Monday, June 27, 2011

All in white Kate is Queen of the Centre Court as she and Wills come to Wimbledon to roar on Andy Murray


Tennis fans are sweltering in the 31c heat at Wimbledon today, but The Duchess of Cambridge looked as fresh as a daisy in a pretty white dress in the Royal Box on Centre Court.
Kate and William were at the tournament to cheer on British hopeful Andy Murray.
She has been a tennis fan for years - as have all the Middletons.


But all eyes were on the Duchess rather than the players on Centre Court today.
She was wearing a pretty, pleated white dress that gave a big nod to the skirts being worn by the women on the grass courts.




.

Terasa diriku tertipu..


Minggu lepas tiba-tiba teringin nak pakai legging... So, nak kena cari, terpaksalah surfing internet...
Ada dapat beberapa penjual online yang memang berkenan sangat.. So, msg dulu...
Owh, ada cardigan yang lawa dan murah juga...
Budget RM50.. Rasanya boleh beli 2 item sekaligus..


Lulu nak sangat legging yang satu ni..
Lawa weh.. tengok harga pun rasanya memang agak berpatutan..
Cuma postage dia agak mahal sikit...
Takpe, hati dah berkenan, tak kisah...
So, on the spot, bayaran dibuat....
Dan penjual tu berkali-kali mengucapkan terima kasih..
Tanda lulu cemerlang sebagai pembeli...ekeke...


Tengah hari tadi legging tu pun sampai dengan van pos laju..
Owh yer, cardigan dah sold out, kira melepas lah eh..
Masa terima bungkusan item tu, hairan gak..
Nipis semacam jer...adeh
So, bila buka....


Patutlah bungkusan tu nipis semacam..
Tengok dan bezakan dengan gambar sebenar kat atas..
sama tak???
Bukan sepatutnya ada mini skirt eh kat situ...


Owh, ada free gift you... baiknya hati..


Adeh, lulu tak pakai benda-benda macam ni..
Namun begitu, thanks untuk free gift ni...


Diriku terasa tertipu..
Mahal owh kena bayar untuk plain legging sampai lutut ni..
Harganya RM24 + RM9 postage...
Ke memang mahal macam tu?



Rasanya nak cari lagi legging, tapi dah takut tertipu lagi..




.

Cheryl Cole admits 'she's still in love with ex Ashley'



Cheryl Cole has revealed that she is still in love with ex-husband Ashley and wants to start a family with him.
According to reports today, the singer has told friends that she can see her future with the Chelsea star and wants him to father her children.
But despite cheating on Cheryl, 27, five times, the footballer, 30, has reportedly told friends that he blames her for the split and it's up to her to make changes in her life so their relationship works second time around.

Last week it was reported that she had spent the night at the couple's former £5million marital home in Surrey.
And speaking to the News of the World, a source close to the Girls Aloud star, who turns 28 on Thursday, said that she told friends: 'It was if we'd wound the clock back twp years. I felt happy for the first time in a long time.'

The friend added: 'She doesn't want to wait until she's over 30 to start a family. And she thinks Ashley's the most natural person to be dad to her babies.'
A friend of the England star said: 'She wants to follow her heart and do what will make her happy. But she has to sort her life out first.

'He was blamed for the end of the marriage and that's fair enough. But Cheryl has to take some responsibility. Her career always came first. But if Cheryl takes him back she'll put everything into the relationship. Her career is far less important to her than starting a family.'
But her friends and family are said to be horrified at the possibility of a reunion between her and Ashley and are worried that history will repeat itself, especially after pictures emerged of him cosying up to a blonde in a nightclub in Los Angeles last week.




.

Kahwin dengan mayat


LONDON: Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.


Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.

Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai.




P/S - Dah tengok ni? [Bayi comel]



.

Ya, saya sudah bergelar bapa..


Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.
“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy.
Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.
“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.




.

Dia tertekan dan kecewa..


Tindakan pantas anggota polis berjaya menghalang seorang wanita yang cuba membunuh diri dalam operasi menyelamat penuh dramatik di Manhattan, semalam.
Natalia Ramos, 25, dilaporkan tertekan dan kecewa apabila hilang pekerjaan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga ditinggalkan kekasihnya.


Keadaan itu mendorong Natalia memanjat hingga ke bumbung sebuah apartmen empat tingkat dan cuba melompat dari situ.
Jurucakap polis berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira jam 11 pagi.

