Saturday, May 28, 2011

What I Wish For My Birthday?


Selamat malam semua.... Hoho, besok cuti, untuk kakak-kakak yang ada family dan anak-anak, esok dah mula cuti sekolah.. Mesti banyak rancangan yang dah diatur, dan masa untuk blog, tetap takde lah kan? ekeke... Selamat Bercuti!!



Tinggal beberapa jam saja lagi, lulu akan menyambut hari kelahiran.. Terima kasih buat semua yang sudi ucap... Terharu lulu dibuatnya, walaupun tengah dok counting tetiap hari, sampai semua orang tau...sampai pinky momma dah naik hafal tarikh 28 tu.. ekeke... Err, untuk giveaway pantas tu, setiap komen yang ada memang sangat menggembirakan, tersenyum/ tergelak sorang bila baca... err best lak kan bila buat giveaway macam tu, happy jer bila baca... Terima kasih!!


Kak risa ada bertanya beberapa hari lepas...
Lulu ingat pertanyaan tu WHAT I WISH FOR MY BIRTHDAY?
Masa tu memang nak jawab, tapi untuk makluman, sekarang lulu tengah holiday, dan update blog hanya guna maxis broadband, takdelah produktif macam bila pakai stremyx.. so, pepaham jer lah kan.. Banyak masalah yang timbul... Dan beberapa hari ni, update pun kena banyak sabar... Fuh fuh...


What i wish for my birthday?
Kalau fikir benda memang banyak nak...
1. Nak beli laptop sebab laptop sekarang banyak masalah.. dah pakai beberapa tahun... Pepaham jer lah barang dah bertahun... Huh...
2. Teringin sangat nak ada sehelai baju kaftan.. Betul ke namanya.. lulu tak pasti.. Tapi memang lawa bila nampak patung depan kedai tu dipakaikan...ekeke (adakah saiz lulu? lulu tinggi 168cm ni)
3. Lulu teringin nak beli tudung banyak2, geram tengok orang pakai tudung fesyen sekarang, lawa sangat.. Tapi bila kat kedai, tak tau nak beli apa, sebab tak tau nak pakai tudung, lulu tak pakai tudung.. adeh..
4. Lulu teringin nak ada baju dari kain batik... Terutama dari Terengganu atau Kelantan.. Tapi siyes tak mampu.. Ratusan harganya, kan???
5. Juga teringin nak ada kebaya nyonya, untuk pengetahuan nenek lulu iaitu mama papa, adalah keturunan baba nyonya Penang (sebelum berpindah ke Johor).. dan kebaya nyonya yang lulu ada sekarang, 2 helai, asli jahitan tangan mama. Mama dah meninggal beberapa tahun lepas.. Rindu baju kebaya nyonya..


Hah, itu antara keinginan lulu.. Inform semua ni bukan beerti nak demand dengan korang tau..ekeke...


Tapi sebenarnya, setiap tahun bila hari kelahiran lulu tiba, bagi lulu tiada yang lebih beerti melainkan ucapan selamat hari lahir dari keluarga dan kawan-kawan.. Tolong doakan lulu panjang umur... (Dan juga sebiji telur berwarna merah-tradisi orang cina...hoh lama tak rasa...)


Semoga selepas ni lulu akan lebih sukses, dan rezeki akan semakin murah...
P/S - Maaf kak risa sebab lulu lambat baca/balas email kakak.. TQ sebab nak kirim hadiah.. weewuu....







.

Lelaki Indonesia dijumpai dibunuh

Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dibunuh di belakang rumah kedai setingkat di Taman Paroi Jaya di sini hari ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arip, 30-an, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan perutnya terburai oleh rakannya pada pukul 5 pagi.

"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini. Motif kejadian sedang disiasat,” kataTimbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt. Mohd. Yusoff Awang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu diserang seorang lelaki dengan senjata tajam ketika dia keluar dari rumahnya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melalui talian 06-6033222 atau hotline 06-6014999 bagi membantu siasatan.




.

Pokok Nangka Berbuah Pisang


Heboh melanda kampung Cibalung, Jawa Barat. Ini kerana pokok nangka milik salah seorang warga, Sirojudin, berbuah menyerupai pisang.

Buah 'ajaib' itu bergantung di salah satu cabang pokok. Meskipun secara fiziknya menyerupai pisang, ketika dikupas buah ini memperlihatkan biji nangka di dalamnya.

