Thursday, May 19, 2011

Mari kita selesaikan apa yang tertangguh..... :)



Hari tu nak review blog, dan sudah review untuk 5 blog terawal... Ngee...kalau masih blurr dengan apa yang lulu cakap, sila ke link ni...

Jom kita sambung untuk blog-blog seterusnya...
Untuk makluman, kerana terpilih, blog-blog yang lulu review akan duduk 'melekat' kat entri paling atas lulu-pages selama 24 jam yer... hah...bestkan..Bila dah duduk seharian kat sini, silalah bongkar-bongkar entri lama kat lulu-pages ni.. Takut bosan lak kan...ngee





Yeah, tidak dinafikan lagi, akmall adalah antara pembaca setia lulu-pages.. merupakan seorang student..

kalau cik lulu ask apa lah yang menarik sangat blog adik ni..adik akan cakap..LESS IS MORE!!!.. adik sebenarnya..tak berapa suka blog yang ada lagu sebagai background, adik nak baca bukan nak dengar lagi (maaf agak kasar tapi itu hakikat... kan?) so,,that is why adik tak letak widget yang ada radio lah...MP3 la... apa lah..lagi satu...adik takut nanti...orang yang baca blog adik berasa bosan dan sangsi dengan kebolehan dalam meminimum kan widget...ye la ..kengkadang adik selalu jugak buat blogwalking...kengkadang ada je blog waaaa..comel....tpi lama sangat adik nak load..ye ah...adik ni pakai broadband je..tak laju macam yang lain kan...huhauhau..(salah adik?  tidak! itu bukan salah adik.kerana itu je yang adik mampu..)


Komen lulu? akmall ni jujur orangnya...rugi tak kenal..ekeke, dan blog akmall senang nak load.. Cuma bagi lulu, cuba tukar header yang lebih menarik.. Blog yang menarik, akan tarik lebih ramai pembaca tau... :)



**


Blog seterusnya ni takde header...
Tapi untuk direct ke blog ini,

Nama blog yang menarik.. Taugeh~...Rasanya, dia juga seorang pelajar...


asal blog aku ni sebenarnya xde pape pon..
Macam bese2 jek.. ^_^

Hoho, merendah diri benar orangnya.. Tak semestinya blog yang biasa-biasa saje tu takde apa-apa yang menarik tau... Memiliki 385 orang follower sudah membuktikan blog yang kononnya biasa-biasa saja, ini ada pembaca.... Semoga terus maju jaya dalam dunia blogger....



**


Blog ketiga..


Ow whoaa, ini blog berwarna biru......... Hoh keterujaan yang jelas disitu... lulu memang suka warna biru..

blog kin ni lebih kepada personal, hiburan, ...terpikir nak wt blog ni sebab sy nak meluahkan segala pandangan sy terhadap kehidupan di sekeliling sy, terutama kehidupan sy sbgai mahasiswa di UM ni., nak menulis kat FB, tak bley panjang berjela-jela.,nak tulis kat kertas, kin sorang jelaa yang tahu pasal diri ni, so BLOG jer laa....lagi..sy menulis untuk meluahkan perasaan sy...lagi...sy nak share pasal diri sy kepada kwn2 blog...bila ada blog jer rasa cam ada berjuta kawan...sedangkan sy kesunyian skrg ni..duk kat u ase cam tak best plak..tak macam kat skull..so, sy perlukan blog untuk sy bergembira, luahkan perasaan n so on laa...


dengan panjang lebar dia mengulas disitu, cuba tengok blog ikin ni... Blog yang simple...Walaupun takde header, tapi blog ni takdelah nampak semak...Corak bunga kat template tu lawa....



**
 



Lagii 1 blog biru...hoho, lepas ni baik buat segmen reunion untuk semua blog biru... Pink jangan ceritalah..banyak sangat wooo....




(Dear, sorry print screen header awak yer...)

haha..tak ada apa yang menarik..masih mencari rentak..header pon tarak..adoi..tapi ini la blog adah..pilihan adah adalah simple but nice..dalam proses nak buat template baru..blog ni berkisarkan kisah adah..isu semasa..dan apa yang berlaku sekeliling adah..
ok la..nak melalut banyak-banyak bukan ada apa sangat dekat blog adah..yang penting simple dan santai je..^_^


Yeah blog yang kemas... takde apa-apa nak komen dah... lepas ni semoga terus maju jaya.... erkk, kekalkan biru... ngee :)




P/S - Untuk melihat blog yang telah direview.. [LINK]


Counting to my birthday on 28 Mei..



.

The polar bear who can't understand why his world has suddenly turned purple



This confused polar bear looks as though he's taken a bit of a wrong turn - the Arctic landscape is covered in beautiful purple flowers instead of crisp white snow.
Far from being camouflaged, the bear can be seen from far away as he stands among thousands of fireweed flowers.
The pictures were taken by photographer Michael Poliza, 53, who couldn't believe his eyes when he saw the bear wandering across the landscape.



