Thursday, June 23, 2011

Cedera Dipanah Petir

Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kesemua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda.
Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd Zailani Keria, 23, yang kesemuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.

Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
Menurut rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, yang turut berteduh di wakaf itu ketika kejadian, secara tiba-tiba kilat dan petir memanah ke arah sebatang pokok berhampiran wakaf tersebut menyebabkan mereka bertiga rebah dan tidak sedarkan diri.

Selepas melihat keadaan ketiga-tiga mereka terjatuh, kesemua yang lain melarikan diri kerana panik, katanya.
"Sebaik hujan reda penduduk yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian datang menyelamatkan mangsa dengan menghantar mereka ke hospital," katanya.
Katanya ketika kejadian, ada di antara mereka menggunakan telefon bimbit untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).




.

Patah kaki terjun bangunan

Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sekolah pagi kelmarin, dipercayai akibat tekanan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dipercayai gagal mengawal emosinya sebelum bertindak di luar kawalan hingga menggemparkan pelajar dan guru sekolah berkenaan yang bersiap untuk perhimpunan pagi.

Difahamkan, pelajar terbabit ketika kejadian berada dalam kelasnya di tingkat dua sebelum secara tiba-tiba berlari keluar menuju ke tingkat tiga, memanjat dinding koridor dan terjun.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian ramai pelajar sudah ke dewan sekolah bersebelahan bangunan kelas untuk menyertai perhimpunan pagi namun mangsa masih berada di kelas.

“Saya dan beberapa pelajar lain yang berada di dewan kemudian terdengar bunyi seperti benda jatuh dan kami bergegas keluar dewan untuk memeriksa sebelum melihat mangsa terbaring mengerang kesakitan.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan St John Ambulans sekolah sebelum pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans bagi membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad, ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Namun, beliau menegaskan, kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak sekolah berkenaan dan mangsa bertindak demikian kerana masalah peribadi.

“Saya sudah bertemu dengan ibu bapa pelajar terbabit dan apa yang boleh dirumuskan kejadian itu berpunca daripada masalah peribadi dihadapi pelajar terbabit dan tiada kena mengena dengan persekitaran atau proses pembelajaran di sekolah.

“Malah saya juga meminta ibu bapa pelajar terbabit supaya tidak memberi tekanan berlebihan kepada anak mereka bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

Selain itu, seorang jurucakap Unit Kaunseling HTAA berkata, ibu bapa seharusnya memahami keperluan dan kehendak anak mereka dari semua sudut termasuk bidang pendidikan.

“Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi dalam masa yang sama mereka memberi tekanan dengan memaksa untuk belajar di luar kemampuan.

“Dalam kes seperti ini, ibu bapa pelajar terbabit mahukan anaknya sentiasa cemerlang dan tidak boleh menerima kegagalan anak mereka menyebabkan emosi anaknya tertekan dan mengambil keputusan di luar dugaan,” katanya.





.

Dia menang iklan sebulan kat Lulu-Pages


Yer, seperti tajuk entri, dia adalah pemenang hadiah untuk mengiklankan blognya di lulu-pages selama sebulan... macam mana lak dia boleh dapat?

Hari tu kawan lulu, dayana buat giveaway...
dan lulu merupakan salah seorang penaja hadiah, yang merupakan pengiklanan selama sebulan di lulu-pages.. dan kebetulan, pemenangnya tiada banner, lulu meringankan tangan untuk buatkan pemenang ini banner... Mungkin tak secantik banner-banner yang lain, namun, rasanya memadailah untuk ditampal di blog lulu ini... yeah...

Tahniah buat......

Photobucket

Banner ini akan melekat selama sebulan di lulu-pages... Tahniah..


Keputusan lengkap pemenang giveaway dayana ada disini..
http://herstylestoriie.blogspot.com/2011/06/pengumuman-pemenang-dayana-az-ga-my.html



.

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG ..


Sejak akhir-akhir ni memang ramai yang heboh pasal hack ni....
Lepas tu ada lak yang keluarkan senarai blog yang kena hack..
Gila wei, blogspot masalah sikit pun, dah pening kepala apatah lagi kalau kena hack..


Namun demikian siyes, lulu pernah gak terfikir nak hack blog orang,
walaupun lumrahnya memang tak pandai...
Tak reti langsung nak buat..
Tapi angan-angan tu penting oke...
Separuh jalan menuju kenyataan tu..ekeke...


Lulu takde nak specific mana-mana blog..
Tapi lulu teringin nak hack blogger yang pemes amos...
Yang memiliki ribu-ribu pengikut...
Yang publish apa jer entri on the spot terus ada respon...
Bestnya kan?
Kadang tu, dia tak tulis apa pun dalam entri tu, gambar sekeping jer..
tengok, hoh, blog dia dah kena serbu...
Lepas tu komen yang respon, puluh, malahan terus ratus...
"Hebak wei" *bak kata yuyu zulaikha...


