Saturday, April 9, 2011

Ini memang kemalangan ngeri


Tiga beranak terbunuh dalam satu kemalangan ngeri selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Rawang, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa Mohd Farid Idris, 29, dan isterinya Eirlenna Asrani, 28, bersama anak mereka Muhammad Faiz Hakimi, 4, maut di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati, kereta Proton Satria yang dipandu oleh Mohd Farid sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan dipercayai telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori bermuatan tar.

"Lori terbabit kemudiannya menyeret kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa sejauh 70 meter sebelum kereta tersebut jatuh ke bawah tebing sedalam dua meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, lori yang dipandu Duraisingam Karuppiah @ Veerakumah, 40, kemudiannya jatuh menghempap ke atas kereta yang dinaiki tiga beranak tersebut.



.

Di sini mereka biasanya disayang..


Baru - baru ini masayarakat dunia dikejutkan dengan berita tentang proses memasak kucing untuk disajikan di salah satu restoran di Guangzhou, China.  Tapi ketika ini berita dan foto tentang proses memasak sup kucing dengan cara merebus kucing hidup-hidup sudah semakin menyebar luas di pelbagai website di China dan dunia.

Ada berbagai teknik dalam memasak haiwan ini. Ada yang terlebih dulu dipukul sampai mati, ada pula yang direbus hidup-hidup. Menurut cerita, orang Cina memang suka makan daging kucing kerana dianggap bagus untuk kesihatan dan boleh menyeimbangkan unsur "Yin" dan "Yang" dalam tubuh manusia.


Melihat berbagai jenis makanan yang tidak lazim dimakan di China dan Taiwan, mungkin ini disebabkan kerana orang-orang disana sangat obses dengan kesihatan, umur panjang dan keseimbangan unsur "Yin" dan "Yang" dalam tubuh, sehingga segala jenis makanan apapun dimakan asal stamina tetap fit dan sihat. Sehinggakan mereka makan makanan dari bahan yang berupa bayi atau janin yang baru lahir dan juga kucing, binatang peliharaan lazimnya dijadikan teman dan dipelihara orang. aneh..!



.

Diet for dog who ballooned to nine stone eating FISH AND CHIPS



Cassie splats on the floor and looks out of breath after years of being allowed to gorge on junk food - including fish and chips, takeaways - and roast dinners.
The seven-year-old border collie, who weighs three time more than she should, had never eaten normal dog food before she was taken in by the Dog's Trust re-homing centre in Kenilworth, Warwickshire.
Years of unhealthy eating has left her over three times the weight she should be - she tipped the scales at 58kg, when she should be 18-20kg - and now she has been forced to go on a strict diet by staff, who say that she faces the same health problems as an obese human.


Staff at the centre had to fight back tears as they were greeted by the unbelievable sight before finding out the obese animal had never eaten any dog food and instead woofed down sweets, chocolate, crisps, and fry-ups.  
They have now been given the task of helping Cassie, who weighs as much as a snow leopard and even teen sensation Justin Bieber, to slim down so she can be re-homed with a loving family but fear it will take them at least a year.

The hefty hound, who is too fat to stand up to eat and suffers painful bed  sores all over her body from lying down too often, lived alone with her elderly  female owner - who regularly served her gut-busting treats like fish and chips  on Fridays and full roast dinners on Sundays.


She has sadly had to have all the fur on her body shaved off so staff can treat the bed sores on her skin properly - leaving her looking in a sorry state.
It took three people to lift the chubby canine, who can barely walk, out of the car when she arrived at the re-homing centre two weeks ago after her owner fell ill.

Dogs Trust Kenilworth manager Sandra Wilson said: 'Unfortunately, when owners treat their pets as if they were humans and feed them the wrong food, they're simply killing them with kindness.

'Cassie has been put on a diet to slowly bring her weight down, but she's more than three times the weight she should be and is at risk of heart disease, diabetes, and arthritis so it needs to be a slow process.

