Thursday, July 14, 2011

Who is MILO?


Spare a thought for Milo, the two-foot tall St.Bernard struggling to cope in the heat.
While the St.Bernard originates from the Swiss Alps and was initially bred as a rescue dog, Milo resides in Bangkok, Thailand, where he doesn't really have need of such a warm coat.
The sweltering heats of 33C yesterday were taking their toll on the pooch, who was spotted out padding the streets for a walk with his owner.


He looked desperate for a drink of water, but was able at least to use his mighty tongue to regulate his body temperature.
As all children learn, dogs' tongues becomes larger during exercise because of increased blood flow and tend to hang out of the mouth.
Thus, when a dog pants, its quick shallow breaths cause moisture on the tongue to evaporate - thus cooling the entire body.




.

Dah tiba!!!


Kelab gergasi bola sepak England, Liverpool FC tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Guangzhou, China jam 4.25 pagi untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya Sabtu ini.

Sejurus tiba di KLIA pemain-pemain Liverpool terus dibawa ke hotel penginapan di Damansara.

Aksi pertama pemain-pemain Liverpool akan dapat disaksikan peminat mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 7 malam ini.
Ini adalah kunjungan pertama Liverpool yang juga dikenali dengan "The Reds" ke Malaysia.

"The Reds" yang hadir tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard dalam kunjungan ini, akan menentang pasukan kebangsaan pada Sabtu ini bermula jam 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Malaysia menjadi persinggahan kedua Jelajah Asia 2011 mereka selepas China.

Pada perlawanan persahabatan di sana, Liverpool mengalahkan Guangdong Sunray Cave 4-3.




.

Kanak-kanak dilarang masuk


Sebuah restoran bernama McDains di Monroeville melarang anak berusia di bawah enam tahun masuk ke dalam restoran tersebut.

"Ini bukan tempat kanak-kanak, ada banyak lagi restoran yang membolehkan kanak-kanak masuk dengan harga makanan yang lebih murah," ujar pemilik Restoran McDains Mike Vuick.
Larangan dibuat kerana kanak-kanak cenderung membuat gaduh dan mengganggu pelanggan.

Restoran yang terletak 22 kilometer dari Pittsburg itu cuba menampilkan kemewahan, ketenangan, dan gaya yang kasual. Restoran McDains juga tidak menawarkan menu makanan untuk kanak-kanak.

"Tidak ada masalah dengan kanak-kanak, yang menjadi masalah adalah anda tidak akan dapat mengatur mereka," tegas Vuick.
Masyarakat menyenangi idea Restoran McDains. "Saya rasa ini idea yang baik. Ramai ibu bapa yang tidak dapat menjaga anak-anaknya," ujar Rob yang menulis dalam sebuah blog.

Vuick juga berkata, dirinya tidak akan takut akan kerugian akibat mencetuskan idea ini.




.

day 7 - tiga perangai baek anda



Wah, ini baru soalan best..... Siapa tak suka orang yang baik-baik kan?? *wink..
Disamping perangai buruk, memanglah ada perangai baik...ngee


1. Menghargai orang lain..
Dalam hidup lulu, menghargai orang itu memang penting.. Seperti persahabatan, atau kebaikan orang lain keatas diri kita... Wajarlah kita hargai dan berterima kasih.. Kehadiran orang lain disekeliling kita, sangat beerti, apatah lagi jika orang itu jujur dan ikhlas menyayangi kita... Semoga segala tali silaturrahim antara kita semua akan kekal terjalin jika kita sentiasa menghargai orang lain..

2. Penyayang.
Ceh, macam masuk bakul angkat sendiri... Tapi memang betullah, lulu penyayang..ngee... Tengok kucing miaw miaw, tak sampai hati, meh goreng ayam, makan.. Lepas tu bila beli/dihadiahkan sesuatu, lulu akan sayang sangat, letak elok-elok.. Lulu juga tak sampai hati tengok orang susah.. menitis air mata..sob sob

3. Setia dengan chelsea..
Ekeke, macam salah tajuk jer.. janganlah marah.. tengok, biarpun chelsea kalah, atau tak menang apa-apa piala, lulu tetap setia dengan the blues, mana ada tukar team... hoho... kira perangai baiklah tu, kan??



P/S - korang rasa lulu ngelat yer jawab soala-soalan dalam cabaran 30 hari ni??? ngee [KLIK]
Yeah, genap 7 hari buat cabaran ni....




.

"Epah, pulanglah.."


Tidak tahan menanggung rindu, seorang ibu dari Durian Daun di sini merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Ahad lalu, pulang ke pangkuan keluarga.
Menurut Rafida Osman, 41, sejak anaknya itu, Nor Amyliana Farah Ain Sham (gambar) atau lebih manja dengan panggilan Epah, 15, menghilangkan diri, adiknya yang berusia lapan dan 11 tahun kerap menangis kerana merindukannya.

