Friday, May 6, 2011

Giveaway terpaksa ditutup sekarang!


Selamat malam.. korang sihat? dah makan.? entah apa yang lulu melalut..
Jom direct to the point..err....
Pagi tadi, pukul 10 pagi lulu dah release giveaway ni.. dah setakat ni dah ramai yang join..
ramai sangat... owh korang pakat serbu eh?
Lulu belum update lagi, namun begitu, lulu yakin, bila update nanti pasti lulu tak menang tangan..
Mata berpinar...hoho...


Terima kasih atas sambutan luar biasa korang..
Baguslah korang ni, support penaja sampai begitu sekali..
Memang penyokong setia lulu-pages dan buat lulu kembang-kembang hidung..
eh tutup!! ada lalat lalu...ekeke



Rasanya, giveaway ni terpaksa ditutup...
Hoh!!! sebab???





*













*






Sebab dah ramai yang join?
Takdelah... lagi ramai lagi bagus...itu bermakna korang support lulu dari belakang..
Eh, cepat, nak jatuh ni...*wink...


Ada yang belum join?
Hadiah memang lumayan kan...
Giveaway ni berlangsung selama 2 minggu...
Hoh, pasni jangan menyesal tak join...
(haih selalu macam tu.. asal close jer, ada yang menyesal...)



Hah untuk memastikan korang tak ketinggalan, 
bila nampak satu-satu giveaway tu release jer kat sini, silalah klik dengan kadar segera, buat apa-apa yang patut dan tinggalkan URL link kat ruangan komen..
Tak usah nak bookmark...
Mesti terlupa...Lulu pun selalu macam tu..
Adeh dah banyak GA/contest yang terlepas sbb sikap suka bookmark/menunda-nunda...
Amalan yang tak baik...



hoh, jom BW~~
Kasi up traffic kengkawan...



.

Mereka memang cantik..tapi...(entri buat orang nak muntah)


Wanita India memang terkenal dengan rupa paras yang cantik.. dan skarang, mereka juga dikenali dengan penampilan yang seksi dengan tubuh badan yang menggiurkan.. Lihat saja nama-nama besar dalam dunia lakonan mereka.. sebut saja nama Aishwarya, malikka sherawat, priyanka chopra, karena kapoor.. hoho, ramai lagi, dalam filem memang selalu tak cukup kain.. Takpelah kot, itulah daya tarikan mereka...
Namun, bagi wanita india yang satu ini, khabarnya memang sudah terkenal.. WTH entah siapa namanya, Hoh ni fashion police, bergambar dengan salah pose...





*








*











*















Betul nak muntah...adewh




.

Rumah untuk dijual.. owh nostalgianya..


SEDANG mencari rumah? Kebetulan ada rumah legendar yang digunakan ketika penggambaran filem Home Alone (1990) tengah dijual.

Rumah yang digunakan didalam filem lakonan Macaulay Culkin itu dijual dengan harga AS$ 2,4 juta. sesiapa yang sudah menonton Home Alone pasti kenal dengan rumah ini. Sebab, di rumah ini Culkin, melakonkan watak sebagai anak berumur 8 tahun, Kevin McCallister, ditinggal orangtua dan keluarganya bercuti ke Paris sendirian. Ketika bersedirian di rumah, Kevin kemudian memperbodohkan pencuri yang hendak mencuri masuk kedalam rumahnya.


Rumah dengan bata merah bergaya colonial ala Georgia ini berlokasi di Winnetka, Illinois, di luar kota Chicago. Menurut UsWeekly, rumah itu dibina pada tahun 1920-an dan memiliki “empat bilik tidur.”

Marissa Hopkins, agen perumahan yang menjual rumah itu mengatakan pada MSNBC, "tidak banyak rumah yang mempunyai watak penting didalam sebuah filem dan muncul sebagai karakter tambahan.”









.

Ada apa dengan 11.11.11


Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia atau menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.



.

Roti 60 sen jadi hadiah pemenang karaoke

Sepuluh finalis pertandingan akhir karaoke yang dianjurkan seorang individu menerusi program dijalankan sebuah agensi kerajaan mendakwa hanya menerima hadiah berupa sebuku roti bernilai 60 sen.

Lebih memalukan apabila pemenang tempat pertama hingga ketiga tidak mendapat hadiah wang tunai dijanjikan, sebaliknya hanya menerima sampul berisi nota tulisan tangan yang dianggap baucar oleh penganjur yang meminta mereka menukarnya pada tarikh ditetapkan.

Namun, hingga petang semalam hadiah yang didakwa dijanjikan lelaki berusia 26 tahun itu belum diterima pemenang walaupun mereka mendakwa penganjur berjanji menyerahkannya sehari selepas acara akhir yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di bandar ini, Selasa lalu.
Peserta yang memenangi tempat pertama, Hasnita Abd Hamid, 41, mendakwa terkejut apabila membuka beg kertas diterimanya dan mendapati ia hanya berisi sebungkus roti krim berharga 60 sen yang disangkakan hadiah iringan yang lebih berharga.

