Sunday, July 3, 2011

Nasib baik selamat...


SALAH seorang ahli Black Eyed Peas, Will.I.am, hampir terbakar apabila hotel yang dikunjunginya di Hotel London, England mengalami kebakaran pada Jumaat lalu .
Pada ketika itu dia diminta untuk menyelamatkan diri bersama seramai 1500 tetamu hotel yang lain.

"Pada kejadian itu, William keluar terburu-buru bersama tetamu yang lain.
"Mereka diperintahkan untuk keluar dari hotel sebelum pihak bomba datang memadamkan api," kata sebuah sumber.

Tambah sumber itu lagi, difahamkan, kejadian kebakaran bermula dari dapur hotel tersebut.
Will.iam yang memakai bandana hijau pada kejadian tersebut menutup mulut dan hidungnya supaya tidak terkena asap kebakaran itu


Penyanyi tersebut berada di London untuk memenuhi undangan persembahan pada Festival Wireless di Hyde Park.
Setakat ini Will.I.am belum membuat sebarang kenyataan lagi berhubung dengan kejadian itu.



.

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri

Seorang pensyarah wanita maut dirempuh kenderaannya sendiri yang secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa hendak menutup pintu pagar di rumahnya di Taman Setia Hati, di sini semalam.
Mangsa, Nor Adibah Ghazali, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini, pukul 2.10 pagi akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, Nor Adibah yang bertugas di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di sini baru sampai ke rumah selepas selesai bekerja.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi bersendirian kemudian meletakkan kenderaannya itu di dalam kawasan rumahnya yang agak curam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu menutup pintu pagar kereta berkenaan tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di belakang.
"Berikutan itu wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.



.

Model melangsungkan perkahwinan


Supermodel terkenal, Kate Moss melangsungkan perkahwinan dengan gitaris kumpulan The Kills, Jamie Hince dalam satu majlis yang dihadiri rakan selebriti di sebuah perkampungan di Costwolds, barat daya England, semalam.
Sempena upacara perkahwinan itu, jalan-jalan di sekitar perkampungan itu turut ditutup dan dikawal anggota polis.

Dalam majlis perkahwinannya itu, Moss kelihatan anggun mengenakan busana berona putih gading manakala suaminya segak memakai sut berwarna kelabu.
Selepas upacara perkahwinan, pasangan tersebut diraikan penduduk tempatan sebaik-baik sahaja mereka keluar dari gereja untuk mengambil gambar.
Pasangan tersebut kemudiannya menaiki kereta Rolls-Royce menuju ke rumah Moss untuk menyertai satu jamuan.

Antara selebriti yang hadir ialah pelakon Jude Law dan Sadie Frost, pereka Stella McCartney, pengurus rangkaian Topshop, Philip Green dan penyanyi Mick Jones dari kumpulan The Clash.




.

Pelajar penat berlari jatuh bas


Tindakan seorang pelajar perempuan berdiri di pintu bas sekolah dinaiki ketika perjalanan pulang ke rumahnya mengundang padah apabila terjatuh, menyebabkannya pengsan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 petang, Nuremi Syakila Hamadi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, dekat sini, dikatakan kepenatan selepas menyertai acara larian di sekolahnya.

Rakannya, Nur Nadhirah Mohd Ramli, 15, berkata Nuremi Syakila berdiri di tangga bas dan terjatuh apabila terlepas genggamannya pada besi palang di tangga.

“Saya melihat dia tiba-tiba lemah ketika berdiri di tangga ketika bas bergerak laju. Ketika bas memperlahankan kenderaan kerana menurunkan pelajar, saya melihat dia terjatuh di tepi jalan.

“Saya dan rakan menjerit meminta pemandu berhenti,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama keluarganya di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi, didapati tidak sedarkan diri dengan kepalanya berdarah sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.

