Thursday, April 28, 2011

Saya terharu dengan anda... dan, adakah lulu-pages di jalan yang betul?


Kerana masalah blog yang tetiba buat lulu gempar, haha, sekarang leh ketawa balik.. dan niat untuk kembali berblogging semakin berkobar-kobar,jom, kita teruskan dengan cerita ni...


1.  Saya terharu....
Lulu sangat terharu, sebab sejujurnya, lulu tak pernah menjangkakan ada orang yang baca blog lulu setiap hari.. Malah ada yang kata, setiap jam baca, itu bermaksud setiap lulu update blog...huhu bertul-betul terharu... Ni bukan cerita nak meninggi diri atau tak tahu bersyukur... Tapi siyes, memula berblog 10 jun tahun lalu, lulu selalu menganggap lulu-pages mempunyai ramai pembaca walaupun masa tu follower tak ramai. yer yer je update blog.. beriya sangat, haha ni tips berblogging ni... Bila dalam sesuatu entri tu kan, lulu bertanya sesuatu atau minta pendapat, selalunya takde yang respon..


Keadaan masa tu memang sukar.. Apatah lagi, haram satu apa pun mengenai blog lulu tak reti..Semangat memang kena tinggi woo... Tapi... owh, setelah berbulan berlalu, rupa-rupanya, ianya tak seteruk dan tak sesusah mana pun.. benarlah kata orang, apa saja kita lakukan asalkan dengan niat yang betul dan usaha yang tidak mengenal putus asa, pasti akan berjaya....



Kenyataan ini bermakna, sebagai seorang blogger, kita pun boleh berjaya.. Lulu percaya setiap orang, berlainan.. Maksud lulu, ada blogger yang lebih suka membuat blog bercerita mengenai dirinya, keluarga dan ada juga yang lebih banyak ilmu pengetahuan.. Apa pun tujuan, semoga dengan berblogging, kita saling bersahabat, saling berkongsi segala kebaikan...



2. adakah lulu-pages dijalan yang betul?
Buat masa sekarang, lulu-pages ni memang belum ada apa pun untuk dibandingkan dengan blogger-blogger yang telah mencipta nama, ataupun memiliki ribuan, belasan ribuan, puluhan ribuan, entah apa lulu merepek ni... Lulu-pages memiliki sebanyak 6500 PV perday...ni menurut nuff nuff yer..



Lulu tak pernah bermimpi semua ni... namun, lulu sangat berterima kasih diatas semua BW dan PV korang.. Tanpa korang siapalah lulu-pages, kan?? Hoho besar tanggungjawab ni, kena lebih kerja keras.... kena lebih rajin cari berita yang best-best untuk tidak menghampakan korang....kan? kan?



Lulu nak capai follower seramai 2000 orang dan PV sebanyak 10000 (sekarang 6500) sebelum ulangtahun blog lulu-pages yang pertama 10 jun ni...
Haha, berani mati ni, umum kat blog... boleh ke tercapai... takde yang mustahil bagi Lulu Caldina.!
Ngee.....................keep the blues flying high.. err, apa kaitan?




.

Mohon Maaf............


Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.
Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.

Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.
Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.

Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.

Dia juga mengaku menyangka KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. “Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin. Saya menyangka dia semakin gemuk kerana makan. Tak sangka dia hamil,” katanya.



P/S - Kepit jangan tak kepit..



.

Lulu-Pages [" blog has been removed "]

Merah padam muka lulu, tetiba baru ni, nak buka email dari handphone, katanya blog dah kena removed..
Apa kena pula tetiba pula tak boleh buka..Dalam hati ada resah, eh risau, sebab seingat lulu sebelum pukul 12 tadi, masa sign off ok jer...Takde pula lulu ingat-ingat tersalah tekan...Huh....Lepas tu untuk menyedapkan hati sendiri, mungkin something wrong nak buka dari handphone... Ok, tenang dulu, cuba on laptop pula..



So, bila on laptop, adeh laptop HP ni lambat betul kalau nak on, sila jangan beli HP..adeh..
Bila on laptop, terus search lulu-pages...Hah..kan betul...habis....betul-betul blog has been removed... bila masa pula lulu remove blog yang sudah lulu usahakan berbulan ni??? Habislah.. Muka memang dah merah padam.. Nak tanya siapa ni... Nak call siapa ni? kenapa boleh jadi macam ni?



Ok, bertenang lagi... sabar itu separuh daripada iman...
Cuba buka email  lulu.caldina@gmail.com
Hah, kenapa nak minta verify ni? takkan owner dah masukkan password pun still tak boleh buka email sendiri..? taulah email free jer pun.. Tapi email ni penting buat blog lulu-pages... Habis, dia minta nombor telefon pula.... Ok dah masukkan....lepas tu suh log in balik...ok dah boleh masuk, nampak email pemenang GA katanya blog lulu-pages tak boleh buka...Sah, memang ada masalah lah ni...WTH...



Lepas tu try buka blog pula...huh macam nak berpeluh walaupun tengah pakai aircond 1.5Hp.. Nasib baik...........Wohaa nak nangih pun ada tau..................nasib baik boleh buka.... Owh my lulu-pages, kenapa kejadian ni boleh berlaku? Bayangkan kalau tadi tak boleh buka, mmg kena removed, habislah backlink semua yang lulu dah usahakan berbulan-bulan.............sob sob.. ini lagi sedih (walaupun mmg tak nangis) dari cerita bersamamu TV3 malam tadi tau....



Kenapa eh? anybody boleh bagitau, ataupun pernah mengalami masalah serupa? Pls share dengan lulu.... Takutlah kan kejadian ni berlaku lagi... Atau itu adalah keburukan pakai blogspot? no wonderlah kan orang terkejar-kejar nak berdomain sendiri.... Tapi domain sendiri pun bermasalah juga macam makbed, kan makbed? adeh.........................