"Awalnya seperti buah durian, setelah agak matang berubah seperti pisang," kata Sirojudin.

 


.

Mayat di dalam kereta..


Seorang perempuan yang sedang memandu mengizinkan seorang pengemis menumpang didalam keretanya. Namun, wanita itu menjadi panik seketika, ketika mengetahui pengemis itu meninggal didalam kereta.

Lalu, perempuan itu pun menyimpan jasad pengemis itu didalam kereta. Selama berbulan-bulan dia memandu kereta dengan mayat di dalam keretanya.

Jasad perempuan perngemis tersebut disimpan di sebuah kotak yang dipenuhi dengan serbuk penaik untuk menggelakkan bau busuk dari mayat.

Petugas polis dari Costa Mesta, California, Amerika Syarikat (AS), menemukan mayat tersebut setelah menerima laporan. Ketika kereta itu diperiksa, petugas polis melihat kaki tersingkap dari selimut dan ditutupi pakaian.

Polis segera melakukan autopsi mayat tersebut. Dari hasil autopsi tidak ditemukan adanya luka akibat kekerasan pada tubuh mayat yang hanya tinggal tulang itu. Namun polis masih terus menyiasat kes ini.

Polis yang memeriksa pemandu tersebut menyatakan, dirinya takut disalahkan keatas kematian pengemis itu. Walaupun dia sendiri tidak mengetahui apa punca pengemis itu mati. Tetapi yang pasti pengemis itu mati di dalam keretanya kira-kira 10 bulan yang lalu..









.

Cristiano Ronaldo takes charge of his baby son...



Cristiano Ronaldo has been pictured for the first time with his baby son Cristiano on a day out in Portugal over the weekend.
And, in the first shots of 10-month-old Cristiano, the resemblance between the father and son is uncanny.
With a head of downy black hair and olive-coloured skin, little Cristiano looked adorable as he was carried by his proud father.
The baby also appeared to have taken after his father in terms of his love of designer fashion, as he was wearing a Burberry checked shirt, denim jacket and matching Burberry baseball cap - which he wore backwards to make it more trendy.
 
Also on the day out was Ronaldo's girlfriend Irina Shayk, who looked chic in a tight pair of grey trousers, black vest top and white blazer jacket.
And it seems Russian model Irina has adapted well to the family style of life, as she was seen cuddling up to the super-cute tot as they sat in the back of the car.
Irina has remained loyal to her boyfriend despite the shock revelation last year that he had become father, allegedly born to a 20-year British student following a fling with the star after meeting in a London club.




.

Nenek meninggal dunia..

Nenek kepada kumpulan adik beradik trio KRU, Jamaliah Abdul Manan, 90, meninggal dunia pada pukul 2.45 petang, Jumaat, di Hospital Putrajaya.

Menurut Norman Abdul Halim, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital berkenaan pada seminggu lalu kerana menghidap penyakit tua.

"Kehilangannya sangat dirasai memandangkan saya cucu sulung dan agak rapat dengannya.
"Justeru itu, saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pengebumian ini," katanya.

Tambah Norman, setelah di pulang daripada festival filem di Cannes, dia terus melawat Allahyarhamah yang ketika itu sedang kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Kalau nak ikutkan keadaan nenek pada minggu lepas agak sihat dan Rabu lalu, dia nampak sedikit bertenaga. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia sudah kritikal.
"Apa-apa pun, semua ini sudah menjadi ketentuan-Nya dan saya serta keluarga menerima pemergian ini dengan redha," tuturnya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kelang Gate dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate Baru, Hulu Klang selepas Asar.



.

Jika Siti Nurhaliza Hamil..

Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Kata Datuk K, selepas melihat syarat-syarat penyertaan, dia tidak mempunyai halangan sebaliknya memberi dorongan kepada Siti untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.

“Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.
"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.

“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.

Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa.
“Saya tahu aktiviti yang dijalankan agak lasak seperti latihan menembak dan kawad kaki.
"Bagaimanapun, saya akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.

“Dengan menyertai pasukan itu, sedikit-sebanyak ia boleh menghilangkan stres. Selain itu, dia boleh memberikan galakan kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.

Sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menyertai pasukan tersebut.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!