Saksi kejadian, Roslina Md Nor, 33, berkata, dia bersama suami dan kakaknya melihat seorang pelajar perempuan terbaring di atas rumput tepi jalan sebelum membantu.
“Pada mulanya saya sangka dia terbabit dalam kemalangan kerana ada sebuah kereta remuk tidak jauh dari tempat kejadian dan terus meminta suami berhentikan kereta ke sebelah kiri jalan bagi membantu pelajar itu.

“Kebetulan ketika itu, seorang kakitangan Klinik Kesihatan Kuala Linggi yang melalui jalan itu mengarahkan kami menghantar mangsa ke klinik kesihatan Kuala Sungai Baru sebelum mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah,” katanya.




.

Kerana emas..


Keghairahan sekumpulan lelaki menceroboh kawasan larangan semata-mata untuk mencari emas berakhir tragedi apabila seorang maut dihempap batu seberat 400 kilogram manakala seorang lagi parah dalam kejadian di sebuah terowong di kaki Gunung Tabai, Jalan Taiton, malam kelmarin.

Ini kejadian kedua dalam tempoh empat bulan ketika mangsa, Phil Gojiak, 19, bersama empat lagi rakan ke lokasi itu untuk melombong emas sebelum seketul batu tiba-tiba menggelongsor lalu menghempap mangsa, jam 11.30 malam.

Rakannya, Tomothu Dalia Goded, 37, parah dan terpaksa menanggung kesakitan enam jam sebelum dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Bau, jam 5.30 pagi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pisa, Kronkong, di sini, dikatakan melombong pada kedalaman enam meter dan ketika kejadian, tiga rakannya cuba mengeluarkan batu itu namun gagal.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan lain baru memasuki terowong sebelum seketul batu besar menghempapnya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, rakan mangsa cuba membantu namun gagal berikutan batu terlalu berat sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Kita mendapati lubang terlalu sempit dan hanya boleh dimasuki seorang. Sebab itu mangsa tidak dapat mengelak ketika batu menghempapnya.

“Terowong ini pernah ditutup sebuah syarikat geologi dari Australia yang menjalankan kajian di kawasan terbabit selepas mendapati berlaku pencerobohan individu tertentu untuk melombong emas secara haram.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan Phil dari terowong selepas memulakan operasi jam 11.40 malam,” katanya.

Beliau berkata, usaha membawa keluar mayat mangsa mengambil masa lama memandangkan terowong itu berada enam meter di bawah tanah selain ruang sempit.

Menurutnya, mangsa meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.” katanya.

Mohd Sabri berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memburu kekayaan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan.

“Jangan sampai nyawa tergadai kerana terlalu ghairah memburu sumber lebih bernilai. Lokasi kejadian berbahaya. Kami bercadang meningkatkan pengawalan, termasuk meminta pihak berkuasa tempatan menyediakan pagar yang lebih berkesan,” katanya.




.

Jangan tolak cintaku


Akibat berang kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan mengelar leher, tangan dan menikam bekas teman wanita bersama ibunya di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini.
Lim Mui Tiang, 33, dan ibunya, Ah Ngo, 75, ditemui berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun warga emas itu disahkan mati tidak lama selepas kejadian manakala anaknya cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, Mui Tiang sempat menghubungi abang sulungnya, Lim Ah Lai, 51, memaklumkan dia dan ibu dalam bahaya kerana suspek berusia 33 tahun itu cuba membunuh mereka.
Menurut Ah Lai, dia yang baru pulang ke rumahnya di Cheng Height, dekat sini, dihubungi adiknya lalu bergegas ke lokasi.

“Sebaik sampai, saya dapati pintu rumah berkunci. Apabila saya jenguk melalui tingkap di bahagian depan, saya nampak emak dan adik perempuan terbaring berlumuran darah atas tilam di ruang tamu.

“Saya dan anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menendang pintu untuk membukanya sebelum membantu ibu dan adik yang mengerang kesakitan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba bertanya ibunya yang masih boleh bercakap mengenai kejadian yang berlaku.