Ketika tiba, katanya, Natalia dilihat menangis sambil mengancam untuk melompat.
“Polis meletakkan tilam keselamatan di bawah bangunan berkenaan,” katanya.
Saksi berkata, Natalia berdiri di tebing bumbung apartmen itu kira-kira 30 minit.


Difahamkan, Natalia memberitahu polis, dia kecewa kerana hidupnya tidak lagi bererti.
“Tolong beritahu kawan saya, Rachel, saya minta maaf. Beritahu ibu saya, saya minta maaf. Pesan kepada Rachel, tolong jaga kucing saya,” katanya.

Natalia juga meminta maaf kerana “membazirkan wang pembayar cukai.” Sejurus kemudian, kata sumber, Natalia duduk sambil mula bercakap sendirian dan menarik nafas dalam-dalam menandakan dia bersedia untuk melompat.
Sebaik saja dia menjatuhkan badannya, pegawai polis, Brian Glacken, berada di belakang dan sempat memaut dan bergelut menariknya ke tepi sambil disaksikan orang ramai di bawah.

Ketika Glacken masih bersusah-payah menahan berat badan Natalia, seorang lagi anggota polis, Madelyn McTague, tiba dan membantu menarik kedua-dua mereka ke tempat selamat.
Akhbar New York Post melaporkan, selain Madelyn dan Glacken, Natalia juga lega apabila drama itu berakhir.


Natalia kemudian meminta sebatang rokok sebaik saja dia berjaya diselamatkan.




.

Ditembak, namun masih hidup walaupun peluru tidak dikeluarkan..


Seorang lelaki, Joe Clarke, 33, mempunyai lebih 150 butir peluru penabur di dalam tubuhnya sejak 2007, lapor sebuah akhbar semalam.
Doktor-doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir pun peluru tersebut kerana terdapat sebahagian daripada peluru itu menembusi organ-organ pentingnya.


Clarke ditembak oleh dua lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas dia membuka pintu rumahnya di sini pada Disember 2007.
Peluru penabur itu menembusi bahagian tubuh belakangnya, kepala dan leher.
Semasa kejadian, Clarke berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang jirannya yang menyembunyikan dia dalam rumahnya.

Lapan bulan selepas serangan itu yang berlaku akibat perbalahan dengan seorang bekas kekasihnya, lima lelaki didakwa berkonspirasi untuk membunuhnya.


Dia kini menghadapi kesan sampingan akibat tembakan tersebut iaitu rasa sakit pada setiap hari.
"Para kakitangan hospital menyatakan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini," kata Clarke.
Ketika menggambarkan detik-detik dia ditembak, Clarke menggambarkan dirinya seperti badannya dibakar.




.

Ditikam gara-gara tegur bersiul..


Dua beradik cedera termasuk seorang parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas menegur seorang penduduk yang bersiul di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang parah akibat ditikam ialah Mohd. Rizu Suboh, 31, manakala abangnya, Nizam, 43, cedera ringan di tangan. Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, kejadian bermula apabila salah seorang mangsa menegur suspek bersiul ketika berjalan kaki ke kedai di kampung itu.

Tambahnya, suspek berusia 29 tahun yang tidak dapat menerima teguran itu memarahi mangsa sehingga berlaku perang mulut.
"Suspek pulang sebelum mangsa datang ke rumah bersama adik dan abangnya menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara mereka.

"Suspek yang tinggal di rumah itu bersama ibunya masuk ke dalam rumah dan mengambil pisau lalu menikam salah seorang mangsa di rusuk dan seorang lagi cedera di tangan akibat pergelutan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




.

Anggota TLDM, kanak-kanak 2 tahun terbunuh


Dua termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Pedas-Linggi, arah utara dekat sini, hari ini.

Turut terbunuh bersama Ramlan Pilus, 29, ialah seorang anak perempuan rakannya, Nurul Emi Najwa, 2.
Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika Ramlan dikatakan menumpang MPV Perodua Alza rakannya, Mohd. Latip Ismail, 33, yang juga anggota TLDM bersama isterinya, Rosilawati Majid, 33, dan dua anaknya, Mohd. Isdaniel, 5, dan Nurul.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lumut, Perak, selepas kedua-duanya selesai menyertai kejohanan hoki di Melaka.

Jurucakap polis berkata, MPV itu terbabas ke tepi lebuh raya sebelum terbalik dan terseret sejauh 70 meter sehingga terhumban ke dalam longkang berhampiran.
"Kemalangan yang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara itu gagal dikawal kerana dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penumpang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.
"Polis menyiasat punca kemalangan dan kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada ahli keluarga," katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!