“Saya juga sentiasa bimbang akan keselamatannya di luar sana dan merayu supaya dia pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui di Durian Daun di sini hari ini.




.

Lima beranak hidup daif


Setiap insan sering mengimpikan untuk tinggal di rumah besar bak mahligai. Namun, tidak semua dilahirkan ke dunia ini mampu mencapai apa yang diimpikan itu.
Malah, ada yang terpaksa tinggal dalam rumah hampir roboh hanya layak dipanggil bangsal. Bagi insan yang masih hidup dalam serba kemiskinan, hakikat itu terpaksa diterima.
Begitulah kehidupan keluarga Mohd. Syukri Yusof, 30, terpaksa berteduh daripada hujan dan panas dalam sebuah bangsal bekas tempat sarang burung walit, di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan, dekat sini.
Mohd. Syukri berkata, dia dan isteri, Norlalila Aysikin Mohd. Noor, 28, bersama tiga anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun tinggal di situ sejak empat tahun lalu.

"Rumah ini milik seorang taukeh Cina dan dia bermurah hati memberikan kami sekeluarga tumpang sejak 2007.
Pada asalnya, ia dijadikan tempat sarang burung walit. Namun, selepas berpindah ke premis lain, mereka masih benarkan kami tinggal di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Syukri yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, dengan pendapatan antara RM10 hingga RM15 sehari, dia tidak mampu membina atau menyewa rumah di tempat lain.
"Saya terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan. Tambahan pula dekat dengan sekolah anak sulung saya belajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak," katanya.

Tinjauan mendapati, bangsal didiami lima beranak itu bukan hanya sempit malah tidak mempunyai bilik serta bekalan air bersih.
Lebih menyedihkan, kesemua mereka tidur di atas lantai simen tanpa beralaskan sehelai tikar atau tilam.
Pembantu kedai itu memberitahu, ada kalanya dia dan keluarga terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan jiran-jiran untuk mendapatkan makanan atau barang keperluan lain.

"Selain bekerja di kedai makan, saya juga ambil upah dengan membuat kerja-kerja seperti menebas rumput atau membersihkan kawasan seperti diminta penduduk kampung," katanya.
Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad ketika mengunjungi rumah keluarga itu berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.
"Selain itu, saya juga akan memajukan permohonan keluarga ini untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) daerah Kulim, Ahmad Maidin memberitahu, pihaknya sedang menimbang untuk memindahkan keluarga terbabit ke penempatan Keda bersesuaian sekiranya ada kekosongan.
"Keluarga ini perlu dipindahkan ke kawasan lain agar mereka boleh menikmati kehidupan lebih baik," jelasnya.




.

Kerana merokok, kaki dirantai


Seorang pelajar berusia 13 tahun di sebuah sekolah agama di sini, dirantai kedua-dua kakinya selama sejam serta dipukul gurunya selepas melakukan kesalahan menghisap rokok.
Disebabkan tidak tahan didera sebegitu, pelajar terbabit, Mohd Ihsaan Mohd Hussin melarikan diri dari asrama Tahfizul Quran Al Ikhlas, jam 4.30 petang 6 Julai lalu, dengan berjalan kaki dua jam sejauh kira-kira empat kilometer (km) ke rumahnya di Kampung Sungai Hilir, Perupok.
Lebih mengejutkan, pengetua atau mudir Tahfizul Quran Al Ikhlas, Miswan Mat Isa mengakui hukuman merantai kaki memang dikenakan terhadap pelajar berkenaan atas kesalahan menghisap rokok.

“Kami menjalankan hukuman merantai kaki itu sebagai simbolik dan pelajar masih boleh bergerak bebas ke mana saja. Bagaimanapun, saya mengakui hukuman itu tidak elok dan kami akan melakukan perubahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Miswan juga mengakui maahad tahfiz terbabit belum didaftarkan walaupun sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, menceritakan kejadian menimpanya, Mohd Ihsaan berkata, seorang guru lelaki berusia 30-an mengesyaki dia keluar sekolah itu untuk menghisap rokok, lantas mengambil keputusan merotan dan merantai kedua-dua kakinya sebagai hukuman.
Bagaimanapun, katanya, ketika berehat di asramanya dengan kaki dirantai, guru terbabit tiba-tiba menendang dada, sambil memukul dengan rotan berkali-kali.

“Ketika itu saya terpaksa menahan dengan kedua-dua tangan tetapi pukulan itu tetap mengenai badan dan kepala.

“Guru itu turut memberi amaran kepada pelajar lain supaya jangan membuat kesalahan seperti saya jika tidak mahu dirantai kaki,” katanya, semalam.

Mohd Ihsaan berkata, selepas tidak tahan dengan deraan dialami, dia meminta bantuan seorang rakan membuka mangga di kakinya dan melarikan diri dengan membawa sebuah beg pakaian.

“Saya mengambil keputusan melarikan diri dengan berjalan kaki ke rumah melalui jalan pintas sambil membimbit rantai yang masih berbelit di kaki.