He said: 'The polar bear was all by himself as they are very solitary animals anyway.
'But this one looked particularly sad as it wandered around, almost a though it didn't understand where the snow had gone.'
However stunning the pictures are though, they show the serious effect that climate change is having on our planet.
Polar bears are having to adapt to the changing world and forage for food inland. Normally they do all their feeding on ice during the winter months, but each year the ice is melting earlier in the spring and forming later in autumn.
That means they are facing increasingly longer summers without fat reserves from seals.



Mr Poliza, from Hamburg, Germany, said: 'During the Arctic summer polar bears fast and spend most of their time resting.
'This polar bear still had three months to go before the seal hunting season began again. Because there are only about 25,000 polar bears left in the wild their future looks more uncertain than ever.
'The southern-most populations along the Hudson Bay are the most affected by climate change. And if this polar bear knew all that, he'd definitely look sad.'







Counting to my birthday on 28 Mei..


.

PROSPEK ganti PTK mulai 1 Julai

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.
"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-CUEPACS Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.





Counting to my birthday on 28 Mei..




.

Airmatanya menitis......


Penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menitiskan air mata gara-gara keputusan sama ada dia melakukan khalwat atau tidak dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Dia agak kecewa apabila dimaklumkan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Khamis.
Raja Azmi yang hadir bersama suaminya Jailani Sidek yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.

“Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.

“Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan,” ujarnya lagi yang tidak dapat menahan sebaknya.
Raja Azmi juga terlalu berharap untuk menyelesaikan kes berkenaan seberapa segera untuk memudahkan dia mengambil tindakan dengan menyaman beberapa pihak termasuk bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati).

“Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin,” kata Raja Azmi.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.



Counting to my birthday on 28 Mei..


 .

Dia memang tidak asing buat kita..

Terpanggil menulis, lulu mengucapkan takziah buat seluruh keluarga dan sahabat, juga orang-orang yang mengenali blogger ini yang telah kembali kerahmatullah.... Al-Fatihah..



Kononnya arwah kena jangkitan paru-paru, tak boleh bernafas sendiri... dan meninggal dunia pagi tadi.. Itu jer lah yang lulu tahu..


Semoga arwah tenang disana...amin...




.

Diiktiraf hanya kerana itu??


Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s.

Don Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin.


Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu.

“Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya.

Sebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu.


“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan.
Mungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Biarlah aku pergi.................


Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.

Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.


Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.








.

Nikah selepas bertemu di masjid..

Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.
Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

“Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.

“Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak,” ujarnya.
Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.

“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.
Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,” katanya.



P/S - Kahwin 28 mei? ngee

Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Berita gembira..............Yeah!!


BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.
Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih, peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini, kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.
ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.

"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."
Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.




Counting to my birthday on 28 Mei..

.

Tengoklah kesannya...

Taksub terhadap komik berciri pertarungan yang menjadi kegemarannya, seorang lelaki bagaikan hilang ingatan apabila cuba menyembelih adiknya dan mencederakan seorang anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 10, Kawasan Perindustrian Gong Badak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 36 tahun dan sudah beristeri serta mempunyai dua anak, bertindak mengelar tapak tangan adiknya menggunakan parang.
“Dia kelar lengan dan tangan saya sebelum meletakkan parang sepanjang 15 sentimeter ke leher saya. Ketika itu saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana melihat dia bagaikan tidak sedarkan diri.

“Mujur ada rakan dan orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian menyelamatkan saya,” kata adik lelaki itu yang enggan dikenali.

Mangsa yang berusia 20 tahun mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum membuat laporan polis.





Counting to my birthday on 28 Mei..


.

'Allahuakbar' (Allah Maha Besar)


Jeritan 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) yang dilaungkan oleh seorang pembaca meter air rupa-rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Mohamad Jefridin Saari, 33, hendak membuat pemasangan wayar di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Det, 52.
Difahamkan, selain menjadi pembaca meter, Jefridin turut berkebolehan membuat pendawaian secara sambilan dan memiliki sijil dalam bidang itu.

Menurut Pak Det, sebelum kejadian, mangsa telah memanjat tangga untuk memeriksa wayar berhampiran kotak fius utama di ruang tamu rumah satu tingkat itu.
Katanya, ketika itu dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum terdengar mangsa menjerit 'Allahu akbar.'

"Jeritan itu sangat kuat dan saya bergegas ke tempat dia bekerja lalu terperanjat apabila mendapati mangsa sedang direnjat di atas tangga.
"Saya cuba menarik kakinya tetapi gagal menyebabkan saya turut terasa renjatan elektrik tersebut," ceritanya di sini semalam.




