Tuesday, May 17, 2011

Seorang guru maut, kereta rempuh bas sekolah


Seorang guru lelaki berusia 56 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang menghadiri sambutan Hari Guru di Kilometer 23 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Nordin Md Daud, memandu Proton Iswara seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau dekat sini, selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa di sini.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat.



Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Pengurus bola england didakwa mabuk


Pengurus kelab Blackburn, Steve Kean didakwa mabuk ketika memandu selepas gagal ujian pernafasan beberapa jam selepas anak buahnya seri 1-1 Sabtu lalu yang membolehkan Manchester United merangkul trofi Liga Perdana Inggeris, kata laporan.

Kean yang berdepan tekanan memandu di laluan M6, timur laut England apabila dia ditahan polis Cheshire dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Crewe 7 Jun ini, kata laporan Press Association.

Agensi itu memetik jurucakap polis Cheshire sebagai berkata: "Pada jam 8:50 malam 14 Mei, anggota polis Cheshire menahan sebuah kereta Mercedes di laluan M6 arah selatan di antara persimpangan 19 dan 18."

"Pemandu seorang lelaki berusia 43 tahun didapati positif ujian pernafasan," kata jurucakap.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

The incredible paintings of amputee Chinese artist



A love of art and determination forced this Chinese man into using his mouth and feet to create some of the most sought after paintings in the world.
Huang Guofu, 41, was involved in a tragic accident in which an electric shock forced him to have both of his arms amputated at the age of four.
But undeterred and inspired by beautiful surroundings he forced himself to learn how to paint using his feet at the tender age of 12.
  

Sometimes spending all night awake trying to perfect his stroke he eventually improved and began selling his work.
'It took time and I eventually became better and better and there were times when I stayed up all night in order to get better,' he said.
At the age of 18 Mr Guofu's father fell ill and he quit school and spent hours painting and selling his work on the pavement to try and help pay towards his father's care.

He would sell his art on the streets where some people openly admitted buying his work out of sympathy.
Mr Guofu then travelled around China trying to sell his work but was told he needed to change his technique to try and improve his work.


He then that he taught himself to paint using his mouth.
Mr Guofu is now so highly regarded as an artist he was appointed the vice-curator of the newly opened Chonging Talents Museum.
His paintings are regularly bought by dealers and art lovers across the world.
Despite the deformity Mr Guong says he is a happy person who 'appreciates what God has given me'.





Counting to my birthday on 28 Mei.. 



.

Selepas isteri, kini suami turut meninggal dunia..

Suami kepada Allahyarham Datin Orchid Abdullah,64, Datuk Mokhtar Omar, 70, selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.
Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar,31, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.
"Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius,”

"Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa..
Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.




P/S - Al-Fatihah......

Counting to my birthday on 28 Mei.. 



.

Masih menaruh harapan.....


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti masih belum mengetahui sama ada khidmatnya akan diperlukan di Stamford Bridge musim depan atau sebaliknya.
Kelmarin, Ancelotti menyertai para pemain pasukan itu untuk acara tradisi mengelilingi stadium pada aksi terakhir di laman sendiri musim ini setelah skuad The Blues sekadar seri 2-2 dengan Newcastle United.

Dengan masa depannya yang belum diputuskan, Ancelotti turut tidak pasti lambaian ke arah para penyokong Chelsea itu merupakan ucapan selamat tinggal atau tidak selepas dua musim membimbing kelab gergasi England itu.
Musim ini, Chelsea gagal memenangi sebarang kejuaraan biarpun pada musim lalu Ancelotti berjaya menghadiahkan trofi Liga Perdana England dan Piala FA kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.

Justeru itu, Abramovich dikatakan sudah bersedia untuk melantik jurulatih Turki, Guus Hiddink yang pernah menjadi pengurus sementara Chelsea pada 2009.
Selain itu, bekas jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard turut dikaitkan sebagai pengganti Ancelotti.

"Setiap orang boleh memberi pendapat mereka tentang kedudukan pengurus kelab ini. Tapi akhirnya hanya kelab sendiri yang akan membuat keputusan dan menilai hasil kerja saya.
"Andai kelab berasakan saya telah melakukan yang terbaik, saya akan kekal. Jika sebaliknya, saya perlu melepaskan jawatan ini.

"Bagi pendapat peribadi, saya rasa kadang-kala telah melakukan tugas dengan baik. Buat masa ini, belum ada sebarang pertemuan dirancang dalam masa terdekat," kata Ancelotti.
Pengendali dari Itali itu memberitahu, nasibnya akan diketahui sejurus selepas perlawanan terakhir liga musim ini bertemu Everton pada Ahad ini.
"Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Hanya tunggu dan lihat dalam tempoh seminggu lagi," jelas Ancelotti.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Mandur maut disengat tebuan di ladang kelapa sawit

Hari ini, sepatutnya Mohd. Taufik Jusoh memulakan tugas sebagai mandur di tempat barunya di pejabat Risda di daerah ini selepas berpindah dari Marang.
Namun, sewaktu menunggang motosikal ke tempat kerja baru untuk melapor diri, kakitangan berusia 26 tahun itu diserang sekumpulan tebuan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Serdang di sini.

Sambil menahan kesakitan, mangsa menunggang motosikalnya ke Klinik Kesihatan Delong untuk mendapatkan rawatan sebelum pengsan dan dikejarkan ke Hospital Dungun sejauh 30 kilometer.
Mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 di sini sempat memaklumkan kepada kakitangan klinik kesihatan itu bahawa dia disengat tebuan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.
Dia terpaksa menunggang motosikal sejauh dua kilometer sebelum sampai di Klinik Kesihatan Delong setelah disengat di bahagian kepala dan badan.

Sebaik sahaja pengsan di klinik kesihatan itu, mangsa yang masih bujang dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Sementara itu, ibu mangsa, Habsah Yusof, 56, berkata, dia menerima panggilan daripada rakan anaknya kira-kira pukul 10 pagi memaklumkan arwah disengat tebuan dan berada di hospital.

"Saya bergegas ke hospital dan sebaik sahaja tiba, saya dimaklumkan arwah telah meninggal dunia. Arwah merupakan anak yang baik dan dia adalah tempat saya mengadu selepas kematian ayahnya.
"Pada malam sebelum kejadian, ketika makan bersama arwah, dia banyak merenung muka. Saya tak sangka itu adalah renungan terakhirnya," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Perbuatan cemar agama bercanggah ajaran Islam

Perbuatan empat beranak berjubah putih dan berkopiah sambil melaungkan takbir sebelum menyamun menggunakan parang disifatkan boleh mencemarkan imej Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan individu berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam selain mencemar kesucian Islam. “Islam tidak ajar begitu... agama kita mengamalkan aman damai serta tidak ada huru-hara.

“Kita tidak ambil undang-undang sendiri, ada cara dan dakwah Islam sendiri.
“Berikutan itu, jangan membuat sebarang andaian kerana ia mencemarkan imej orang yang memakai jubah sedangkan yang melakukan perkara seumpama itu hanya segelintir,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kes empat beranak berperwatakan alim dengan berjubah putih dan kopiah bertukar ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, jam 1.30 tengah hari, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, empat beranak terbabit yang dikatakan pernah mencuri di premis sama dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan.



Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!