Friday, June 10, 2011

Ibu rayu bantu anak terlantar tujuh tahun


Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak yang menjadi harapan keluarga terlantar tidak berdaya.
Namun itulah yang dirasai Misilah Rosland, 47, mengenangkan nasib anak kedua daripada empat beradik, Siti Zarina Mohd. Zainal, 25, yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan sejak kemalangan tujuh tahun lalu.

Insiden di jalan raya berdekatan Felcra Sungai Ara di sini itu turut meragut nyawa suaminya, Mohd. Zainal Sanap, 51, namun dia dan Siti Zarina terselamat.

"Pada masa berlaku kemalangan yang menyayat hati itu, kami dalam perjalanan pulang dari melawat datuknya di Kota Tinggi," katanya di rumahnya di Felda Tenggaroh 1, di sini baru-baru ini.
Katanya, sejak itu anaknya hanya mampu terbaring kerana seluruh anggota badannya kaku dan hanya air mata yang kadangkala mengalir membasahi pipinya apabila direnung atau ditinggalkan.
Jelasnya, belakang badannya kini melecet kerana terlalu lama berbaring dan terpaksa disapukan minyak bagi meredakan kepedihan.

"Anak saya tidak boleh makan dan hanya diberikan susu khas enam kali sehari yang berharga RM68 setin menggunakan saluran tiub sejak tujuh tahun lalu," katanya yang tidak bekerja itu.
Difahamkan, satu tin susu habis dalam masa dua hari sementara minyak khas tersebut yang berharga RM50 sebotol habis dalam tiga hari.

Melihatkan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Misilah itu, pihak Baitulmal telah memberikan bantuan sebanyak RM1,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu tetapi masih banyak perbelanjaan yang harus ditanggung seperti lapan bungkus lampin pakai buang setiap bulan.
Selain itu, Misilah juga sedih kerana anaknya masih diburu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminta hutang pinjaman RM5,000 dilangsaikan walaupun dia kini terlantar koma.
Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 07-7912090 atau memberi sumbangan menerusi akaun Maybank 151071197310.




.

Penggal kepala rakan


Seorang mekanik menetak leher rakan sekerjanya beberapa kali menggunakan parang sebelum memenggalnya sehingga putus dengan pisau pemotong daging hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Kandazon dekat sini. Polis tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan kira-kira 10 pagi daripada penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata, suspek, yang dipercayai menghidap penyakit mental, tidak melawan ketika ditahan di tempat kejadian.

Polis turut menemui parang dan pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya kepada pemberita.




.

Meet Mikhail, the grinning grizzly who stretches for five minutes at a time



Meet Mikhail the amazing yoga bear - who wows punters everyday with his incredible stretching performances.
Mikhail was spotted performing the ancient Indian routine - in which participants carry out limbering up exercises - at Kaliningrad Zoo.
Sitting firmly on the ground, the huge grizzly bear thrusts out each of his legs one at a time - just like a 'boat pose' yoga move.


With a huge grin on his face, Mikhail even takes the time to raise his left paw and wave to his new found fans.
And as the Russian crowd encourages him with food and drink, he carries on the bizarre performance, even reaching out to grab his toes after each leg stretch.
The amazing moves lasted for almost five minutes as the bear lapped up the crowds adoration.

The normally slow and immobile animal is not renowned for its ability to perform the tranquil meditation methods.
But Mikhail has developed a reputation as an entertainer following his performances.
Bemused pensioner Vitaly Arkhipov, who caught the stunning moment as he visited the zoo with his wife, said: 'This bear is a great actor.




He added: 'For some refreshments from Zoo visitors he does many interesting things. He likes to make different poses and he often bows or waves at the crowds.
'But this yoga session was completely unreal - especially considering he has had no training and has never been part of a circus.

'He is obviously just a natural performer.'
Retired Vitaly, who has been a keen photographer since he was old enough to buy his own camera, travels around Russia with his wife in tow taking photos.
The former radio engineer, from St. Petersburg, added: 'I have photographed many things, but Mikhail was the most special.'
Despite Mikhail's cuddly appearance in these stunning pictures, the bear has previously found himself in hot water.
In 2009 he tried to escape from his enclosure after a pair of teens tried to steal his beef steaks from him.


The daft pair were eventually nabbed by park rangers with some of the bear's food in a bag.
But that wasn't before Mikhail tried to escape from his enclosure by smashing down a stone wall to retrieve his dinner.




.

Saya nak follow dia tapi tak boleh...


Line tenet kembali bermasalah.. beberapa hari macam nilah keadaanya...
Dan yang lebih membuatkan hati perlu lebih bersabar adalah, blogspot yang tak sudah-sudah turut bermasalah...
Dan masalah ni kira besarlah gak kan...
Apa taknya, bila kita nak follow orang tu, eh gadjet follow tu takdelah.....
Entah hilang kemana...


Dalam keadaan begini, susahlah orang nak follow kan..
Nak tekan kat mana????
Hah..... mari lulu tolong eh..


Memula, klik pada dashboard blog korang.




