Tuesday, April 19, 2011

Tinggi-tinggi...eh


Malee Duangdee, Remaja Tertinggi di Dunia. Pertumbuhan yang tidak wajar ini semata-mata bukan kerana faktor gen atau garis keturunan namun Malee Duangdee mengalami sesuatu kelainan pada jaringan di otaknya.


Malee Duangdee, seorang remaja perempuan dari Thailand. Tumor otak yang dideritainya menyebabkan hormonnya terganggu, sehingga setiap tiga bulan sekali dia harus minum ubat yang banyak agar tubuhnya tidak terus bertambah tinggi.


Dengan tingginya yang mencapai 208 cm, Malee Duangdee tercatat dalam buku rekod dunia Guinness sebagai remaja tertinggi di dunia.


Dan dibawah ini foto-fotonya bersama kedua orang tuanya, dan juga bertemu Manusia Terkecil di Dunia Khagendra Thapa Magar.





.

Parah kerana jatuh

Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu, Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail berkata, pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan.

"Saya diberitahu bahawa pelajar berkenaan terjatuh dari tingkat tiga sekolah. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Setakat ini kami tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai punca kejadian dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu di sini hari ini.

Difahamkan pelajar itu yang adalah anak bongsu dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Taman Bukit Permai, Sungai Lalang di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



.

[GEMPAR] Kris Dayanti mengandung 17 minggu



Krisdayanti (KD) sedang mengandung anak pertama dari pernikahan keduanya dengan Raul Lemos. Ketika diawal kehamilan, anehnya Raul yang mengidam.

"Yanti tidak mengidam apa-apa. Malah Raul yang mengidam," ungkap sahabat KD, Iis Dahlia.

Menurut Iis, KD gembira dengan kehamilan anak pertamanya dari Raul. Apatah lagi, mantan isteri Anang Hermansyah itu memang menginginkan seorang anak dari Raul.

"Ya, dia gembira. Inikan khabar baik. Semua orang yang nikah pasti menginginkan anak. Apalagi mereka ingin memiliki seorang anak," tukasnya.

Pada mulanya KD dikhabarkan sedang hamil dua bulan, sedangkan pernikahan belum genap sebulan sejak akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta, 20 Mac 2011.

Namun muncul pengakuan KD di salah satu tabloid bahawa dirinya benar sedang hamil. Bukan 2 bulan, tapi 17 minggu iaitu 4 bulan.



.

Aku benci blog nie!



Ramai dah join bloglist sicantik manis ni ~ Khumaera....
Dan lulu pun tak mahu ketinggalan....
Jom terjahhhhhhhh...............ekeke...


Aku benci blog ni?
Takdelah..blog maera ni lawa macam empunya blog...
Semoga lulu bertuah...(cepat tadah tangan semua tolong doakan...ngee..)



Esok tutup eh...owh dah macam contest...ngee




.

PinKy MoMMa nak bagi banner FREE!



Yes, memang nak banner... sebab dah bosan guna hasil tangan sendiri...
Fuh fuh, kena bodek random.org, semoga lulu bertuah kali ni...
siapa berminat nak join sekali, sila klik pada banner yer..


Malam ni pukul 8 tutup....


P/S - Lulu memang nak sangat buat banner..tak kiralah bayar atau free...sesiapa yang ambik upah buat banner atau nak bagi free, give me know, ok..



.

Mulianya hatimu..


Kehidupan seorang wanita di Taman Setia di sini amat menyayat hati kerana hanya mampu terbaring akibat lumpuh sejak empat tahun lalu. Namun wanita ini, Mashitah Khamis, 51, amat beruntung kerana mempunyai seorang anak bertanggungjawab dan berhati mulia, Ahliridzuan Othman, 18, yang cekal menjaganya setiap hari.

Menurut Ahliridzuan, bekas pelajar Sekolah Menengah Tanah Merah di sini, dia reda dengan apa yang menimpa ibunya dan sanggup berkorban apa saja untuknya.
"Saya tidak boleh jadi seperti remaja lain keluar bermain atau melepak kerana bila keluar sekejap pun saya sudah merisaukan emak.

"Tetapi saya tega dengan ketentuan Allah ini dan akan menjaganya tanpa mengharap balasan," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui dalam program Singgah Sayang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob, di sini hari ini.

Dalam lawatannya, Suraya menyampaikan bantuan tilam kepada wanita tersebut.
Ahliridzuan memberitahu, rutin hariannya bermula pukul 6 pagi apabila dia bangun memandikan ibunya itu seterusnya menyediakan makan pagi sebelum ke sekolah setiap hari.
Tambahnya, tanggungjawab menjaga ibunya itu terpikul di bahunya memandangkan abang dan kakaknya tinggal berjauhan.

"Saya tidak salahkan mereka kerana mereka keluar untuk mencari rezeki untuk kami juga. Abang bekerja di Sungai Petani sementara kakak pula masih belajar jururawat," katanya.
Katanya, abang dan kakaknya tabah menyara keluarga dan menanggung perbelanjaan harian serta kos perubatan ibunya yang turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bercerita lanjut, kata Ahliridzuan, ibunya lumpuh seluruh badan sejak diserang strok empat tahun lalu.
Katanya, keadaan keluarga menjadi lebih teruk apabila dia kehilangan bapa dua tahun lalu yang meninggal dunia akibat sakit tua.

Di sebalik kesusahan tersebut, Ahliridzuan yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berharap dapat memasuki pusat latihan kemahiran.
"Saya ada memohon, namun pada masa yang sama risau juga bila masuk ke pusat latihan. Apa akan jadi dengan nasib ibu saya," katanya.
Prihatin dengan nasib remaja itu, Suraya berjanji akan mendapatkan tempat di pusat latihan berhampiran dengan rumahnya.