'She initially turned her nose up at the wet and dry dog food we gave her because it's not as tasty as the human food she's used to but she's getting better.'  


Staff take Cassie out for short three-minute walks - any longer and she gets breathless - in an attempt to shed the pounds.

Dogs Trust veterinary director Chris Laurence, who has put Cassie on her calorie-controlled diet, said: 'This level of extreme obesity would have taken a long time to inflict and is likely to be the result of an inadequate diet of  human food.




'The consequences of this excessive weight gain for Cassie are very much the same as the problems an obese person would face.
'She's at risk of arthritis and heart disease and it will take many months of careful feeding to get her weight back to normal without causing other effects such as liver damage.  
'It will also be difficult for her to cope with the changes in lifestyle needed to lose such a huge amount of weight and she will need a lot of TLC.

'Once she's healthy enough to be re-homed Cassie will need loving but responsible new owners who can resist those big brown eyes pleading for treats and will take a tough love approach to ensure her weight loss.' 
Staff at the centre are desperately trying to help Cassie slim down by feeding her low-calorie dog food and taking her out on short walks, but it could be up to a year before she's back at her healthy weight.



.

Hoho sambutan memang diluar jangka...hebat!!


Hoho, malam baru online ni...beberapa entri telah di-auto publish....
Lulu dari mana????
Ngee, dari tengok bola kat stadium....
Apa nak harap lebih dengan prestasi bola malaysia, kan..
sedih dengar tapi itulah kenyataan...
ekeke, biasa tgk BPL jer, tadi tgk team biasa jer main, haru biru juga...


Walaubagaimanapun, boleh tahan juga untuk 'cuci mata' dimalam hari jumaat ni...


So, bila belek penyertaan giveaway, terkejut tengok...
Baru beberapa jam rasanya GA tu dibuka, dah hampir seramai 50 penyertaan yang lulu terima...
50 yaww.......(syukur alhamdulillah)..
Banyak tu..huhu.....Adakah penyertaan GA kedua ni boleh menandingi GA pertama??
Sama-sama kita tengok....


Tapi yang pastilah, kan....
Bila ada contest/giveaway, wah berduyun jer org nak join, kan....
Tapi bagi penganjur macam lulu, tanggungjawab besar wooo....
Sekarang ni nak update penyertaan, mata berpinar....
Nak check satu persatu, dan pastikan semua syarat dipenuhi...



Terus terang, bila nak cari banner kat sidebar tu, agak payahlah juga...
Ada yang tak ber-update, banner yang dah tamat tempoh, dari tahun lalu, still duduk kat sidebar...
Lepas tu panjang berjela-jela kat tepi blog tu...
Berpinar mata nak cari banner GA lulu...huhu...


Lagi satu masalah yang paling 'BEST', bila nak tinggalkan komen,
ni memang selalu buat gigit jari jugalah...ekeke...
bila nak tinggal komen, siap nak 'word verification'..
memang masalah-lah kan...
lulu tak rabun ok, tapi bila dah berjam duduk depan laptop, mata siapa tak kabur, kan?
hah kena taip sampai 2 kali ayat tu...
bukan ke tak lancar namanya???


Tapi takpe, kerana korang dah join, dan lulu hargainya, lulu akan gagahi juga...
yeah caiyok...lulu boleh...
(jom mempertahankan kecekapan lulu sebagai blogger).
Lulu akan update nama peserta....
Tolong semak nama dan link - pastikan tiada yang silap dan tercicir...
Ini penting yer, sebab, untuk setiap GA yang lulu anjurkan, semuanya kena pantas....
Lambat, babai...ekeke....


Kalau korang dah join, dah mematuhi semua syarat,
tapi nama masih belum update kat bawah blog lulu-pages ni,
maknanya lulu belum release kan lagi..

Hah, minta jasa baik semua, tolong jangan send sampai 2-3 kali...
huhu....eh ok jer lah...takpe, mungkin line prob kan?????
kan, kan??