“Sebaik tiba di rumah jam 6.30 petang, ibu bapa terkejut melihat keadaan saya sebelum membawa saya ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan. Bapa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Hussin Mamat, 51, ketika ditemui, menafikan sekolah ada memaklumkan terdapat hukuman merantai kaki dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.

“Jika dia dirotan atau diberi hukuman lain, saya tidak kisah tetapi bukan dirantai seperti haiwan,” katanya.



.

Tikam 3 rakan..


Berang akibat tidurnya terganggu berikutan kegagalan rakan serumahnya menutup lampu, seorang lelaki warga Vietnam dikatakan naik angin dengan menikam tiga rakan serumahnya di rumah kedai Bukit Sentosa, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan dua rakan berusia 20-an bekerja di kilang tin, mati di lokasi kejadian akibat parah di perut, manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 28 tahun sedang tidur di ruang tamu rumah kedai itu, manakala tiga rakan serumahnya masih berborak sebelum tertidur tanpa menutup lampu.

Suspek yang mengalami gangguan tidur akibat cahaya lampu itu bangun mengamuk dan bertindak mengambil pisau di dapur sebelum menikam tiga rakannya dan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Fendi, berkata akibat kejadian itu, dua rakannya mati di lokasi kejadian akibat kecederaan di perut dan dada, manakala seorang parah.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa yang maut mempunyai satu hingga tiga tikaman di perut dan dada, manakala seorang lagi akibat pergelutan hampir 20 minit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Norel Azmi berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 2 pagi hari sama dan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam rakannya.

“Empat rakan serumah berusia 20 hingga 30 tahun itu bekerja di kilang tin tidak jauh dari kediaman mereka sejak beberapa tahun lalu dan hasil pemeriksaan tiada rekod jenayah lampau,” katanya.




P/S - Gambar sekadar hiasan



.




.

Memanglah kalah... mereka kuat..


Pasukan Arsenal menewaskan skuad pilihan Malaysia 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.
The Gunners berjaya meraih gol pertama seawal minit kelima permainan melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Aidil Zafuan.

Manakala gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott pada minit ke-38.


Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal gagal mencari sebarang jaringan biarpun beberapa percubaan jauh oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dilakukan sehingga tamat separuh masa pertama.
Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan cuba melakukan serangan, namun ternyata benteng pertahanan The Gunners sukar ditembusi.

Pasukan bimbigan Arsene Wenger sekali lagi mencuri perhatian lebih 53,000 orang penonton yang hadir apabila pemain gantian, Carlos Vela menambah satu lagi jaringan pasukannya pada minit ke-59.
Walaupun beberapa pertukaran pemain dilakukan pada babak kedua oleh Rajagobal, ia masih belum cukup untuk mengugat gawang pasukan Arsenal.


Tomas Rosicky menambah gol keempat pada minit terakhir perlawanan.
Skuad Harimau Malaya gagal menjaring sebarang jaringan sehingga tamat perlawanan.

Senarai pemain Malaysia:

Mohd Nasril Mat Nourdin (penjaga gol), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Ahmad Fakhri Saarani, Kunalan a/l Subramaniam,Mohd Amirulhadi Zainal.

Senarai pemain Arsenal:

Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny,Szczesny, Theo Walcott,Aaron Ramsey, Alex Song, Jack Wilshere,carl Jenkinson,Kieran Gibbs, Marouane Chamakh, Ryo Miyaichi.



P/S - Benci astro, sebab malam tadi takde LIVE.. Bayar mahal-mahal, team BPL main kat negara sendiri takde live... Atau, Stadium Astro tutup malam tadi eh??




.

Dia putus kaki kanan....


Tiga terbunuh apabila sebuah treler merempuh sebuah kereta dan motosikal dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5.50 petang, mereka yang maut ialah penunggang motosikal, Alizan Ahmad, 35, serta pemandu dan penumpang kereta, Chu Peng Seng, 34, dan Sum Wan Kong, 49.
Kesemua mereka cedera parah termasuk Alizan yang putus kaki kanan dan tercampak hampir 20 meter, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Demak yang ditunggang Alizan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler dari arah hadapan.

Katanya, ia mengakibatkan Alizan termasuk di bawah treler itu sebelum kenderaan berat membawa muatan kayu getah itu merempuh kereta Proton Saga dinaiki dua lagi mangsa iaitu Peng Seng dan Wan Kong.
"Akibat rempuhan itu, kereta tersebut terhumban sejauh 14 meter ke dalam semak berdekatan dan treler itu pula terbalik.

"Semasa kejadian, motosikal dan kereta itu dikatakan dari arah Bahau ke Kemayan manakala treler terbabit pula datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Sabri memberitahu, berikutan kemalangan itu, pemandu treler berusia 27 tahun itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.
"Kereta itu remuk menyebabkan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

"Jalan juga terpaksa ditutup selama beberapa jam bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan kayu getah yang bertaburan di jalan raya," ujarnya.
Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!