membayar selepas satu mesyuarat tergempar diadakan, saya rasa ia adalah gosip yang keterlaluan bagi saya. Ia adalah hal syarikat saya dan apabila ia tersebar, saya rasa kami macam duduk dalam mikroskop dan sering diperhatikan.
Benda yang kecil, jangan dibesar-besarkan. Mana ada syarikat yang sempurna tanpa ada waktu gawat misalnya. Saya juga kecewa apabila media tidak bertanya kebenaran kepada saya, tetapi terus menulis.
Saya rasa itu tidak adil bagi syarikat saya. Ia umpama menabur pasir di periuk nasi kami kerana impak jangka panjang yang diterima adalah syarikat kami, bukannya media atau si pengadu.

Bagaimana dengan dakwaan anda memberi tenaga pengajar berusia 19 tahun kepada murid-murid yang baharu mengikuti kelas tarian anda?
Benar. Saya tidak menafikan saya memberi seorang tenaga pengajar berusia 19 tahun untuk mengajar sekumpulan murid-murid baharu. Saya tahu ada yang suka, ada yang tidak suka apabila tenaga pengajar mungkin terlalu muda bagi mereka.
Namun secara jujur, saya tidak faham mengapa faktor usia menjadi satu masalah jika dia mempunyai kredibiliti untuk mengajar? Saya sendiri mula mengajar tarian pada usia 14 tahun dan saya berpendapat usia 19 tahun bukan terlalu muda untuk menjadi tenaga pengajar jika seseorang itu berkemampuan.

Agaknya yang jadi sumber media ini adalah orang dalam syarikat anda?
Saya rasa tak profesional untuk saya bercakap tentang pekerja saya. Saya juga tak mahu tuduh sesiapa. Cuma saya minta, kalau dapat gosip yang belum tentu sahih, apa kata terus tanya saya sendiri.
Saya juga minta tolong jangan buat fitnah lagi. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Kami jalankan bisnes halal, apa salahnya kita saling menyokong satu sama lain.

Lagi satu, dengar cerita anda hamil anak kedua? Khabarnya sudah tiga bulan ya?
Ini satu lagi hal tidak benar. Saya terkejut apabila cerita ini keluar tanpa ada sesiapa yang bertanya tentang kebenarannya. Saya tidak hamil. Belum hamil lagi.
Memang saudara-mara yang telefon dan tanya malah ucap tahniah. Ini salah. Mungkin ada orang nampak saya pakai baju yang longgar, jadi mereka terus anggap saya hamil.
Bayangkan kalau saya tak beritahu saya tak hamil, bila saya tak bersalin, nanti keluar pula cerita kononnya saya keguguran atau sebagainya.
Kalau saya hamil, saya tak akan sembunyi dan saya akan umumkan kepada media. Tapi buat masa ini saya memang belum hamil anak kedua.



.

Suami lumpuh, isteri banting tulang.


Tiada kata-kata dapat menggambarkan beban seorang suri rumah di Kampung Hubong di sini, yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga setelah suami tempat bergantung lumpuh akibat kemalangan semasa bekerja.

Roziah Ismail, 37, kini perlu membanting tulang empat kerat selepas suaminya Nasir Abu Bakar, 46, yang bekerja sebagai tukang rumah terjatuh dari bumbung hujung tahun lalu.

Lebih memburukkan keadaan apabila Nasir terlibat dalam kemalangan motosikal seminggu kemudian yang mengakibatkan kecederaan pada tulang belakangnya.
Pasangan yang mempunyai tanggungan 12 orang anak berumur antara setahun hingga 19 tahun kini hanya menumpang di sebuah rumah atas belas ihsan ketua kampung.

Roziah yang kini bekerja di kebun sayur jiran dengan pendapatan RM10 sehari memberitahu, suaminya tidak ke hospital selepas kejadian itu dan hanya mendapatkan khidmat urut tradisional.
Menurutnya, mereka tidak menyangka kesan kemalangan tersebut, Nasir tidak dapat bergerak sehingga terpaksa diangkat oleh ahli keluarga setiap kali suaminya hendak ke tandas.

Berikutan keadaan, itu, Roziah berkata, anak-anaknya kini turut bersama memerah tenaga membantunya sebaik tamat waktu persekolahan demi mencari wang saku.
“Namun, bantuan keperluan harian yang diberi ketua kampung, jiran dan majikan lama suami sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya,” katanya sambil berlinang air mata kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Selain itu, kehadiran rombongan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman minggu lalu turut memberi sinar harapan.
Ini apabila keluarga itu kini hanya menunggu kelulusan sebelum elaun sara hidup bulanan dan bantuan perubatan diberikan kepada mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi keluarga berkenaan di alamat No.39, Kampung Hubong, 86900 Endau, Mersing, Johor atau telefon anak lelakinya, Hairi Zaris 014-2710876.



.

[AWAS] Peniaga karnival dikesan jual telefon bimbit tiruan


Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson, Yusuf Bakar, berkata perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lalu.

Katanya, rampasan yang dibuat itu membabitkan 10 tapak gerai di karnival itu.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Modus operandi peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara.



P/S - Gambar sekadar hiasan..



.

Nak tiket kapal terbang murah??


AirAsia sekali lagi menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk tempat duduk ke semua destinasi bagi tempoh terhad tiga hari, bermula Rabu.

Tawaran itu boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian menerusi laman sesawang AirAsia di www.airasia.com sehingga 8 April untuk tempoh perjalanan antara 9 April, 2011 dan 26 Mei, 2011, kata AirAsia dalam satu kenyataan Selasa.

Promosi itu turut melibatkan kesemua penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X, kecuali penerbangan ke Jepun.

Promosi itu termasuklah laluan AirAsia yang baru diperkenalkan iaitu Kota Kinabalu - Jakarta, yang akan bermula pada 7 Mei, 2011 dengan penerbangan tiga kali seminggu pada hari-hari Selasa, Khamis dan Sabtu melalui habnya di Kota Kinabalu, Malaysia.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!