Klik pada add tu dan masukkan URL blog yang korang nak follow tu...
Contohnya : http://lulu-pages.blogspot.com/
ok, dah??? klik pada NEXT...




Hah, bila keluar macam dalam gambar ni, sila tekan FOLLOW...
Jeng-jeng, dah boleh follow.... Takde masalah kan????




.

Cedera Parah..


Nurul Sarah Suffian Afendi, 2, cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan empat ahli keluarganya yang lain dalam kemalangan 3 petang Khamis di KM 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Ipoh. Sarah kehilangan ibunya Zalinda Zainuddin, 33, kakaknya Aishah Suffian Afendi,7, datuknya Zainuddin Abas, 69, serta neneknya Azizah Mahmood, 69, dalam kemalangan tersebut. Kereta yang dipandu oleh datuknya dalam perjalanan dari pulang dari bercuti di Kelantan ke rumahnya di Kuala Kangsar.




.

Black and blue: Chelsea launch their new away kit



The new Chelsea away kit comes with the standard gubbins on technology but the bottom line, however, is that it looks decidedly average.
The socks are revolutionary chimes the press release, apparently the design features anatomically placed cushioning and an achilles protector. And there’s more.


The shirt features the adidas TechFit technology which will help improve speed, increased endurance capabilities and enhanced awareness. 
It works by stabilising and focusing the muscles' energy to generate explosive acceleration and deliver maximum power output, of course.
Clearly the jersey contains more technology than the shuttle which launched into orbit last week, but that’s not what the fans will notice.




The new kit will be worn for the first time when Chelsea play Hong Kong champions Kitchee in their opening game of the Barclays Asia Trophy on July 27.The shirt can be pre-ordered online at the club's official website for delivery on launch day, July 7.





.

Terbunuh..


Empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, mengesahkan kejadian itu.





.

Bapa yang bersyukur


Seorang bapa bersyukur apabila tiga orang anaknya menerima taraf warga negara Malaysia.
"Saya gembira kerana akhirnya hajat saya untuk mendapatkan MyKad kepada anak-anak saya tercapai.
"Fikiran saya lapang apabila mendapat tahu kini status mereka sebagai rakyat negara ini tidak boleh diragui lagi," kata Shahabudin Md Noor, 39, yang berkahwin dengan rakyat Thailand.
Seramai 14 invidu menerima sijil kewarganegaraan Malaysia di sini hari ini dari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Shahabudin yang mengusahakan kedai makan berhampiran rumahnya di Kubang Kerian berkata beliau menghadapi pelbagai kesulitan ekoran anak-anaknya tidak memiliki MyKad.
"Misalnya anak sulung saya tidak dapat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana tidak memiliki MyKad.

"Nor Shakimie Aidi sepatutnya menduduki PMR tahun lepas, tetapi kerana tidak memiliki MyKad, dia tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan mahupun menduduki peperiksaan, walaupun kami merayu.
"Saya sedih melihat keadaannya yang malu tidak dapat bersama kawan-kawan sebaya menduduki PMR. Namun kini saya bersyukur kerana perkara ini tidak berlanjutan lagi," katanya.
Zahrah Abd Rahman, 64, yang berasal dari Kemboja turut bersyukur kerana selepas hampir 30 tahun menetap di Malaysia, beliau akhirnya sah bergelar rakyat Malaysia.
Beliau berkata beliau menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu.

"Makcik sangat terharu apabila terima taraf warga negara. Bersyukur sangat atas keprihatinan kerajaan.
"Sekurang-kurangnya tercapai juga hasrat makcik nak mengundi pada pilihan raya nanti," katanya yang tinggal di Jalan Bayam.




.

Selamat tinggal walaupun hanya dua musim..


Bintang utama siri CSI, Laurence Fishburne akan meninggalkan siri tersebut hanya selepas dua musim membintanginya.

Agensi berita Reuters yang memetik beberapa penerbitan Hollywood melaporkan, Fishburne, 49, yang memegang watak ahli patologi Dr Raymond Langston, telah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya apabila siri tersebut memasuki musim baru September depan. Ia adalah musim CSI yang ke-12.
Pemenang anugerah Emmy dan anugerah Tony itu menyertai siri CSI pada musim 2008-2009 sebagai pengganti kepada pemegang watak utama asal siri tersebut, William Peterson.

CSI berada dalam ranking ke-10 siri televisyen paling popular di Amerika Syarikat musim lalu dan ditonton oleh 13 juta penonton, jumlah yang jatuh mendadak berbanding 17.6 juta penonton sejak Petersen meninggalkan siri tersebut.
CBS, penerbit siri itu masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung status Fishburne atau siapa yang bakal mengambil alih tempatnya.

Bintang filem Matrix itu dikatakan sedang menimbang untuk kembali ke layar perak sepenuh masa.
Walaupun rating CSI telah menurun di Amerika Syarikat tetapi francais “CSI: Miami" dan "CSI: New York" adalah merupakan produk televisyen negara itu yang paling berjaya pada era ini apabila dieksport dan diberi lesen tayangan di lebih 200 buah negara seluruh dunia.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!