So, buat masa sekarang memang takde masalah....Harap dimasa akan datang pun macam tu juga..huhu...
Thanks nini atas entri ni...ur the best... [Lulu!!.....sila baca!!




Rest kejap tenangkan hati...huhu




.

[WINNER] White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'



Selamat malam...Tetiba terasa nak umumkan pemenang untuk White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet malam ni... Setelah seharian bermalas-malasan dan melandingkan kepala diatas bantal (zzzZz), akhirnya malam ni RAJIN nak umum nama pemenang...


Lulu tau ramai yang dah tak sabar.. Juga tak kurang yang bakal kecewa sebab hanya seorang pemenang yang akan memenangi porch menawan itu..


Dibuka selama 19 hari, bermula 8 april dan berakhir pada 11 pagi, 26 april, menghimpunkan seramai 124 orang peserta... Terima kasih atas sokongan anda....


Tanpa membuang masa, jom kita lihat siapa pemenang bertuah, yang bakal menerima White Porch dimuka pintu melalui pekerja pejabat pos, eh penghantar surat... apa jer lah gelaran....







Siapakah dia?????







*










*



















*











Yeah, peserta bernombor 64... siapa dia? sila check kat sini.. [KLIK SINI]



Untuk pemenang ni, silalah emailkan nama, alamat dan nombor telefon secepat mungkin, diulangi, secepat mungkin ke lulu.caldina@gmail.com



Buat yang tidak bernasib baik, lulu minta maaf diatas kekecewaan korang..uhuh, sebagai manusia, lulu tak dapat nak puaskan hati semua orang... Lulu mohon maaf seandainya sepanjang giveaway ini berlangsung, ada kesilapan dan kekurangan yang berlaku.. 




Dan.............berita baik.......eheh, selagi korang setia, tetap akan ada berita baik punya....
Kerana dah best sangat menganjurkan giveaway/contest, jeng-jeng................
Selepas ini akan ada satu lagi.....giveaway/contest.....haaah.....kena tunggu....
betul kena tunggu.....



P/S - Terima kasih buat Lenloy-Closet atas tajaan... (Boleh tahan eh, dari follower 50 orang, sekarang dah ratus...ngee...Lenloy-Closet sudah, korang bila lagi nak taja???)




Selamat malam korang!!



.

Nah, ambik sebijik!


Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.


Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.
Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.
Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.


Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama.



P/S - Apa rasanya hadiahkan penumbuk buat penjaga gol chelsea, kalau ada gol bolos? ekeke



.

Kepala pecah, patah leher, tangan kanan, tulang belakang dan betis

Seorang lelaki yang baru lima bulan menimang cahaya mata sulungnya maut dihempap balak ketika menebang balak bersama seorang rakannya di kawasan hutan Pos Piah, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Badli Shah Sulaiman, 29, dari Felda Lasah, Sungai Siput, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dengan kepalanya pecah serta patah leher, tangan kanan, tulang belakang dan betis akibat dihempap balak reput.
Ia kejadian kedua dalam tempoh kurang dua minggu selepas seorang penebang balak maut dihempap pokok balak ketika bekerja di kawasan hutan Lawin Utara, juga dekat sini.
Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Abd Manab Bahrum, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya sedang menarik tali yang diikat pada sebatang pokok balak dalam usaha menumbangkannya selepas digergaji.

Bagaimanapun, katanya, pada masa sama, pokok balak yang reput di sebelah pokok ditarik mangsa itu tiba-tiba patah dan tumbang ke arah mangsa serta rakannya.

“Pokok reput itu menghempap mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian. Rakan mangsa berusia 40-an bagaimanapun selamat kerana sempat menyelamatkan diri,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda kira-kira sejam selepas kejadian dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat jam 3 pagi semalam.




.

Dedahkan surat lahir


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.
“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.
Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.


Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.
Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.
Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.


Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.
“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama.




.

Rayu bantuan orang ramai cari anak tidak pulang ke rumah


Sebuah keluarga hari ini merayu orang ramai membantu mereka mencari seorang gadis berusia 18 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak hampir dua minggu lalu.
Bapa tirinya, Md. Babul, 30-an, yang merupakan warga Bangladesh berkata, Tia Amalia baru datang ke negara ini untuk menetap bersama ibunya, Siti Zuriana Abdul Hijah, 40, seorang warga Indonesia, pada 13 Mac lalu.

"Tia Amalia bagaimanapun keluar rumah pada 17 April dan hilang tanpa khabar berita. Tia Amalia tidak mempunyai kenalan lain malah dia sentiasa menghubungi keluarga jika tidak pulang ke rumah.
"Kami sekeluarga bimbang keselamatannya kerana dia tidak membawa pakaian, kecuali pasport yang selalu ada di dalam begnya," ujarnya.

Jelas Babul, Tia Amalia sepatutnya pulang kembali ke negara asalnya akhir bulan ini dan sehubungan itu dia menolak kemungkinan gadis tersebut cuba melarikan diri.




.

Nak duduk di bangku kosong...


Hoho, awal pagi ini, sebelum update apa-apa berita terkini, lulu nak join bloglist bangku kosong....
Sempat lagi join ni, semoga terpilih...ngee..
Kalau korang berminat sila klik pada banner..
jom kita kongsi trafik bersama.. yeah..


Ini bukti BH dah ada dalam bloglist lulu-pages..



.

Sudah selamat bersalin


Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy.
Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.
Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

“Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki,” ujar Maizawati ketika dihubungi.
Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok,” katanya lagi.
Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.
Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!