Sunday, May 8, 2011

Hilang dipercayai jatuh sungai


Anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam sungai Perak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Azman Salim berkata, kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada pukul 12 tengah hari Sabtu oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.

Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu, katanya di sini Ahad.
Beliau berkata Azfar dipercayai terjatuh ke dalam sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.




.

Secara mental, kami ada kelebihan..


Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan beliau tidak akan meletakkan tekanan terhadap pengadil seperti yang dilakukan pengurus Manchester United, Alex Ferguson.
Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson percaya Chelsea mendapat manfaat daripada kesilapan pegawai perlawanan dalam tiga pertemuan liga terakhir dengan Blues dan beliau dikenakan penggantungan lima perlawanan daripada duduk di bangku pemain simpanan selepas melancarkan serangan hebat ke atas pengadil Martin Atkinson berikutan kekalahan United 1-2 di Stamford Bridge, Mac lalu.
Pengendali berbangsa Scotland itu tidak pernah segan silu mengkritik pegawai perlawanan dan sering menggunakan sidang akhbar untuk menekan pengadil sebelum perlawanan besar.

Namun Ancelotti percaya sikap sebegitu tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan itu dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan.

“Anda tidak mendapat sebarang kelebihan bercakap menentang pengadil. Keputusan sudah dilakukan,” kata Ancelotti.

“Juga bagi imej bola sepak anda ada tanggungjawab sosial. Bagi kanak-kanak yang melihat anda sebagai idola, imej dalam dan luar padang adalah penting.

“Kadang-kadang apabila sesuatu tidak bagus anda bercakap mengenai perkara yang tidak menyebelahi anda.

“Tapi saya tidak mahu meletakkan tekanan terhadap pengadil. Howard Webb adalah seorang pengadil yang fantastik, beliau mempunyai kemahiran untuk mengawal perlawanan.

“Jika pengadil kurang berpengalaman anda mungkin boleh bimbang mengenainya tapi dengan Webb tidak ada masalah.

“Saya yakin dengan pengadil di England. Mereka membuat kesilapan tapi ini biasa, anda perlu menerimanya atau anda terpaksa berkata ia satu konspirasi dan saya tidak percaya mengenainya.”
Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19.

Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.

“Secara mental kami ada kelebihan kerana saya fikir Man United berharap mereka tidak perlu bermain perlawanan sebegini menentang kami,” kata Ancelotti.




.

Seluruh kasih sayang hanya buat mu..


Memiliki 3 anak yang masih kecil, tidak sedikitpun membuatkan mu mengeluh.. malahan ketika itu, kami diusung kehulur kehilir sambil berpegangan tangan, naik turun bas hanya untuk berkunjung ke rumah nenek..
Walaupun keluarga kita bukanlah orang yang berada, namun ketabahanmu menjadi penawar segalanya..
Dengan hidup bersederhana, kita lengkap kasih sayang..

Sukarnya untuk kami berjauhan darimu...
Masakan air tanganmu, menambat hati kami adik beradik...
Sifat ambil berat dan perhatianmu, lebih mahal dari segala-galanya...


Mummy, tiada kata yang dapat menggambarkan..
Tiada harta benda yang mampu membalas seluruh budimu buat kami...
Mummy memang yang terbaik...
Syukur Allah menganugerahkanmu buat kami...
Semoga sentiasa dilindungi oleh-Nya....



Selamat hari ibu, mummy..
seluruh kasih sayang hanya buatmu..



.

Smile, it's the weekend



They may all be dressed in waterproofs - but they're plainly happy.
This crowd of up to 768 people grouped together to dress in black and yellow to create the biggest human smiley in the world on Zagreb's main square.
Their efforts today were said to have broken the Guinness World Record, smashing the previous record, which involved 551 participants and was reached in the Latvian capital of Riga.


The Croatian city has also been the setting for another unusual record - the most socks worn on one foot.
The number of 150 achieved by Krunoslav Budiselic (Croatia) at City Centar One in Zagreb, Croatia, on 13 November 2010. 

 Budiselic needed 45 minutes to apply the 150 socks on his right foot. 








.

Rumah terbakar..


Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.

"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.

"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.

Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.



.

RM100,000 untuk kos perkahwinan


Majlis resepsi perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin.
Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka.
Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).

Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.
Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis.


“Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis.
“Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.
Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat.


“Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan ‘air tangan’ isteri.
“Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang,” ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam.
Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang.
Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.
Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran.




.

Mereka hilang kawalan ketika memotong


Tiga anggota tentera dari Institut Kejuruteraan Elektrik Tentera Darat (IJED) Port Dickson, maut apabila kereta mereka bertembung sebuah lori tangki di Batu 7 Jalan Seremban-Port Dickson, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Zulhelmi Ismail, 24, dari Gurun, Kedah; Izzat Badry Badaruddin, 22, dari Klang, Selangor dan Muhammad Afdhaluddin Azhari, 22, dari Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari sini ke Port Dickson maut di tempat kejadian.