Teringin nak hack mereka ini, dan rasa apa yang mereka
rasa bila jadi blogger pemes...ekeke...


Namun, lulu juga punya impian menjadi seperti mereka...
Doakan lulu yer....





.

Another high-rise emergency in China as four-year-old girl is saved from fall



A four-year-old toddler had to be dramatically rescued after getting her head stuck in the railings on 3rd floor apartment block.
The youngster was left dangling for 20 minutes in the bars of a window grid in Tengzhou, northern China's Shandong Province.
It is believed that she had been looking out of the window into the street below when she fell through gaps in the rusty iron railings.


Residents downstairs raised the alarm after they spotted the hapless girl, who had been left at home alone before the incident.
Pictures taken during the rescue show the stranded youngster caught in the narrow gap between the railings. She is desperately clinging on to the bars above her with her tiny hands.
Neighbours below held out a blanket to catch the girl if she slipped through.
'We heard cries and saw a little girl dangling in the air with her head stuck in between the window grid bars,' said a neighbour.  


Police arrived shortly afterwards and officer Zhao Liancheng climbed up to the girl in order to support her weight and ease the pressure on her neck.
However, he was unable to free her. He said: 'We contacted the parents asking them to come back home now'.
The parents arrived 10 minutes later and officers dashed into the apartment in order to pull the girl back to safety.
The father said he and his wife had gone out to run an errand, leaving their daughter at home alone.
He added: 'It's lucky that neighbours detected the situation early'.
It is unclear if police will take any action will be taken against the parents for leaving the girl alone while they went out.




.

Malu 'berguling-guling'


Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.
Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.
"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.

"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya.
Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.
 
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.
"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita

Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.
Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.
"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.

Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).
Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.




.

Rumah warga emas musnah dalam kebakaran


Seorang lelaki warga emas hilang tempat berteduh apabila rumah papan yang didiaminya di Ulu Temiang dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa, Law Ah Chuan, 66, tidak mengalami kecederaan kerana sempat keluar ke tokong di kawasan berhampiran rumahnya sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Mohd. Nasir Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Kejadian itu disedari jiran mangsa yang bertindak pantas menghubungi bomba sebaik ternampak asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, pihak kami mendapati tiada penghuni berada dalam rumah ketika kejadian itu," katanya di sini hari ini.
Mohd. Nasir berkata, seramai 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang bergegas ke tempat kejadian.
"Pihak kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kami masih menyiasat punca sebenar kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ah Chuan yang tinggal seorang diri di rumah itu ketika ditemui berkata, dia tidak pasti punca sebenar kebakaran dan menunggu laporan siasatan daripada pihak bomba.
"Meskipun sedih kerana tiada tempat tinggal, saya lega kerana tidak cedera atau berada dalam rumah ketika kebakaran terjadi," katanya.





.

Dia dibawah bas


“Saya terdengar jeritan rakan ketika sedang mengecat belakang bas dan apabila memeriksanya, saya dapati dia tersepit di bawah bas,” kata Mohd Faizal Abdullah, 35, menceritakan kejadian bas bergerak sendiri hingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Kayu Ara, Mambau, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, Suresh, 35, tersepit di bawah bas yang sedang dibaikinya dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera parah di anggota badan.

Menurut Mohd Faizal, Suresh yang juga penyelia di bengkel berkenaan berada di bawah bas untuk memeriksa kerosakan kenderaan itu.
“Ketika terdengar jeritan Suresh, saya nampak dia cuba menahan bas dengan tangan,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan Suresh itu nyata membahayakan nyawanya kerana bas itu tidak berhenti sebaliknya terus bergerak dan merempuhnya menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan berkenaan.

Menurutnya, berkemungkinan brek bas gagal berfungsi dengan baik menyebabkan ia bergerak sendiri hingga merempuh bengkel di sebelah.

Seorang pemilik bengkel lain yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 30-an, berkata, dia terkejut apabila melihat bas berkenaan bergerak menuju ke bengkelnya yang terletak bersebelahan tempat kejadian.

“Ketika kejadian saya dengar bunyi bising dan apabila menjenguk ke bengkel sebelah, terkejut melihat seorang lelaki yang tersepit di bawah bas, sedang menahan bas berkenaan,” katanya.

Menurut Kamal, keadaan kelam-kabut apabila usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit gagal sehinggalah anggota bomba tiba.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Seremban 2 berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.07 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika itu, mangsa sedang mengerang kesakitan dan anggota bomba mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkannya,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke HTJS dengan ambulans untuk rawatan.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!