Counting to my birthday on 28 Mei..

.

Giveaway by Lulu-Pages and Dyahaha's Little Cottage



Hoh, inilah berita gembira yang lulu khabarkan beberapa hari yang lalu...
Lulu Caldina kembali dengan giveaway terbaru.. Giveaway ke3 yang lulu anjurkan... Dan setelah mendapat tajaan dari lenloy-Closet di giveaway yang lalu, kali ini, secara eksklusif lulu dedahkan disini, bahawa, giveaway kali ini adalah tajaan Dyahaha's Little Cottage.. Hadiah yang sungguh istimewa dan lengkap buat 4 orang pemenang..ngee...


Syarat-syaratnya....
~FOLLOW blog Dyahaha's Little Cottage dan add dalam bloglist blog anda kerana keputusan penuh pemenang akan disenaraikan disitu...
~Buat entri dengan tajuk "Giveaway by Lulu-Pages and Dyahaha's Little Cottage", letak banner diatas, kat entri dan sidebar dan link ke entri ini.
~Tag 2 orang
~Tinggalkan link (URL ENTRI) kat komen ni..Beserta id follower.








Selesai mengenai syarat, apa agaknya hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang yer?
Yer, tajaan hadiah buat 4 orang pemenang, meh tengok..




*







*








*







Hadiah utama berupa 1 set minyak wangi ONE DROP PERFUME





Dan hadiah seterusnya, 1 set contact lense color hazel  buat 3 pemenang...



Hoho, ok tak hadiahnya? best, kan??? Harap maklum, pemenang akan ditentukan melalui pakcik random.org.. Anda semua dipelawa menyertai giveaway ini dan semoga dengan penyertaan anda semua, akan memeriahkan lagi, giveaway ini, yang merupakan tajaan buat pertama
kalinya  Dyahaha's Little Cottage ..Jom bagi support...




Pastikan semua syarat dilengkapi, dan tarikh tutup giveaway ini adalah  
19 mei 2011, Jam 9 pagi...





.

Ular tedung 'kempunan' telan biawak dicekup


Orang ramai yang berada berdekatan bengkel membaiki kenderaan di Simpang Pasak-Lebuh Raya Desaru di sini gempar apabila salah seorang pemilik premis itu ternampak seekor ular tedung selar yang cuba menelan seekor biawak pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, pemilik premis aksesori dan penyelenggaraan alat penghawa dingin Canggih, Nuraiman Abdullah, 33, ternampak ular sepanjang kira-kira empat meter cuba menelan biawak itu, namun gagal kerana bahagian kaki mangsanya yang lebar.
Ekoran itu, ular tersebut memuntahkan semula mangsanya dan menyusur masuk ke rumpun pokok pandan di belakang bengkel berkenaan.
Bimbang reptilia itu membahayakan keselamatan orang ramai, Nuriman menghubungi anggota bomba dan penyelamat untuk menangkap ular berbisa itu.

Menyedari kehadiran anggota bomba yang diketuai Jalalluddin Ghazali, reptilia itu kemudian cuba melarikan diri ke dalam longkang berhampiran dan masuk ke pintu belakang sebuah bengkel.
Namun, ular tedung itu berjaya ditangkap apabila menyorok di bawah timbunan alatan gantian kenderaan dan kotak kosong.

Ular itu kemudiannya dibawa ke Balai Bomba Jalan Tun Habab di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Sementara itu, Nuraiman tetap melahirkan kebimbangan kemungkinan ular tedung selar itu mempunyai pasangannya kerana belakang bengkelnya terdapat belukar dan ladang sawit persendirian.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Maut bergesel bas ekspres


Seorang pemuda maut setelah motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 423, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 1.27 pagi itu, mangsa, Mohd. Rozi Mohd. Yunus, 32, dikatakan tercampak ke tengah lebuh raya sebelum digilis sebuah kereta yang gagal mengelak.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gedangsa.

Menurut beliau, motosikal ditungganginya dikatakan berada di tengah-tengah lebuh raya sebelum ia bergesel dengan bas ekspres yang membawa 23 penumpang dari Singapura ke Thailand.
"Sebaik sahaja mangsa tercampak, datang sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita gagal mengelak lalu menyeret tubuh mangsa sejauh beberapa meter," katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Taib, pemandu bas, Teoh Poh Soon, 47, dan kesemua 23 penumpang terdiri daripada 15 warga Thailand, enam Singapura dan dua Malaysia bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata, pemandu kereta yang melanggar mangsa, Audrey Victoria Samuel, 28, juga terselamat dalam kejadian tersebut.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta saksi kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah, Inspektor Amir Che Ya di talian 03-60641222 atau 03-60651021 bagi membantu siasatan.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!