Dakwanya, lebih mengecewakan apabila sampul bagi hadiah pertama yang dimenanginya tidak berisi wang tunai RM300, sebaliknya nota yang tertulis ucapan tahniah dan memintanya menukarkan nota dianggap baucar itu kelmarin dengan penganjur.

“Saya bertanya kepada pemenang tempat kedua serta ketiga dan mereka juga mendapat benda sama, begitu juga finalis lain,” katanya, di sini, semalam.

Hasnita mendakwa mereka bertiga kemudian berpakat menemui penganjur berkenaan selepas penyampaian hadiah, namun lelaki terbabit menyatakan dia tidak dapat menyerahkan wang, kerana cek diterimanya belum dapat ditunaikan.

Dakwanya lelaki terbabit turut menunjukkan cek bernilai RM3,000 kepadanya dan menyatakan ia akan ditukarkan kelmarin serta berjanji menghubungi semua pemenang untuk menyerahkan hadiah wang tunai RM300 kepadanya dan masing-masing RM200 dan RM100 bagi pemenang di tempat kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu mendakwa cek itu berpalang dan tidak boleh ditunaikan di bank.

“Malah, dia (penganjur) yang berjanji mahu menyerahkan hadiah berkenaan terus memungkiri sehingga petang ini (semalam).

“Apabila saya hubungi petang semalam (kelmarin) dia menyatakan terlalu sibuk dan hanya akan tunaikan cek itu di Kluang (Johor). “Saya hairan mengapa ia perlu ditunaikan di sana,” katanya yang menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjayanya sejak 20 tahun lalu.




.

Inilah masanya untuk Lulu Caldina terjah.....Wachaa..


Hoho, Ramai juga yang join review blog hari tu, sebab kononnya lulu hanya nak pilih 10 blog bertuah..
Tapi lulu memang dah buat keputusan untuk review semua blog yang join bagi tidak menghampakan...ngee



Dan untuk review yang pertama ini kita akan review 5 blog sekali...Hoho, bukan calang-calang, sebab entri ini akan melekat selama 24 jam..woo..kat lulu-pages. itu beerti dalam tempoh itu, semua orang yang datang ke lulu-pages akan melihat entri ini diatas sekali sebagai entri melekat..aka sticky post...


Kita review ikut turutanlah yer.. siapa yang dulu, kita review dulu...


Yeah, itu dia pinky momma... 

to be honest..my blog ni tak de la hebak mana pun..
tapi di sini la ku suka kongsikan tips2 kecantikan especially make up!
and kisah keluarga penghijrahan keluarga kecik kami
"dari bandar ke kampung"..
selain tu dalam my entry, suka selit kan nama2 bloggers lain utk di perkenalkan skali..suka support sama2 bloggers..last but not least..my blog ni santai2..
eppy2..fun2 mcm owner dia juga..wahhh sgt tak menahan ;p
so diriku x kan bertukar utk menjadi seorang yg serius or skema..
owhhh boring nyer life cmtu kan ahaks..


Ok, bagi lulu, blog pinky momma ni lawa dah... Memula, sumpah lulu sangka dia design sendiri blog tu.. eh rupanya cik bulat yang design.. haish, bilalah CB nak design lulu-pages ni...ekeke.. Blog yang kemas, dan seperti namanya, memang segala-galanya pinky... Nasib baik lulu ni girl yang ayu gitu... takdelah semak mata tengok warna pink tu... Walaubagaimanapun, lulu nak ucap tahniah kpd pinky momma sebab memiliki potensi untuk jadi seorang blogger yang berjaya.. Jujur ni..


**




Owh first time ke blog ni, lulu benar-benar terpikat dengan headernya.. cute...bila nak buat untuk lulu eh? ekeke...  

saya berminat nak join sebab.. err sebab nama penganjur segmen ni lulu! errr so?? lulu tu nama teddy bear kesayangan saya. betul tak tipu. hehehehh. ewww~


Bagi lulu, blog ni memang dah lengkap..Buka pun ringan jer.. Tak payah ubah apa-apa dah... template pun lawa...Hoho korang tengok jer lah sendiri..

