Wednesday, June 8, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU




Tolonglah beri kritikan yang membina eh....
Semoga dengan kritikan yang membina itu, blog lulu-pages ni akan lebih baik dan lebih mesra pembaca...
ngee, kekadang kita memang perlukan kritikan untuk menjadi lebih baik dan maju..betul tak?




.

Siapa ni? Eh dia ke? Lainlah..


LEGENDA...Aksi bintang veteran Piala Dunia Brazil, Ronaldo Nazario, 34, ketika perlawanan persahabatan menentang Romania di Stadium Pacaembu, Sao Paulo awal pagi tadi. Beliau diberi penghormatan oleh Persekutuan Bola Sepak Brazil beraksi buat kali terakhir untuk negaranya pada perlawanan itu. Brazil menang 1-0.


Itu Ronaldo lah.... Wah lainnya dia sekarang eh.. Tapi masih boleh main bola..... :)





.

Lulu Caldina pun nak juga Wordless Wednesday



Lulu pun sama dengan dayana, first time nak buat wordless wednesday ni..
Tiba-tiba semua pun sibuk buat entri bila hari rabu menjelma....
Hoho, kalau nak tahu punca wordless wednesday ni, silalah klik sini :)
WordlessWednesday



.

Lulu Caldina : Hari yang busy...err busy body



Haip haip, gara-gara join segmen encik ben, ramai nak tukar link dan duduk dalam bloglist lulu-pages...
Lulu siyes memang tak menang tangan... hoho...
Lulu akan masukkan semua sekali, bak kata encik ben, janji kena jujurlah kan, ...
Kompem lulu akan masukkan, walaupun cecah ratus.. ke ribu.. eh adakah sampai ribu?
Setakat ni memang lulu bekerja keras nak masukkan semua..
Beri lulu masa eh.... :)
Semoga tidak ada link yang tertinggal...


Setakat ni, memang ada ramai lagi yang nak tukar link...
atau ada yang akan bertukar link...
Weee....lulu alu-alukan......






.

Maki, baling polis dengan sos cili


Tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memaki dan membaling plastik berisi sos cili terhadap polis serta memiliki mercun ketika perlawanan Liga Super, Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam kelmarin.

Kes pertama membabitkan penganggur, Tuan Mohd Hasbullah Tuan Abd Razif, 24, yang didakwa mengeluarkan perkataan ‘baliklah polis berambus, polis bodoh’ terhadap anggota polis yang bertugas di luar stadium itu jam 11.30 malam, selepas tamat perlawanan.

Tuan Mohd Hasbullah yang berasal dari Kampung Chepoh di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dikenakan hukuman denda RM80 oleh Majistret Noor Adila Abd Latif.

Dalam kes kedua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), Che Muhammad Aiman Che Azmi , 19, dari Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir di sini, dipenjara sehari dan denda RM1,000 selepas mengaku salah memiliki mercun tanpa lesen. Jika gagal membayar denda itu, tertuduh akan dipenjara tiga minggu lagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ketika pemeriksaan di pintu masuk F Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah jam 7.30 malam kelmarin, tertuduh didapati memiliki beg sandang berisi tiga mercun bola.

Dalam kes ketiga, remaja berusia 17 tahun dari Kampung Binjai Bongkok, Marang didakwa membaling plastik berisi sos cili kepada polis yang bertugas jam 10.10 malam kelmarin di stadium berkenaan selepas tamat perlawanan bola sepak itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda tidak lebih RM1,000.




.

Tengok, kemalangan lagi..


Sekumpulan 10 pelajar dan seorang pemandu mengalami saat-saat mendebarkan apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Mantin-Lenggeng, dekat sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 2.15 petang ketika kesemua pelajar itu dalam perjalanan pulang ke sebuah sekolah menengah di Port Dickson dari Broga.

Kenderaan dinaiki mereka yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun tiba-tiba dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan.
Berikutan itu, van yang dinaiki pelajar perempuan berkenaan bertembung dengan sebuah lori 10 tan membawa muatan pasir dari arah bertentangan.

 
Jurucakap polis memberitahu, kesemua pelajar tingkatan dua hingga enam itu dikatakan menghadiri satu perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri itu.
"Bagaimanapun, dalam kejadian itu, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar dekat sini untuk menerima rawatan susulan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan meminta orang ramai tampil membantu polis menyiasat kes itu.





.

Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah supaya tidak membandingkan hasil karyanya dengan filem-filem lain sebaliknya harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, tindakan Gabit menghasilkan klip video lagu Marilah dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej negara jika dipasarkan di luar negara.
"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran," katanya.



Harun diminta mengulas berhubung penyebaran klip video Marilah nyanyian Prema Yin yang dilakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.
Alasan Gambit, aksi yang di arahkannya itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.