"Kita simpati dengan nasib adik Ahliridzuan. Namun inilah remaja yang boleh menjadi contoh kepada remaja lain, yang bersemangat waja, sanggup berkorban dan berhati mulia," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun BSN Ahliridzuan di nombor 0211229000160794 atau menelefon beliau di 012-5516395.



.

Kenderaan terpakai wajib diperiksa


Bermula Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai termasuk motosikal yang hendak dijual wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).

Peraturan itu bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan, dicuri atau diubah suai secara haram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut selaras dengan penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan 2010) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kita mahu melindungi kepentingan pengguna supaya mereka mengetahui status kenderaan tersebut yang mungkin pernah mengalami kemalangan atau tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kenderaan itu tidak selamat digunakan," katanya selepas Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2010 di sini semalam.




.

Lelaki maut kena hempap pokok


Kira-kira 15 tahun lalu, nyawa Mat Rajab Hamat yang bekerja sebagai penebang balak hampir melayang dihempap pokok, namun terselamat. Bagaimanapun, kejadian hampir sama berulang kelmarin, tetapi kali ini ia meragut nyawanya.

Kejadian itu berlaku jam 11.30 pagi di kawasan hutan Lawin Utara dekat sini, iaitu empat hari selepas beliau berpindah bekerja ke kawasan berkenaan.
Mangsa yang berasal dari Kampung Padang Kunyit di sini, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Grik (HG).

Isterinya, Sharifah Hashim, 42, berkata suaminya kelihatan kurang bersemangat ketika keluar bekerja menaiki Toyota Hilux milik majikan bersama lapan rakan lain jam 6.40 pagi.

“Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, seorang rakan sekerja, Tajol Roslan meminta suami saya pulang selepas arwah mengadu tidak sedap hati selain asyik bercerita mengenai kematian anak saudaranya di Felda Bersia.

“Ketika melakukan kerja, rakannya memaklumkan pokok ditebang suami saya condong ke arahnya. Walaupun suami sempat mengelak ke sebelah kanan, dahan balak yang besar menghempap tubuhnya menyebabkan arwah tersungkur lalu cedera di kepala dan patah paha.
“Selepas kejadian itu, rakan-rakannya cuba membawa keluar arwah dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, tetapi suami meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Padang di sini, semalam.

Sharifah berkata, insiden kali ini yang kedua suami dihempap pokok selepas kejadian pertama 15 tahun lalu yang hampir meragut nyawanya sejak arwah menjadi penebang balak pada usia 19 tahun.

“Saya reda dengan kejadian ini kerana ia takdir Ilahi,” katanya.
Sharifah berkata, suaminya seorang pendiam tetapi terlalu mengambil berat mengenai tujuh anak mereka berusia dua hingga 18 tahun, terutama pelajaran mereka.

“Sejak sebulan ini, hampir setiap hari arwah berpesan supaya semua anak kami termasuk Maisarah, 16, yang baru memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka supaya belajar bersungguh-sungguh dan pandai menjaga diri.

“Sehari sebelum kejadian, suami juga menyerahkan wang RM1,000 kepada bapa tiri saya, Yaakub Samat, 76, untuk dikumpul bagi membeli tanah,” katanya.

Sementara itu, Maisarah berkata, bapanya ada menghubunginya jam 11.15 pagi kelmarin dan berjanji akan menghubunginya semula 15 minit kemudian.

“Saya menunggu panggilan ayah sehingga tengah hari dan tidak menduga ketika itu dia sudah ditimpa kemalangan,” katanya.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini, jam 6 petang kelmarin.



.

Disangka air oren


Seorang wanita yang dirawat di hospital sejak seminggu lalu akibat terminum cuka getah yang disangkanya air oren akhirnya meninggal dunia semalam.

Mangsa, Lijah Mamat, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Menurut anak lelaki mangsa, Abdullah Che Wook, 63, arwah dimasukkan ke hospital itu akibat terminum cuka getah pada Selasa lalu.

Menceritakan kejadian tersebut, katanya, mangsa ketika itu berada di rumah bersama emak saudaranya, Siti Hawa Ibrahim, 77.
“Sambil berbual-bual, emak saya kemudian menuang air yang disangkanya air oren ke dalam gelas lalu meminumnya.

“Bagaimanapun, dia mengadu rasa air itu sangat pelik. Emak saudara saya kemudian merasa minuman itu, tetapi meludahnya semula kerana ia adalah cuka getah,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.




.

Lagi kemalangan yang berlaku..


Seorang petani hanya mampu melihat seorang remaja maut di depan mata apabila usahanya memberi amaran kepada sebuah kereta daripada melanggar mangsa yang tercampak ke tengah jalan gagal, malam kelmarin.

Mangsa, Hassan Basri Osman, 19, maut di tempat kejadian apabila dilanggar dua kenderaan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Ali, berhampiran Kampung Tok Kuning, dekat sini, kira-kira jam 8 malam.

Rakannya, Rosli Jabar, 18, pula berjaya diselamatkan daripada lemas selepas terperosok bersama motosikal ke dalam parit yang berair. Kedua-dua remaja terbabit berasal dari Kuala Perlis.

Petani, Abdul Rahim Ayob, 54, berkata dia cuba menahan sebuah kereta dari arah Kangar ke Kuala Perlis dengan melambai-lambai cahaya telefon bimbit untuk menghalangnya daripada melanggar remaja yang ketika itu dalam keadaan parah selepas dilanggar kenderaan pertama tetapi gagal.

“Akibat perlanggaran itu, saya melihat mangsa tergolek di bawah kenderaan itu.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!