**



Ini adalah antara blog yang lulu selalu BW..betul.. sebab pemilik blog ni memang rajin join segmen encik ben... Rajin seh.. Blog yang serba purple dengan panggilan 'Puteri Kasih' 

Wah cik Lulu nak review blog...best best best...aku nak join sebab aku nak juga tahu apa kelebihan dan kekurangan blogies aku ni...tak nak la nanti aku asyik syok sendiri je kan...Adakalanya kita perlukan pandangan dari orang lain untuk memperbaiki hasil kerja kita...kan kan
Tapi apa yer yang menarik sangat tentang blogies aku ni? hmm apa yang pasti blogies aku ni adalah luahan jujur dan ikhlas dari ku...taknak aku berlagak-lagak di blogies ku...kalau aku sedih..entri aku juga meluahkan perasaan sedih aku tu...kalau mood aku ceria...entri aku pun berunsurkan keceriaan..very the happy gitu..



Komen lulu untuk blog ni, Agak kemas, namun, jika header lebih menarik, akan melengkapkan lagi blog purple ni... ngee, semoga terus maju jaya dalam dunia blogger eh...


**




Ni, kira pembaca setia lulu-pages ni... Thanks awak!!!!!
Sebab, hari tu buka bloglist dia join.. skrg buat segmen review pun dia tak ketinggalan... Itu jelas menunjukkan bahawa Cik Ila ni memang sentiasa update mengenai Lulu-Pages.. Itu bermakna setialah, kan??? Hoho, tanpa orang macam Cik Ila ni, takdelah lulu-pages...huhu


kalo Lulu review blog aku..korang boleh tahu betapa sia2nya korang dtg blog aku..tak der benda menarik..xder info yang best..tak boleh cuci mate...terpulang pd korang la nak tinggal tapak ke tak..aku still follow sape2 yang tinggalkan tapak tu.


Blog Cik Ila ni memang takde apa yang menarikpun :p... namun begitu, kita jangan lupa, ada perumpamaan yang menyebut kalau tak silap, cili yang kecil jangan disangka tak pedas..ekeke.. Blog Cik Ila ni memang ada keistimewaan tersendiri, bila korang baca korang akan nilai sendiri keistimewaan itu...yeah


**

Dan untuk blog yang terakhir untuk review pertama ni...


http://zubir5588.blogspot.com/2011/05/yeah-lulu-caldina-review-blog-saya.html

Sesi dialog antara Lulu dan Chegu Zubir
Lulu : Kenapa nak join segmen Lulu ni C.z ????
C.z : C.z nak join sebab c.z nak share macam-macam info dengan ramai blogger yang kat luar sana..kalau boleh semua...dan tambah kenalan dengan semua blogger yang ada di muka bumi ALLAH...
Berkedip2 mata Lulu pas dengar jawapan yang c.z bagi...pastu Lulu tanya soklan lagi
Lulu : Apa yang menarik kat blog c.z tu???ada ke orang datang?????
C.z : eh mestilah ada...dalam blog c.z nih ada macam2 entry..ada berita, ada info, ada itu dan ada ini...itu ini means macam-macam lah yer...kalau nak sebut semua yang ada kat blog c.z nih...mau sampai ke esok pun tak sudah ...kalau diceritakan nanti Lulu tak nak dengar pulak....
Disebabkan terlalu bosan dengan jawapan yang c.z bagi...Lulu pun bawak diri ( blah )....tinggal la c.z sorang duk taip entry nak hantar ke Lulu

Hoho, header tak boleh copy...
Namun demikian, kalau korang terjah blog Chegu Zubir ni, blog ni simple jer.. tapi jangan memain.. Hari tu dia buat segmen, ramai gak yang join tau.. Itu menunjukkan Chegu Zubir ni boleh tahan juga orangnya.. semoga terus maju jaya eh...




.

Akhirnya dia mati minum racun


Pekerja stesen minyak, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam tunangnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi kelmarin sudah merancang untuk memutuskan ikatan itu seminggu lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan panas baran tunangnya.

Kakak sulung mangsa, Yuhasmi, 48, berkata arwah menghubunginya hujung bulan lalu menyatakan hasrat memutuskan pertunangan sejak Oktober 2010 dengan lelaki berusia 40 tahun berkenaan, namun tidak sempat pulang ke kampungnya di Chuping, di sini untuk membincangkan perkara itu.

“Saya minta Karimah balik ke kampung untuk berbincang dan melakukan secara beradab berhubung hasrat memutuskan tali pertunangan, namun tidak sempat pulang selepas ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi tunangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, di sini, semalam.

Jenazah Karimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bawah Bukit, Chuping, jam 11 malam kelmarin.

Arwah yang mempunyai dua anak, Nursyabila Maslan, 7, dan Harith Iskandar, 5, hasil perkongsian dengan bekas suami, Maslan Mad Deris, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 31 Ogos ini.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin, 20, berkata tunang arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya setengah jam selepas membunuh ibu saudaranya.
"Saya tidak mengetahui sama ada tunang berkenaan menjadi cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan ke Bukit Mertajam untuk berjumpa arwah," katanya.

Di BUKIT MERTAJAM, suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, meninggal dunia, malam kelmarin.

Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat.

Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!