Harun berkata, sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara.

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.
"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi.

Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya.
Bukan sahaja Gambit kata Harun sebaliknya Prema Yin dan Shahz Jazle turut bertanggungjawab dalam kontroversi berkenaan.




.

Patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki di pantai Batu Feringghi di sini, Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel.
Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa mangsa, Azrin Abdul Razak, 37, berkata anaknya terpelanting setelah dirempuh kuda yang ditunggang dengan laju.
"Ketika saya menghampiri dan memegang Arina, dia berada dalam keadaan separuh sedar," katanya kepada pemberita.

Arina dihantar ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Azrin yang tiba dari Putrajaya untuk bercuti bersama keluarganya sejak semalam berkata beliau kesal dan marah dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terdapat pihak yang bertanggungjawab.

"Saya kesal dan tidak dapat maafkan mereka. Saya akan ambil tindakan terutamanya terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana ketika kejadian terdapat dua anggota mereka berada di tempat kejadian namun tidak berbuat apa-apa," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri, Chow Kon Yeow telah mengarahkan Yang Dipertua MPPP supaya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Kejadian ini telah mengakibatkan orang awam tercedera. Oleh itu saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan dan mendakwa pengusaha yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata terdapat pasukan penguatkuasaan MPPP yang meronda di sekitar pantai Batu Feringghi setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam bagi mencegah aktiviti berkuda.
"Malangnya masih terdapat pengusaha yang ingkar serta masih menjalankan kegiatan itu hingga mencederakan orang awam," katanya.





.

Suri rumah enggan makan bersama cedera dipukul suami

Seorang suri rumah cedera dipukul suami dengan anak lesung batu hanya kerana enggan makan tengah hari bersamanya di rumah mereka di perkampungan Cenderawasih di sini, Ahad lalu.

Superintendan Mohd Haris Daud, berkata mangsa yang berusia 25 tahun terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah cedera di bahagian peha, dagu dan kepala.

Beliau berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya, seorang pekerja swasta berusia 28 tahun kerana enggan makan bersama.

Katanya, mangsa mendakwa suaminya tiba-tiba bertindak ganas memukulnya dengan anak lesung batu.

Suami mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.




.

Kami Bersara !!


Kumpulan adik beradik, KRU, iaitu Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry, membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi mengadakan pertunjukan pentas selepas 19 tahun terlibat dalam dunia seni.

Menurut abang sulungnya Norman, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan tibalah masanya untuk memberi peluang kepada artis-artis baru lain menonjol selain terpaksa memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

"Nak ikutkan memang dah lama kami berhenti daripada membuat persembahan, cuma ini adalah pengumuman secara rasmi daripada kami.

"Keputusan ini juga dibuat kerana kami ingin memberi ruang kepada penyanyi-penyanyi baru pula dan kami sebagai orang lama, akan membantu mereka untuk sama-sama memperjuangkan industri muzik tempatan," katanya.

Selain itu kata Edry pula, dengan kesibukan mengendalikan syarikat KRU Studios, mereka juga tidak mampu lagi mengadakan konsert-konsert jelajah seperti yang pernah dilakukan dahulu.

"Justeru itu jika dahulu kami perjuangkan untuk KRU dan keluarga, kini sudah tiba masanya kami berbakti memperjuangkan industri seni demi masyarakat pula berdasarkan pengalaman yang ada," ujar Edry.

Tambah Edry, walaupun tidak lagi mengadakan persembahan pentas, KRU tetap akan mengeluarkan single lagu terbaru pada masa akan datang.

Pada Isnin lalu, KRU telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 19 tahun di KRU Studios di sini dan turut mengumumkan judul filem baru yang bakal diterbitkan syarikat berkenaan.

Enam filem tersebut adalah Cinta Kura-Kura, King Kapchai, 29 Februari, Ular serta dua filem antarabangsa, Vikingdom dan Ribbit.

Sementara itu Yusry pula berkata, dia gembira kini KRU Studios semakin produktif dalam penerbitan filem dan cuba menembusi pasaran antarabangsa.

"Alhamdulillah, kami cuba menerbitkan filem-filem yang berkualiti buat industri filem kita.

"Setakat ini, antara enam filem tersebut, Vikingdom menggunakan kos bajet yang paling besar, malah lebih mahal daripada filem Hikayat Merong Mahawangsa (RM8 juta)," katanya.

Bagaimanapun, selepas kejayaan filem Karak yang meraih kutipan sebanyak RM3.8 juta (masih ditayangkan) setakat ini, filem Cinta Kura-Kura bakal menyusul pula dan dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!