“Dalam menahan sakit, emak beritahu lelaki (suspek) yang serang dan tikam mereka adalah penduduk kampung itu. Saya cuba mententeramkan emak dan adik sebelum ambulans tiba dan membawa mereka ke hospital,” katanya.

Menurut Ah Lai, dia dimaklumkan adiknya bahawa lelaki itu berada di rumah mereka sejak jam 7 malam hingga 11.40 malam dan dikatakan cuba memikat serta mengajaknya keluar bersamanya.

Katanya, adiknya enggan mengikut lelaki itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dapur bersama Mui Tiang yang menggunakan komputer, manakala ibu menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di atas tilam.

“Saya difahamkan, lelaki itu cuba memikat dan memujuk adik saya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia enggan mengikut lelaki berkenaan dengan alasan mereka masing-masing berkahwin.

“Disebabkan sudah lewat, adik meminta dia balik, namun lelaki itu dikatakan marah dan mengugut membunuh adik. Lelaki itu kemudian mengambil pisau dan menikam adik saya,” katanya.


Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, adiknya masih mampu menghubunginya sebelum pergi ke ruang tamu dan melihat lelaki itu menikam dan mengelar leher ibunya yang cuba pergi ke dapur apabila mendengar jeritan adiknya.

Difahamkan, anak tunggal Mui Tiang yang berusia dua tahun dan dikenali sebagai Ah Boi, ketika itu tidur di dalam sebuah bilik dan terselamat.

Menurutnya, Mui Tiang adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan bakal berpindah bersama ibu mereka ke luar negara akhir tahun ini mengikut suaminya yang bekerja di sana.

“Kejadian ini sungguh mengejutkan dan saya sekeluarga sedih serta berharap polis berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 11 pagi.

Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, jam 11.30 malam.



.

Catat sejarah.....


Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.

Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran Taiping di sini pagi ini.

Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.
Pada majlis pelancaran di sini, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping.

Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping.

Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak.

Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta.
Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Dalam ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional.

"Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya.

Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing.




.

Lady Gaga gets Taiwan in a buzz with her latest wacky hairstyle



We're used to using the word 'beehive' to described a backcombed hairstyle.
But in Lady Gaga's case, her latest hairstyle looked like an actual beehive as she jetted into Taiwan yesterday.
There was no missing the flamboyant singer as she arrived in Taipei International Airport via private jet last night.

The Born This Way star was wearing a cone-shaped bun of black and blonde hair on top of her long wig.
But rather unusually for Gaga, her outfit looked rather demure than usual as she walked along in a monochrome dress and black tights.
 After spending most of last week in Japan, the 25-year-old jetted to Taiwan on Friday night.


Despite her well-publicised arrival, Gaga managed to sneak into her suite at the Regent Taipei hotel, disappointing her fans waiting outside.
But after finding out how upset they were, she made an appearance at the window of her room on the 19th floor, to the delight of her devotees below.
The New Yorker is on her first ever trip to Taiwan, a five-day promotional tour for her new album Born This Way.


On Sunday, she is due to perform in Taichung City, where officials have named it 'Lady Gaga day' in honour of her first Taiwan visit.
Meanwhile, Gaga has been voted the Queen of Pop by Rolling Stone magazine.
The singer was voted over her female contemporaries because of her record sales, views on YouTube, social media mentions, critics reviews and revenue from live shows.


Coming behind her in second place was country singer Taylor Swift and Rihanna at three.
The magazine said: 'No matter how we cut the numbers, GaGa was bound to crush the competition. Our goal here was to crown the current tiara-wearer. The hard-working, culture-dominating GaGa more than earned the title.
'Maybe a year from now, after [Beyoncé's new album] 4 has spun off a year of radio, digital and video hits, Lady G and Honey B will be more evenly matched, tugging on either end of the Queen of Pop sceptre like the demigods they are.'



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!