Seorang rakan wanita mereka, Nik Nor Hashimah Abu Kassim, 19, dari Sungai Buloh, Selangor yang juga pelajar Politeknik Port Dickson, parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dipandu Zulhelmi dipercayai cuba memotong kenderaan, namun tidak berjaya lalu bertembung lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

“Kereta itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan hingga melanggar sebuah lori tangki menyebabkan tiga anggota tentera parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang parah,” katanya. Semua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke HTJS untuk bedah siasat.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Jurucakap bilik gerakan bomba pula berkata, lima anggota dari Balai Bomba Seremban 2 tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi dan berjaya mengeluarkan mayat yang tersepit kira-kira 17 minit kemudian berikutan keadaan kereta yang remuk di bahagian depan.



.

Kerana tak dengar nasihat

Tindakan pelajar Tingkatan Satu yang tidak mengendahkan larangan ibu saudaranya supaya tidak menunggang motosikal kerana tiada lesen, berakhir tragedi apabila remaja perempuan itu maut dalam nahas dengan kenderaan pacuan empat roda berhampiran persimpangan masuk ke FELDA Tenggaroh 2 di sini, kelmarin.

Mangsa, Nor Hafawati Radzuan, 13, dikatakan dalam perjalanan ke rumah sepupunya di FELDA berkenaan dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan, jam 5.45 petang.

Akibat pertembungan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A itu tercampak daripada motosikal sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.
Ibu saudara mangsa, Khasida Junid, 46, berkata, sebelum kejadian beliau dan suami melarang Nor Hafawati menunggang motosikal itu kerana bimbangkan dia tiada lesen.

Malah, suaminya Md Had Mahmud, 47, bertindak merantai motosikal itu sebelum keluar ke Kota Tinggi.




.

Dia pilihanku untuk menamatkan zaman gadis..


Selepas tiga tahun menjalin percintaan, pengacara dan pelakon, Cheryl Samad mengakhiri zaman gadisnya apabila diijabkabulkan dengan pengarah dan penerbit, Ng Ping Ho pada 30 April lalu. Mereka disatukan di kediaman keluarga Cheryl di Seremban, disusuli majlis persandingan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 1 Mei.

Cheryl, 31, ketika dihubungi berkata, mereka tidak berniat merahsiakan perkahwinan itu daripada umum, sebaliknya memilih mengabadikan hari bersejarah bersama keluarga terdekat.

“Kami cuma menurut permintaan keluarga yang menginginkan majlis pernikahan dan perkahwinan dilangsungkan secara sederhana serta tidak terlalu digembar-gemburkan.
“Sebenarnya, saya dan suami merancang untuk mengumumkan berita pernikahan kami kepada semua pada minggu depan.

“Bagaimanapun, niat itu tidak menjadi kenyataan apabila ada yang terlebih dulu menghidu berita ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami kini sedang menyesuaikan diri untuk memulakan hidup sebagai suami isteri,” katanya.

Pengacara Muzik Muzik itu berkata, beliau berkenalan dengan pengarah drama bersiri, Ghost dan Table For Two itu pada 2002 namun bibit percintaan mereka berputik sejak tiga tahun lalu.

Hanya awal tahun ini mereka merancang untuk mengakhiri cinta itu di jenjang pelamin dan tarikh 30 April dipilih kerana kebetulan kesemua ahli keluarga bercuti panjang.



.

Disangka mati rupanya hanya pengsan

Kegagalan seorang lelaki menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu, akibat pengsan selepas dipercayai terjatuh dalam rumahnya disangka telah meninggal dunia oleh rakan dan jirannya di pangsapuri Seri Sena dekat sini semalam.
Rakannya Mohd Zawari Zain, 31, yang pergi ke rumah Khaw Sui Liong, 54, terkejut apabila mendapati lelaki itu dalam keadaan kaku.

Selepas gagal menghubunginya, Mohd Zawari berkata beliau dan seorang lagi rakan terpaksa pergi ke rumah Khaw 5.30 petang untuk melihat keadaan dan terkejut apabila mendapati lelaki itu ditemui tertiarap dan tidak bergerak di atas tilam.
"Saya melihat beliau dalam keadaan tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk. Tetapi saya dan rakan tidak berani memegang mangsa kerana disangka sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, selepas menghubungi polis, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit, mengesahkan mangsa masih hidup.
"Anak saudara lelaki itu yang dikenali sebagai Kent Khaw, yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, bertindak memberi bantuan penafasan dan mendapati mangsa masih bernafas.

Mohd Zawari berkata, Sui Liong yang bekerja sendiri, penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dipercayai pengsan sejak dua hari lalu tanpa disedari oleh jiran.
Mangsa yang berada dalam keadaan koma mengalami kecederaan di bahagian pipi dan mata dipercayai terjatuh di dalam rumah terbabit telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan malam tadi.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!