TQ untuk yang sudah join...
semoga berjaya, dan semoga segalanya berjalan dengan lancar...



.

Seorang Mangsa Keracunan Cendawan Meninggal Dunia


Seorang mangsa keracunan cendawan, Boonma Gaeonim, 41, (perempuan) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak Khamis meninggal dunia pada 6.45 pagi Jumaat.

Mendiang bersama suami, Thongthi Poi, 50, dimasukkan ke Hospital Jitra sebelum dikejarkan ke HSB ekoran tidak sedarkan diri selepas makan sejenis cendawan liar yang dipungut di kebun getah di Bukit Tangga, Changlun.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata punca kematian mendiang disebabkan sindrom sukar bernafas akut menyamai pneumonia aspirasi, yang berlaku sewaktu mangsa diserang sawan di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Jitra.

"Suaminya yang turut sama makan cendawan itu kini stabil dan telah di pindahkan ke wad biasa," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam kejadian Rabu lalu sepasang suami isteri warga Thailand itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSB selepas makan sejenis cendawan liar yang dijadikan hidangan tengah hari.

Anak perempuan pasangan itu, Pavini Boonma, 21, terselamat selepas ditegah ibunya kerana pasangan itu berasa pening selepas makan cendawan itu.
Dr Juita juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak makan cendawan yang tumbuh liar kerana berkemungkinan ia beracun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf ketika ditemui di sini hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kes itu dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam pagi tadi.

"Berdasarkan laporan kedua-dua mangsa dimasukkan ke Hospital Jitra pukul 4.30 petang semalam sebelum dirujuk ke HSB.
"Polis juga telah dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa meninggal dunia pagi ini," katanya.



.

Besar tu..



Abdul Rahman Abdullah menunjukkan ikan kap rumput seberat 24 kilogram yang ditangkap di Sungai Abi di bahagian belakang rumahnya di Kampung Abi Kubang Badak, Bintong, Kangar.

Cepat lantik wakil


Penyanyi, Saida dan suaminya diarahkan mempercepatkan urusan melantik wakil masing-masing untuk menganggotai hakam (penimbang tara) yang akan mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga mereka ekoran permohonan cerai yang difailkan oleh bekas peserta Akademi Fantasia keenam itu.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdy pada prosiding Jumaat, yang dijalankan secara tertutup. Beliau juga memerintahkan supaya Saida atau nama sebenarnya, Siti Nursaida Tarudin selaku plaintif dan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri melantik wakil mereka di hadapan Pendaftar Mahkamah.

Wakil hakam tersebut sepatutnya dilantik pada hari ini, tetapi Saida tidak menghadiri prosiding kerana difahamkan menjaga seorang anaknya yang sakit.
Hanya Mohd Ghazali yang merupakan ahli perniagaan hadir di mahkamah dengan ditemani seorang lelaki dipercayai wakil hakamnya.

Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan 11 Mei depan untuk wakil-wakil hakam berkenaan membentangkan laporan mereka sama ada perkahwinan tersebut masih boleh diselamatkan atau memberi cadangan penyelesaian lain.

Saida, 35, yang juga kakak kepada penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober 2010 atas alasan tiada persefahaman.
Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan bekas jurutera kaji bumi memberitahu dia tidak bersetuju dengan permohonan isterinya kerana masih mempunyai perasaan sayang.

Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung dan dikurniakan empat orang anak, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili peguam syarie Amli Embong manakala peguam syarie Noor Azlina Che Hasan mewakili Saida.


.

Precious Moments Giveaway



Wah sempat lagi join ni sebab tarikh tutup adalah 10 april.... ehmm...semoga lulu bertuah, sebab menjadi antara orang-orang terakhir yang join...


Lulu tag makbed dan nini.....jalankan tugas..cepat!!!


Klik pada banner untuk lebih lanjut..


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!